Saturday, December 14, 2013

Keep Going...

Tuesday, December 10, 2013

Renungan..

Assalamualaikum....
Kata seorang Syeikh, apabila Allah tidak menghendaki kita lagi,
Allah sibukkan kita dengan urusan dunia secara berlebih-lebihan, 
Allah sibukkan kita dengan urusan anak-anak ,
Allah sibukkan kita dengan urusan perniagaan dan urusan harta
Allah sibukkan kita dengan urusan pengaruh, pangkat dan kuasa...
sedangkan itu semua akan ditinggalkan suatu hari nanti...

Oleh itu, ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan
Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan..
Ambillah masa untuk beramal kerana itu kunci kebahagiaan hakiki..

Thursday, November 14, 2013

Peristiwa Yang Berlaku 10 Muharram

1.  Hari pertama Allah mencipta alam
2.  Hari pertama Allah menurunkan rahmat
3.  Hari pertama Allah menurunkan hujan
4.  Allah menjadikan 'Arasy
5.  Allah menjadikan Luh Mahfuz
6.  Allah menjadikan Malaikat Jibril
7.  Nabi Adam a.s dicipta
8.  Diampunkan dosa Nabi Adam a.s setelah bertahun-tahun memohon keampunan kerana melanggar
     larangan Allah
9.  Nabi Idris a.s diangkat darjatnya oleh Allah dan Malaikat Izrail membawanya ke langit
10.Diselamatkan Nabi Nuh a.s dan pengikutnya dari banjir besar selama 6 bulan dan bahtera baginda
     selamat berlabuh  dipuncak pergunungan.
11. Nabi Ibrahim a.s dilahirkan di kawasan pendalaman dan terselamat dari buruan Raja Namrud
12. Nabi Yusof a.s dibebaskan dari penjara setelah meringkuk di dalamnya selama tujuh tahun.
13. Nabi Yaakub a.s telah sembuh buta matanya ketika kepulangan anaknya yusuf di hari tersebut.
14. Nabi Ayub a.s disembuhkan penyakitnya
15. Nabi Musa a.s telah diselamatkan daripada tentera Firaun dan berlakunya kejadian terbelah Laut Merah
16. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s
17. Nabi Yunus a.s selamat keluar daripada ikan paus setelah berada di dalamnya 40 hari 40 mlm
18. Kesalahan Nabi Daud a.s diampunkan Allah
19. Nabi Sulaiman a.s dikurniakan Allah kerajaan yang besar
20. Nabi Isa a.s diangkat ke syurga ketika diburu oleh tentera Rom untuk menyalib baginda
21. Saidina Hussien Ibni Ali telah syahid akibat dibunuh dengan kejam di karbala oleh tentera Bani
      Umaiyyah iaitu Khalifah Yazid

Monday, November 11, 2013

Rawatan Alternatif Buka Salur Darah jantung Tersumbat

Dikongsikan satu petua melalu FB... Satu cara rawatan alternatif untuk membuka atau meluaskan salur darah yg tersumbat di jantung..

Sejauh mana keberkesanannya....tak tahulah.....

Resepi ini dari Vaid Sahab (doktor Auyervedi)
bahan diperlukan...
1 cawan jus lemon
1 cawan jus halia
1 cawan jus bawang putih
1 cawan cuka epal..

Cara
Campurkan semua bahan di atas dan masak dengan api perlahan selama 1 jam (60 minit) atau sehingga bahan campuran ini tinggal 2 cawan. Sejukkan, kemudian campurkan dengan 2 cawan madu semula jadi
dan simpan dalam balang yg bersih.

Minum campuran ubat ini satu (1) sudu setiap hari. Amalkan sehingga 30 hari ..

Saturday, October 26, 2013

Khasiat Serai Untuk Kesihatan

Sering kita menggunakan serai dalam masakan kita tanpa mengetahui khasiatnya...

Sebenarnya serai mempunyai banyak khasiat. Ia memperbaiki aliran darah serta menyegarkan tubuh.

Serai juga berkesan untuk menurunkan berat badan, membuang lemak dan memperbaiki salur darah .Serai juga mengatasi masalah kebas-kebas, lenguh-lenguh, gigitan serangga dan kembung perut..

Thursday, October 17, 2013

Kebaikan Mandi Pagi

Beberapa kelebihan mandi waktu Pagi...

1. Kulit lebih lembut dan halus
Air yg hangat  menghilangkan kesejukan. Jika memiliki lingkaran hitam di bawah mata, mandi  air sejuk  dapat mengurangkan kegelapan pada bawah mata. begitu juga dengan kuku, ia akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. kulit pula menjadi lebih lembut dan halus.
2. Melancarkan peredaran darah
Melancarkan peredaran darah, lebih sihat dan bertenaga. malah kita boleh melakukan aktiviti seharian tanpa rasa letih.
3. Meningkatkan kesuburan
Kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila mandi pada waktu pagi. Ia dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.
4. Mengurangkan risiko darah tinggi
Jika individu ada tekanan darah tinggi, mungkin ini merupakan salah satu cara untuk anda mengurangkan penyakit tersebut. Insya ALLAH, dengan izin ALLAH, jika ia diamalkan selalu, penyakit anda akan pulih.
5. Mengurangkan tekanan serta tenang
Air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. buat anda yang mengalami depresi, inilah cara yang terbaik utk anda menghilangkannya. oleh itu, ubahlah tabiat kpd mandi pagi sebelum subuh.
6. Meningkatkan sel darah putih
Mandi dengan air sejuk meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh badan. apabila sel darah putih seimbang dalam tubuh,  daya tahan  melawan virus akan bertambah. 

Monday, October 14, 2013

QMG Network Produk Kesihatan

QMG menjual product kesihatan. Antara barangan kesihatan yang dijual ialah
1. Garam batu..
2. Quick Energy untuk memperbaiki peredaran darah...Herba ini mengandungi halia, tongkat ali, ibu gamat, kacip fatimah, madu lebah, penutup bumi, manjakani, habatussauda,  sarang burung walit, gingseng korea gred A, Mas cotek...

Jika berminat utk membeli sambil menjadi ahli, serta boleh jana pendapatan..jika berminat sila hubungi email sallylauto@yahoo.com

Sunday, October 13, 2013

Menjana ...

ANDA INGIN JADI USAHAWAN?

Sedikit Modal! Sedikit Usaha! Sedikit Masa! 

Andainya selama ini anda ingin menjadi usahawan yang berjaya dengan memiliki produk atau perniagaan sendiri, maka teruskan membaca laman web ini.

Apakah Anda Seorang Yang:
*Yang ingin maju dengan perniagaan sendiri.
*Yang ingin mencari peluang pekerjaan dan perniagaan.
*Yang sedang mencari kerja sambilan atau sepenuh masa.
*Yang sedang mencari pendapatan sampingan.
*Seorang penganggur yang sedang mencari peluang pekerjaan/perniagaan.
*Peniaga yang ingin memajukan perniagaannya.
*Pegawai atau pekerja yang ingin menjadi bos pada perniagaannya sendiri.


# Hanya dengan menjual produk, sedikit keuntungan akan masuk ke tabung anda...
.........bersambung akan datang...

Wednesday, October 9, 2013

Kongsi ilmu..

Friday, August 16, 2013

Mee Rebus Johor

Bahan-bahannya
2 kg mee kuning, celur
1/2 kg daging dihiris halus
4 biji keledek, direbus dan dikisar
1 cawan tauchu, dicuci dan dikisar
2 ulas bawang putih, dikisar
3 biji bawang merah, dikisar
1/2 cawan udang kering, dikisar
3 batang serai, dititik
1 inci lengkuas, dititik
5 sudu makan rempah kari daging
garam, gula secukupnya
Minyak untuk menumis
Bahan Taburan Tepung udang kering
1/2 cawab udang kering dikisar
80 gm tepung gandum
1/4 sudu tepung kunyit
garam secukupnya
air secukupnya
Minyak untuk menggoreng

Bahan Hiasan
Tahu yang digoreng, dipotong kecil
Daun sup, dimayang
Bawang goreng
Telur rebus dibelah dua
lada hijau, dipotong bulat
Taugeh dicelur
Limau kasturi, dibelah dua.

Cara menyediakan
Campurkan semua bahan dan gaul rata2. Bancuhan tepung dimasukkan dalam kuali caranya spt direnjis.Dah garing, angkat dan toskan

Cara membuat kuah.
Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan serai dan lengkuas yang telah dititik. Kemudian tumis bawang putih, bawang merah, halia dan udang kering yang telah dikisar hingga naik bau.

Masukkan rempah kari, kacau rara, kemudian masukkan taucu dan keledek yang telah dikisar bersama dengan daging.(taucu dan keledek yg dikisar diletakkan air untuk senang dikisar) Tak payah tambah air takut kuahnya tak pekat. Masukkan garam, gula ..

Cara menghidangkan
Hidangkan mee yang telah dicelur taugeh. Tuangkan kuahnya dan kemudian hiaskan dengan tahu goreng, daun sup, bawang goreng, telur rebuas, lada hijau, limau kasturi dan tak lupa juga taburan tepung udang kering.

SELAMAT MENCUBA.

Wednesday, July 31, 2013

Roti John..

Assalamualaikum...
Ingin bertukar selera merasa keenakkan roti John??
Ok jugak..
Simple dan mengenyangkan...
dan kurang berminyak... sesuai untuk remaja purba...
Mari mencuba...
Bahan-bahannya
-Roti panjang
-100gm daging cencang (saya guna ayam cencang)
-2 ulas bawang merah yg dihiris halus
-1 biji telur . Dipukul
-20gm kobis.Dihiris ( saya guna salad)
-20gm lobak merah. Dihiris
-10gm mayones
-1 sudu teh serbuk lada hitam
-1 sudu teh serbuk kari
-Sedikit sos cili
-Garam secukup rasa.


Cara memasak:
1. Di dalam sebuah bekas, campur lobak merah yang telah dihiris bersama mayones, sedikit serbuk lada hitam dan garam secukup rasa.Ketepikan.
2. Kemudian di dalam kuali tumis bwg merah hingga naik bau. Masukkan daging cencang dan kacau sebentar.
3. Masukkan serbuk lada hitam, serbuk kari dan gaul rata. Garam dan gula. Angkat dan ketepikan.
4. Pecahkan telur di atas kuali dan letakkan inti daging tadi. Letakkan roti di atas inti tadi dan pastikan ia tidak melekat.
5. Angkat roti dan letakkan mayones dan sos cili.
6. Hias dan boleh hidangkan.

Selamat mencuba ..

Saturday, July 20, 2013

Perasaaaaan Tak...

Assalamualaikum..
Renungan dan muhasabah diri....
PERASAN TAK? 
Duit RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tapi begitu kecil bila dibawa ke StarHill, MegaMall dan seangkatan dengannya.

PERASAN TAK? 
30 minit terasa begitu lama untuk berzikir, tetapi begitu pendek untuk menonton drama2 di televisyen: drama Korea, Teduhan Kasih, Adam & Hawa, dll.

PERASAN TAK?
Betapa lamanya 2 jam berada di masjid, tetapi betapa cepatnya 2 jam ketika menonton wayang di panggung.

PERASAN TAK?
Susah sungguh merangkai kata untuk dipanjatkan doa ketika solat, tapi betapa mudahnya cari bahan bersembang bila bertemu kawan-kawan.

PERASAN TAK?
Susah sangat baca Al-Quran 1 juzuk saja, tapi majalah hiburan dan novel best seller 100 halaman pun habis ditelaah.


Sumber : FB..

Monday, July 15, 2013

Makan secukupnya...

Assalamualaikum...

Pada satu hari, Imam Malik bin Anas menangis ketika hendak berbuka.. Ketika ditanya oleh muridnya, beliau berkata "Aku sedih melihat makanan yang banyak kerana terkenangkan Rasulullah s.a.w. Baginda berbuka dengan makanan yang sedikit tetapi amalannya banyak.. Sedangkan aku berbuka dengan makanan yang banyak, tetapi amalanku sedikit .."

Pengajaran cerita :
1. Makan secukupnya. Mengelak pembaziran itu yang terbaik..

Wednesday, July 10, 2013

Teluk Batik....

Assalamualaikum..

Sebelum menyambut Ramadan tempoh hari, ibu sempat balik kampung di Perak.. ..
Memulakan perjalanan  dari  JB pada pukul  dua petang.....
tentu sekali sampainya larut malam...memandu pun agak perlahan...
Setelah selesai urusan di kampung, anak-anak menyinggah di Teluk Batik...
kata orang sambil menyelam minum air...
Dari jauh sudah kelihatan lautnya yang kehijau-hijauan dengan deruan ombak yang agak kuat..
Terasa aman beriadah di sini bersama keluarga.
Keletihan mengharungi perjalanan hilang setelah disapa hembusan bayu yang segar

Terletak kira-kira enam kilometer dari Bandar Lumut, Teluk Batik serasi-serasi dikunjungi tetamu  untuk menikmati panorama pantainya yg putih..Anak2 pula berminat untuk menaiki kayak dan bot...
akhirnya hajat mereka sampai.. sebelum motobot meluncur laju..
mereka diwajibkan memakai jaket keselamatan.
Dari jauh...ibu lihat sedikit gerun apabila anak-anak dilambung ombak ...  
Dalam perjalanan balik juga, sempat layan anak2 untuk singgah di Lost World...
tapi tiket masuk agak mahal..RM48 seorang ...
Pemandangan dipersekitaran Lost Wold..
alhamdulillah..tak lost ketika berada di sini...

berhampiran kawasan parking...

Jalan masuk ke sini...
kehijau-hijauan...terapi mata...


Air terjun buatan sendiri...
Pemandangan di hadapan Lost Wold..
Nak beli tiket, perlu melalui kawasan hadapan ini...
banyak spisis tumbuh-tumbuhan di sini...
pemandangan di luar...berhampiran kawasan parking...

Inilah antara dua destinasi pelancongan di Perak sempat dikunjungi ....

Saturday, June 29, 2013

Antara Kunci Kebahagiaan...

Assalamualaikum..
Sekadar muhasabah diri...
Antara kunci kebahagiaan...

1. Jangan membenci sesiapa pun, walau ada yg menyalahi hakmu
2. Elaklah bersedih secara keterlaluan (kawal emosi) sekalipun banyak masalah
3. Hidup dalam kesederhanaan.
4. Pelbanyakkan memberi walaupun anda dalam susah..
5. Tersenyum walau hati sedang menangis
6. Jangan memutuskan saudara dalam mukmin..

renung-renungkan ...selamat beramal...

Saturday, June 22, 2013

Sinar Dari Bumi...

Ny Time menulis bahawa sekiranya orang-orang Islam berhenti melaksanakan tawaf atau solat di bumi ini, maka berhentilah putaran bumi kita ini, kerana pusingan dari super conductor yg berpusat di Hajar Aswad, tidak lagi memancarkan gelombang elektromagnetic.
Menurut hasil penelitian dari 15 Universiti : Menunjukkan Hajar Aswad adalah batu meteor yang mempunyai kadar logam yang sangat tinggi iaitu 23.000 kali ganda dari baja yg ada.
Beberapa astronout  yang pernah berada di angkasa melihat suatu sinar yg amat terang memancar dari bumi dan setelah diteliti ternyata ia sumber dari bait Allah atau kaabah, Mekah.

Super conductor itu adalah Hajar Aswad, yang berfungsi bagai mikrofon yg menyiarkan dan di mana jaraknya ribuan milion jangkauan siarannya.....

Friday, June 21, 2013

Jerebu 2013

Assalamualaikum...
Jerebu...jerebu...jerebu...
Sejak beberapa hari ini jerebu kelihatan semakin memburuk.....
Kualiti udara yg tidak sihat menyebabkan kita rasa pun tidak sihat !!!
Bau asap yg kuat memaksa untuk
mengenakan penutup hidup bukan saja di luar malah di dalam rumah !!!
Lebih terasa apb ibu elegik dengan material mask muka yg dijual tu..
Ibu terpaksa membuat sendiri dengan kain berwarna putih....
meninjau punca jerebu....
Ia berpunca asap yg bertiup dari kepulauan sumatera
melalui kegiatan menebang dan membakar ...
Cuaca kering juga mengakibatkan pembakaran di sana tidak terkawal !!!!

Monday, June 17, 2013

Membaca Jambatan Ilmu..

Assalamualaikum
Sesekali  membawa anak-anak  ke perpustakaan..
kata orang membaca jambatan ilmu...makin banyak membaca 
makin banyak ilmu yg boleh diperolehi..
 Persekitaran library ini besar, selesa...
meningkatkan keupayaan untuk menjana tumpuan....
 sedang mendengar sedikit pesanan...
berilmu budaya maju..
memanfaatkan pengetahuan untuk kesejahteraan hidup
di dunia dan akhirat..itulah harapan...
esok besarmu berjasa kepada negara dan  bangsa..
itu pesanan..jangan lupa, ye anak2 !!!!
 di sini pun disediakan tempat membaca...
main sorok2 dan jauh daripada gangguan ...fokus..
 ruang pameran yg santai...
disediakan banyak buku2 cerita...
 buku lagi...
sehari semalam pun tak habis baca....
 boleh bersila.....
bantal pun ada...
bagi anak2 yg tak pernah membelai ipad..
boleh mencubanya di sini...pinjam sekejab ye....
 sedang leka bermain ipad..
melayari internet untuk mendapatkan  maklumat dan informasi...
jangan pula salah guna....
 meja panjang ini cantik dan sangat santai ....
 air terjun buatan manusia..
mengindahkan pemandangan ...
4 penjaga kanak-kanak...
yang menyertai misi lawatan ...
sekadar ingin meningkatkan minat dan pengalaman anak2 
untuk mendapatkan maklumat dan pengetahuan... 

Sunday, June 9, 2013

Lampu Garam Gunung..

Assalamualaikum
Semalam ibu hantar adik ke asramanya..
singgah di pasar raya kerana adik (anak)  nak membeli sedikit barangan keperluannya..
ternampak lampu garam gunung yg cantik molek ni...dah lama nak beli ..
premis perniagaan itu baru saja beroperasi 1 bulan..
ibu beli 2 buah, nak cuba pasang di bilik...
kemudian pagi ni ibu cari kelebihan  lampu garam gunung melalui t-net..
Antara kelebihannya yg dinyatakan :
- Membebaskan persekitaran dari gangguan nyamuk dan serangga kecil
-Membersihkan udara ...udara jadi segar 
-Membantu membunuh bakteria melalui ion negatif yg dikeluarkan
-Mengurangkan penyakit asma
-Menghilangkan dengkuran
-Menghilangkan bau busuk
-Memberi tenaga rohani - khusyuk beribadat
-Meningkatkan tenaga batin
wallahualam..
ibu baru pun memasangnya sehari semalam.. 
dah pasang satu hari, memang takde nyamuk pun...
menurut penjual tersebut, klu pasang 24 jam kos elektriknya RM1.70 sebulan..


Friday, June 7, 2013

Makan-makan

Assalamualaikum
Waktu ibu kecil-kecil dulu, emak selalu kata..'makanan boleh menyihatkan, makanan boleh memudaratkan'. masa itu umur  ibu baru 5 tahun..... ku tak mengerti.....yang ibu tahu ketika itu, apa saja yg emak masak, semuanya dijamah dan sedap-sedap belaka walaupun yang rebus-rebus....

Putaran masa berlaku begitu pantas..minda pula dah boleh menginterpretasi kata-kata emak....jauh di sudut hati mengakui akan kebenaran kata-kata emak tu....

Walau merindui masakan emak, adakala sesuatu masakan tersebut bukan taste keluarga, jadi tak nak menyediakannya, nanti penat pulak nak menghabiskannya.....

Tak habis lagi tentang makan-makan...excited...

Waktu pagi menjelang.. tetiba teringin nak buat pizza..dah lama tak buat, keluarkan bahan2, tapi ada pulak  yg kurang....kerja pun tertangguh sehingga  tengah hari  baru dapat menyiapkan beberapa keping...Tak apalah kalau waktu tengah hari tu orang sibuk nak masak nasi, ibu sibuk nak buat pizza....
Dah siap..rasa lega sekurang-kurangnya dapat mepulangkan pinggan jiran yg dah bertapa di rumah....Seorang jiran yang duduk nun di hujung tu pemurah, Ibu beri pizza, beliau balas dengan nasi lemak  panas-panas yg baru siap ditanak..alhamdulillah rezki tengah hari .. ..

Petangnya baru kami makan pizza yg dibuat tadi.....
Pada waktu malamnya pula, anak2 nak keluar membeli barang keperluan...namun jelingan manjanya tertumpu di sebuah restoren ...terus duduk...ibu memesan bubur nasi, dah lama tak menikmatinya..tambahan pula ada ikan kering, lobak masin, telur masin, ikan bilis dan goreng kangkung...kenyang..
Nasi goreng pataya ...cantik dengan aksesori yang merah-merah tu....
Agah order tom yam dengan sepinggan nasi.....
waktu subuh menjelang tiba....rasa macam nak puasa. Masih kekenyangan makan mlm....
Jadi keluarkan susu kambing dari peti ais dan makan sekeping pizza untuk sahur ..
susu kambing ni memang beli banyak untuk stok sebulan..
simpan di peti sejuk  dingin beku, tahan ..
biasanya kalau tak sempat sarapan minum ni dah kenyang.

P/S: Kalau ada kelebihan, ingatkanlah kami untuk bersedekah..
Fadhilat dan kelebihan bersedekah : murah rezki, menolak bala bencana, memanjangkan umur, wallahualam...  


Thursday, June 6, 2013

27 Rejab..

27 Rejab, Selamat menyambut Israj dan Miraj..
Satu lagi peristiwa penting dalam bulan Islam..
tentu banyak pengajaran apabila merenungi dan menghayati kisah-kisah  tersebut..
mari kita berdoa..
amin-amin Ya Rabbal Alamin..

Monday, June 3, 2013

Berkunjung ke Air Terjun Kota Tinggi....

Assalamualaikum
Salah satu kawasan semula jadi yg agak cantik panoramanya ialah Air Terjun Kota Tinggi....lebih kurang 15 minit dari bandar Kota Tinggi...
Entahlah..tetiba anak2 menyebut untuk ke kawasan rekreasi ini..sejujurnya lebih 10 tahun ibu tak ke sini....ketika itu, terasa payah membawa mereka yg masih kecil2, lagi pun banyak  komitmen lain yg menghalang....sekarang mereka dah besar, kebetulan sedang bercuti semester...layanlah.....

Di air terjun ni, bolehlah berendam lelama, bersejuk-sejukan...... tak perlu risau dengan sun burn..
Kalau tak nak mandi pun, sekadar melihat2 kawasan persekitaran dan jadi guard, jaga barang-barang family yg mandi-manda... ..sekurang-kurang dpt berehat melepaskan lelah jika penat bekerja...

Kami datang ke sini hari Khamis..agak lengang dan selesa berbanding pada hujung minggu yg mungkin menerima pengunjung  lebih ramai...tiket masuk RM7.50 bgi orang dewasa...
Teruja nak mandi??? haruslah... lebih2 lagi apabila melihat airnya yg  menderu-deru turun melalui celah2 batu besar kemudian  mengalir jernih.... tapi kita kena berhati2  menapak dan menuruni  batu-batu yang besar dan kecil di situ... licin.......
 Anak-anak tangga kecil yg dilimpahi air...
Ketika duduk, ternampak spesis kerengga ini yg sedang mengutip makanan.. 
besarnya....saiznya lebih kurang 5 kali ganda dengan saiz kerengga biasa....

Menghabiskan masa beberapa jam di sini...kemudian menginap di homestay  bandar Kota Tinggi..sebenarnya tempat ni tak jauh drp rumah, lebih kurang satu jam setengah  jika drive sendiri tapi hajat hati utk berkumpul dan berukhuwah dengan family adik dan kakak..... ....sejujurnya dah lama tak melakukan aktiviti bersama terutama dalam bab2 melembutkan hati anak-anak melalui tazkirah, yasin, tahlil kerana sibuk sendiri.....syukur sangat jika dalam keadaan santai sebegini dapat melakukan aktiviti bersama-sama....sekurang kita rasa dekat di hati keluarga sendiri....