Siapakah kita.....
Adakah tugas kita bertemu klien ....
kemudian berdepan dengan kerenah mereka....
Pendidik kliennya murid2.....
Usahawan berdepan dengan kerenah pelanggan...
Para ibu berdepan dengan kerenah anak2..
Para pemimpin berdepan dengan masyarakat...
Para sahabat bertemu dengan rakan-rakannya..
Banyak nilai2 murni Rasulullah yang sesuai dicontohi....
CONTOH2 NILAI-NILAINYA ....Nabi Muhammad (saw) mempunyai tugas yang amat berat yang diamanahkan ALLAH iaitu menyebarkan agama Islam.. | |
Beliau menempuh pelbagai cabaran dan kesulitan. Namun semua ini tidak mematahkan semangat beliau untuk mengajar Al-Qur’an kepada masyarakat yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dan budaya. Sebagaimana dinyatakan dalam Al-Qur’an, Allah (SWT) memerintahkan Nabi Muhammad (saw) untuk bersabar ketika berdepan dengan orang - orang kafir : Maka bersabarlah kamu terhadap apa yang mereka katakan dan bertasbihlah sambil memuji Tuhanmu sebelum terbit matahari dan sebelum terbenam (Surah Qaaf: 39) Janganlah kamu bersedih oleh perkataan mereka. Sesungguhnya kekuasaan itu seluruhnya adalah kepunyaan Allah. Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (Surah Yunus: 65) Beliau memiliki sifat-sifat yang terpuji .... Bersabar ketika menghadapi kesulitan... Tidak pernah berputus asa .. bertanggung jawab.. Bersemangat waja dan kental apabila berhadapan dengan cabaran.. Selalu bersabar.. Sentiasa bersyukur.. lagi...lagi.... Sikap kasih, toleran dan penuh pengertian merupakan karakter beliau sehingga banyak orang menaruh hati kepada Islam dan mencintai Nabi Muhammad (saw) dengan tulus. Beliau tidak pernah memberikan tekanan dan paksaan kepada masyarakat di sekelilingnya untuk menerima agama Islam. Sebaliknya beliau menggunakan cara - cara yang sopan dan baik . Cinta Nabi Muhammad (saw) kepada sesama manusia, kehalusan budi pekerti dan kasih sayangnya banyak merubah orang-orang di sekelilingnya untuk menerima agama Islam. MORAL VALUE : Sebagai pemimpin, sebagai guru, sebagai ibu, sebagai usahawan....tentu ada contoh sifat-sifat terpujinya yang boleh dihayati dan diaplikasikan ke dalam diri apabila berdepan dengan klien .... SELAMAT BERCUTI SEMPENA MAULIDUR RASUL.... |
22 comments:
salam kak sal..sesungguhnya nabi Muhammad diutuskan untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak...
Assalamualaikum SURI SOLEHAH..
Kemuliaan Ahlaknya perlu dihayati dan dicontohi..
mudah2an dicontohi..
Selamat Bercuti buat Kak Sal juga.
بسم الله الرحمن الرحيم
إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا
Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bersalawat (memuji dan berdoa) ke atas Nabi (Muhammad s.a.w). Wahai orang-orang yang beriman bersalawatlah kamu ke atasnya serta ucapkanlah salam dengan penghormatan. [Al-Ahzab: 56]
salam my dear sis..Kak Sal:)
Alangkah bahagia andai kesabaran sentiasa ada di dalam jiwa antara kita.....sehebat kesabaran Baginda Rasulullah....betapa Baginda idola terbaik utk kita semua...
Salam Maulidur Rasul...:)
Assalamualaikum AZRINA..
Selamat bercuti juga diucapkan kpd azrina..
moga ceria2 selalu hendaknya..
Alhamdulillah CIKLAH..
Sama-samalah kita mengucap selawat ke atasnya..
Mudah-mudahan bertambah ceria , diselimuti rahmat akan kehidupan ini..
Alhamdulillah TINIE..
BAginda dijadikan idola terbaik kita..
banyak sifat2 terpuji yg perlu diaplikasikan dlm diri dan cerita2 sejarahnya dijadikan moral value..
Assalamu'alaikum Sal...
Selamat menyambut Maulidur Rasul dan selamat menghayati peribadi Baginda yang tiada tolok bandingnya...
selawat & salam buat junjungan kita...'
selamat bercuti kak sal
Salam kak sal.
Salam Maulidurrasul. Semoga kita sama-sama mendapat syafaat baginda di akhirat kelak, insyaallah.
Selamat bercuti
assalam sal..salam maulidulrasul..
Assalam KAK CIK
SELAmat menyambut maulidur rasul. moga keperibadian baginda dicontohi dan dihayati dlm kehidupan kita..
as salam KASIHREDHA..
JUga diucapkan selamat bercuti..
sambil2 bercuti, kita mengenang kembali sejarah junjungan kita yg banyak memberi sumbangan kepada ajaran agama Islam
Assalam HANN
juga salam maulidurrasul..
muda2han impian yg diharap jadi kenyataan-dpt syafaat..ameen..
Assalam KAK ERNA..
Juga diucapkan salam maulidurrasul..
moga mendapat syafaat ...
Memang susah sangat nak mencontohi keperibadian Baginda Rasullah SAW, sabar dalam memperjuangkan islam. akak ni fail, baru menghadapi kesukaran sikit je, mula nak marah.tengah berubah kearah kebaikan ni.Salam maulidur rasul.
betul kata Ina..tak semua yg dpt diikut...klu berusaha dpt sedikit pun alhamdulillah..
salam kakSal...ye, baginda adalah sebaik2 akhlak..tapi ramai umat baginda gagal mengikut jejak langkah banginda termasuk No juga..nak2 bab anak2 mmg mencabar tahap kesabaran seorang Ibu..
Assalamualaikum Nor..bab anak2,hehe....mencabar kan...hanya doa selalu mengiringinya moga anak2 mengamalkan kehidupan yg islamik spt yg dituntut..ameen
salam maulidur rasul akak..ceria selalu..:)
cik ceria..
juga ingin mengucapkan salam maulidur rasul..
moga kita menghayati keperibadian mulia yg tdpt pd dirinya..
Post a Comment