'Nak balik...nak balik'..status yg ditulis melalui FB oleh nephew dari Mesir meruntun hati, kami tahu dia dlm kesusahan. walaupun sedaya upaya dia menyembunyikannya, tidak mahu melihat kami susah hati...
Namun keluarga tetap bimbang akan keselamatannya di perantauan....sambil menitipkan doa, moga Allah memberi perlindungan ..
'Jaga diri baik2'.. kak Ngah sempat menghubungi anaknya mlm tadi sambil berpesan2. ketika ini keluarga sedang meriah berkumpul utk membuat persiapan majlis perkahwinan Edy pd Hari Ahad ini , Kata2 kak Ngah itu diharapkan akan menjadi penawar kpd anak bungsunya yg sedang bertembung dengan keadaan getir di Mesir itu....
'Hanya dpt makan telur setiap hari .....buat masa ni internet masih ok...perintah berkurung pada setiap hari bermula jam 3 ptg......mungkin minggu depan baru dpt balik, ada ramai pelajar di sana dan kita kena ikut giliran...' itulah khabar terkini nephew dari Mesir . Anak ini yg sepatutnya menamatkan pengajian tahfiznya sebelum aidil fitri 2011 ni, terpaksa menunda setahun pengajiannya lagi berikutan universiti ditutup kerana tunjuk perasaan.......takde rezki utk menghabiskan digree dlm masa terdekat ....kesian,nak buat camna, nak....
Antara perkembangan yg sempat dibaca dari Mesir..
1.Ribu-ribu petunjuk perasaan berhimpun di dataran Tahrir untuk menuntut presiden meletak jawatan..
1.Namun tunjuk perasaan yg aman bertukar ganas apb ribu2 juga penyokong presiden yg terdiri drp polis berpakaian biasa menggempur petunjuk perasaan anti kerajaan di Dataran Tahrir untuk menghalang kejadian kes berlaku..
2.Bunyi tembakan penyokong kerajaan kedengaran. kereta2 kebal itu ditempatkan di dat tsb.
3.Penyokong Mubarak menaiki kuda dan unta bertindak memkul petunjuk perasaan anti kerajaan deNgan kayu dan besi serta melemparkan bom ke arah petunjuk perasaan..
Ya ALLah permudahkanlah segala urusan kepulangannya..moga anak2 ini dalam perlindunganMu..Ameen
38 comments:
semoga na sedara..dan semua pelajar malaysia dilindungi allah s.w.t dari segala bahaya..
semoga mereka semua selamat kembali ketanah air..
Assalamualaikuma KAK ERNA.
terima kasih KAK ERNA krn memberikan kata2 penguat...
Moga nephew selamat pulang ke tanah air..ameeen
semoga Allah permudahkan segala urusan kat sane...semoga mereka semua cepat kembali kesini..
dulu anak saudara ade belajar kat sane...
saye ni hari2 ikuti perkembangan kat sane w/pun tiada saudara mara disana...
salam kak sal,
moga anak saudara tu dapat pulang segera
dengan selamat
baru berangan nak syahmi belajar sana nanti
meremang No kakSal..semoga segala urusan dipermudahkan oleh ALLAH SWT..amin..
Dapat merasakan perasaan anak-anak kita di Mesir...semoga Allah kuatkan jiwa mereka.
Mohon pada Allah semoga semuanya selamat.
Assalamualaikum AINNORAINI...
Sya pun baru je mengikuti perkembangan di Mesir..moga anak2 di sana dpt pulang dgn selamatnya..
Assalamualaikum ATI..
KLU ada rezki syahmi , insyaAllah...
kata org klu ada jodoh tak kan ke mana, akan smpai juga rezki itu....amen..
Assalamualaikum NOR..
Moga ALLAH permudahkan urusan balik..
tempat kebakaran tuh tak jauh dari tempat nephew..hari2 nephew jumpa kereta kebal..oleh kerana hari2, dah mula membiasakan diri..klu kita,menakutkan ..
Assalamualaikum CIKLAH..
Ya..empati..dpt merasa betapa peritnya kehidupan anak2 di sana..berkongsi makanan hnya roti kosong, klu dpt makan telur dah kira ok...harap mereka kuatkan jiwa untuk berdepan dgn situasi itu..moga ALLAH melindungi mereka..
Assalamualaikum ZAITON..
MOGa doa kita diterima...Allah melindungi anak2 di perantauan...pulang dengan selamatnya..
salam sal
sama2 lah kita berdoa moga mereka disana selamat
sedih sangatt kan kak sal...
semoga semuanya selamat kembali ke tanahair ...
semoga semuanya kembali seperti sedia kala ...
sangat menakutkan tengok kejadian rusuhan tu (tengok kat tv)
klu depan mata lagilah mengerikan ...
Nekcun pun ada sorang anak saudara di sana. Last info yang emak dia terima, telah berada di Jeddah dan sedang menunggu nak balik ke M'sia. Semoga semua anak-anak kita di sana akan sentiasa di lindungi Allah dari segala mara bahaya dan semoga mereka semua selamat balik ke M'sia. InsyaAllah... hanya itu yang mampu nekcun pohonkan...
semoga semuanya selamat di sana dan dapat kembali semula ke tanahair dengan segera... risau juga dengan keadaan mereka di sana...
semoga dipermudahkan Allah semua urusan membawa mereka balik
Semoga dorang dilindungi Allah SWT kat sana. Harap dorang dapat pulang ke Malaysia secepat mungkin.Tahu jelah kat sana kan cam tu, bekalan makanan mesti susah nak dapat.
Assalamualaikum IBU GURU
kita pun berdoa,Semoga semuanya selamat dan dpt pulang dlm masa terdekat..
Assalamualaikum SZ..
memang Sedih melihatkan anak2 di sana..
moga selamat dan menjadi kuat dan tabah menjalani kehidupannya..sementara menunggu masa untuk pulang..
Assalamualaikum NEK CUN..
BERADA di Jeddah..alhamdulillah...moga akan pulang tak lama lagi..
Assalamualaikum IBU INTAN..
Terima kasih krn mendoakan...moga Allah mempermudahkan segala urusan anak..
Assalamualaikum CIK INA..
Bekalan makanan memang agak sukar.. terpaksa bercatu..agak getir buat masa ini..moga berakhir dengan kegembiraan
Ya Allah, walaupun bukan anak2 atau adik beradik sendiri yg menuntut kat Mesir, Mwana pun risau, takut, kesian , simpati dan turut bersedih krisis mesir yg mengganggu gugat pengajian anak2 Msia di sana. Doa mwana semoga Allah swt memelihara dan mempermudahkan segala urusan mrk. Yg penting sekali mrk selamat.
Assalamualaikum MAMAWANA..
Doa kita semua moga anak2 di perantauan berada dlm situasi selamat...
Semua blogger dh komen.....mendokan keselamatan merekasemua..
SUmanjeAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAmin kan dengan banyaknya....
Ya....ALLAH>>>perkenankanlah permohonan kami
salam kenal sis SAL...dari su manje
Assalamualaikum SU MANJE..
AMeen..ameen ya rabbal Alameen...
moga su manje sihat sejahtera..
dua tiga org anak murid saya belajar di Mesir. Rasa2nya dah sampai sini kot. Mudah2an semuanya selamat.
kak sal
apa berita terkini anak buah kak sal? Semoga selamat ye...sedih betul mmikirkannya pelajar kita di sana :(
kak sal, kazen sy study sana gak sorang..lum leh balik lagi...
hrp2 mereka semua slmt samapi ke malaysia
moga mereka dilindungi.amin
Assalamualaikum YAN..
Moga anak2 murid yan juga dlm keadaan yg baik dan selamat..
Assalamualaikum KASIHREDHA..
Anak saudara dah bertolak dari Mesir..kini di Khaherah , mungkin akan sampai minggu depan
Assalamualaikum SUZIE..
Berdoalah kita semua agar mereka selamat sampai ke Msia tidak lama lagi..Ameen..
Assalamualaikum ANIE..
Mudah-mudahan ya..mrk selamat dan dilindungi Allah..
salam akak..
moga mereka semua selamat..dan segala urusan dipermudahkan..
CIKCERIACORNER..
Ya..moga mereka semua selamat dan dlm perlindungan Allah..cepat pulang kepangkuan keluarga krn ia dpt mengubati kebimbangan hati ibu2 menanti kepulangan mrk ..
sekarang ni keadaan dh semakin baik...ramai juga pelajar2 kita dah sampai Malaysia..
moga2 yg tk dapat balik tu..selamat2 di sana..
jom ke APA KATA HATI pulak,
BIRTHDAY DD
Assalamualaikum Nabila : trimakasih atas info yg diberikan..moga mrk selamat sampai ke sini.
Post a Comment