Showing posts with label makanan. Show all posts
Showing posts with label makanan. Show all posts

Tuesday, February 12, 2013

Cara-cara Membuat Aiskrim

Assalamualaikum..
Cuti CNY..anak-anak mencadangkan untuk membuat aiskrim....
Adik Hani pun cari resepi kat internet..
bahan2 yg digunakan 
- 1 tin susu cair
- 1/2 tin susu pekat ( ikut anda...boleh kurangkan jika terasa manis sgt )
- Satu biji telur
- Satu sudu kecil esen vanila..
- Satu sudu besar ovalett (cari halal)
Cara membuatnya
Campurkan semua bahan2 tersebut ke dalam mangkuk
pukul dengan mesin pemutar sehingga kembang ..
bayangkan macam buat kek..
kalau ada yg tak suka letak esen vanila, tak pe..suka hatilah..
 putar antara 15 hingga 20 minit..
putar sehingga tekstur tersebut menjadi  kembang, pekat, likat..
spt cream berlemak yg disukai ramai, ye puan-puan....
lepas tu...
asingkan mengikut perisa yg digemari....
Oleh kerana kami hendak membuat 3 perisa..
maka, kami pun asingkan kepada 3 mangkuk..
mangkuk pertama: campur dengan milo , putar semula...
ini dia mangkuk pertama yg  dicampur  milo, tekstur berwarna coklat
mangkuk kedua campurkan  perisa durian dan putar. Tekstur jadi kuning
mangkuk ketiga campurkan jem blueberry dan putar. Tekstur sedikit ungu
Berikut  aiskrim yg telah siap...
berperisa milo, durian dan blueberry..
sebenarnya terpulang kepada kita nak letak perisa apa..
Seterusnya ..masukkannya  ke dalam peti sejuk untuk proses pembekuan..
 esoknya  dah beku..
..rasa aiskrimnya  macam beli kat kedai juga....

alhamdulillah..
next time..bolehlah mencuba lagi..
buat penambahbaikan...insya-Allah..

Sunday, January 13, 2013

Kepak Ayam dan Kangkung, Berhati-hati....

Assalamualaikum..
Lama tak menulis..Awal-awal tahun ni, sibuk sendiri..
minda terfokus pd kerja2 harian..

Hari ini, nak kongsikan tentang makanan..maklumlah makanan sangat penting dalam kehidupan..

KEPAK AYAM:
Berhati-hati makan kepak ayam..klu boleh elakkan..sebab ayam sebenarnya disuntik steroid di bhg kepak dan leher untuk tujuan pembesaran yg cepat..namun bahaya menanti kepada wanita kerana  ia boleh  memyebabkan pertumbuhan sis (cyst) dlm rahim
KANGKUNG:
Apabila memasak kangkung ..belah batangnya dulu sebab lintah boleh menginapdalam batang... Lebih menghairankan... kangkung yg dimasak selama 20 minit itu pun, belum tentu lintah tersebut akan mati.   Kemudian..Lintah itu boleh membiak dalam usus jika ia tidak pupus.....
p/s: sharing is caring..

Monday, November 12, 2012

Kacang Pool..

Assalamualaikum..
Selepas penat jalan-jalan  mencari barang-barang keperluan di Angsana,
Kami singgah pula menjamu selera di  tingkat bawah....
Adik  minta kacang pool ....

Pernah makan kacang pool??? Ibu tak pernah makan...
 Ini dia kacang pool..
Dimakan dengan roti bakar yang  panas-panas dan lembut
Sajian kacang pool  ni berwarna hitam hampir legam..
Antara kandungannya adalah kacang parang dan daging cencang..
klu tak pernah cuba, mungkin tengok pun tak begitu selera..
tapi angah dan adik suka..

Ibunya layan jee..oklah, sedap jugak...
.
Makanan ni popular di Arab..Siapa yang pernah ke Mekah mungkin tau..
Ia dijamu pada orang2 Malaysia  yg mengerjakan Haji di sana,
Akhirnya pengusaha mendapat ilham untuk membuka restoren kacang pool ni di Johor....
Ibu pula suka makan sup sayur, seperti ini..
atau soto..
Adik minum dengan ais limau..
ibu dan angah lebih  suka air limau suam..
donat ini pun sedap jugak
jeli buatan adik ipar....

 Minggu ni, terasa banyak makan  di luar terutama ketika  travel, jemputan dan....
makan pun jenis berlemak, manis, pedas-pedas dll....semua makan ...
Jadi di rumah  ibu melebihkan  buah2an dalam sajian makanan ...

Berikut sedikit informasi tentang makanan..
- Minum air mineral yang banyak dapat mempercepatkan penurunan 
kadar kolestrol yang berlebihan dlm tubuh.
- Individu anemia (kurang darah) bagus makan sayuran hijau, bayam, 
epal, anggur, kismis,kurma, susu, telur 
yang boleh menambah darah (zat besi)
- Bawang merah boleh menormalkan kadar kolestrol dlm darah.

Saturday, September 22, 2012

Sarapan..

Assalamualaikum..
Meh sarapan roti canai..
Ada tiga keping semuanya ....
cubit sikit2 tak berapa nak laju sebab makan pun sorang2..
kalau ada anak2 tentu rebut2 makan....

kalau makan ramai2
yg tak sedap jadi sedap
yang sedap bertambah sedap !!!

Syukran...
Alhamdulillah, kenyang..

Saturday, August 25, 2012

Ketupat goreng, first time...

Assalamualaikum..
Menyifatkan tetamu yang datang adalah rezki..
Digalakkan kunjung mengunjungi sanak saudara, sahabat handai di bulan  mulia ini..
Di Johor ni..meriah raya sampai sebulan..

Oleh kerana masih bercuti,
yang datang kerumah pun buat masa ni adalah saudara mara terdekat..
especially anak2 saudara dan cucu2 saudara...

ketupat goreng....
Selalu dengar tentang makanan ini...mencuba-cuba dengan adik..
semalam google untuk cari resepi..
dengan menggunakan 20 biji ketupat..
Alhamdulillah, setelah siap dimasak, habis..
klu hiris 1/2 cm, rasanya lemak dan lembut..
Jika nak dptkan ilmu buat ketupat goreng..silalah google yee..
tuan rumah tak menyediakan resepi..
Sempat mengambil gambar2 cucu saudara..
kerana mereka bermalam di rumah..

 riang ria..
mata tak berkelip..
tiga beradik ni sedang melihat  video kegemarannya..
air oren, sirap, anggur, memacam minum...
tapi ..ini yg paling special... air kelapa muda..tentulah sedap...

Monday, August 6, 2012

Rajinnya..

Assalamualaikum..
Kalau kita minat, semua benda boleh buat... kan..
Apatah lagi jika ada yang hendak menolong...

Beberapa hari lepas..adik dan angah balik..
meriahlah rumah ibu dengan gelak ketawa mereka..

Pukul 1.00 malam, mereka belum tidur lagi..
rupanya adik dan kawannya menyiapkan  muffin coklat..
Sementara angah dan kawannya menyiapkan kek batik..

Seronoknya kalau raya nanti pembantu-pembantuku ini nak buat kuih ...
ringan sikit beban tugas...
kalau tak sempat maka  kuih tunjuk jee yang akan menghiasi meja..

Apa-apa pun..tahun ni dirasakan beraya secara sederhana jee..
teringatkan abang long yang tak sihat di kampung....rasa sebak!!!!

*********
17 Ramadhan..
Moga bertuah dpt menghayati sebahagian drp ayat2nya..



Sunday, May 27, 2012

Chapati..

Chapati ??
kalau pandai buat, best juga kan..
Hari pertama mencanainya..hantam sajalah labu...betul2  macam lempeng...sendiri rasa pandai pula cakap sedap..yee serius kesedapan dan keenakannya disebabkan lembik dan lembut..  secukup rasa pula tidak tawar dan tidak masin........

Tapi saya pasti, kalau ada pembuat chapati di sebelah tentu  fail....dah tahu dah...sebab tak ikut arahan spt dlm resepi..

kali kedua ..rasa confident sikit nak tayang..memang kena ada skill..tapi mudah dikuasai jika berminat nak buat...
mencanai di sini..seperti buat kuih raya....
 saya guna dua kuali untuk memasaknya supaya cepat sikit..
chapati ini masih belum diterbalikkan..
dah siap dah....makan dengan kari...
Bahan-bahannya:
225 gm tepung atta, 1 sudu besar minyak sapi, 125 ml air suam, secubit garam, sedikit minyak sapi untuk dilenser pd chapati..

Cara membuatnya: 
Masukkan tepung atta, minyak sapi dan garam dalam mangkuk. Tuang sedikit demi sedikit air suam sambil uli.Masukkan doh ke dalam mangkuk dan tutup dengan sehelai kain basah/lembab..biarkan 30 minit...Kemudian bahagikan doh menjadi bebola kecil. Canai nipis..Panaskan kuali, masukkah chapati tersebut..setelah masak terbalikkan..selepas itu lenserkan chapati dengan minyak sapi...pastu bolehlah dihidang dengan kuah kari..

Boleh mencubanya...chapati tidak menggunakan minyak yang banyak..
Tak tahu pula samaada sesuai  untuk orang yg nak diet  ...

Friday, May 11, 2012

Dulu dan Sekarang....


Dulu, Semasa  anak kecik2, mereka suka makan nasi lemak ....
Dalam seminggu tentu beberapa kali beli nasi lemak..
Masa tu makan sambal macam makan gula2..
semakin merah menyala semakin sedap dimakan..
Sekarang letaklah sambal kat  depan mata...
klu cuit sikit je janganlah kecil hati...
tu petanda dah tak berapa kuat menahan pedasnya .....
Dulu, makan lontong macam makan sup jee
sekarang..pandai pulak takut-takut.....
takut terlebih kolestrol ..hehe..
Sekarang suka makan yang simple-simple...
 sarapan apam ni pun ok..
kalau beli beberapa ketul,  makan berlumba2..
klu sendiri buat...emmm jawabnya tak habis .....
Rumusnya : benda  yang sikit tu memang sedap ..

OK..habis cerita pasal kuih..
kita cerita tentang  tepung pula ...

Tadi, saya terbaca di alam maya tentang informasi tepung gandum..
Sesetengah tepung mengandungi  Benzoyl Peroxide.. 
Apa itu  Benzoyl peroxide 
lihat sedikit cerita tentang bahan kimia ini di bawah  !!!!!
tuuuuu..perasan tak tulisan benzoyl peroxide..
Sejenis bahan peluntur  yang dimasukkan ke dalam tepung..
eh..eh..kemudian masuk pula ke dlm perut ???
Aduhai dah berkilo-kilo beli tepung ni....
Baru perasan kandungannya ada bahan peluntur itu ..
Selepas ni..berhati2lah ..check sebelum membeli..
cari tepung yang bebas daripada kandungan NI yeeek !!!!!

Benzoyl Peroxide adalah..
Sejenis  toksid
Sejenis bahan penggalak tumor..
Sejenis bahan peluntur
Bahan mutagen yg menyebabkan mutasi pada sel badan
Ia dimasukkan  kedlm tepung untuk proses pemutihan & mengurangkan serangga  ..
Pesakit gout kalah dengan tepung putih yg mengandungi BP ni.
keterangan lanjut  baca di sini (tekan)


P/S: Motivasi untuk diri sendiri....... 
Selagi dinamakan kehidupan..
Selagi itu kita  berdepan dengan ujian.....
Adakah itu ancaman ???
Oh tidak.....itu ujian..
Ujian itu test..
Test itu untuk menguji ketabahan diri manusia...
Ketabahan itu  mendekatkan diri  padaNya..
Ketabahan itu  melunakkan hati2 yg gersang !!!
justeru..
Ya Allah tabahkan hati ..
terimalah doa hambaMu yang kudus ..
Amin Ya Rabb!!!

Saturday, February 18, 2012

Sedapnya ....

Mengidam nasi kerabu ???
sikit-sikitlah....
Bukan orang mengandung je yang pandai mengidam..makcik2 pun, sesekali tekaknya ngada-ngada juga....tapi tak pernah cerita keinginan itu kepada kawan-kawan setugas yang berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang..nanti susah payah pulak  rakan itu nak masak-masak....

Tak disangka pula, apabila berkunjung  ke rumah adik semalam....

Menjenguk adik kerana nak tunaikan hajat along .mahu menyiapkan assignment berkaitan dengan tugasan mewawancara  seseorang .
Nak senang cerita, along  interview pakciknya ajalah... Maka letihlah si pakcik melayan kerenah anak buahnya..snap sana, snap sini....siap..sambung buat karangan kat rumah pula...

Beberapa minit kemudian.. keluarlah sesuatu dari ruang dapur..wah, aromanya menusuk hidung!!!..rupanya.nasi yang sedap-sedap tulah.....
Adik ipar memang suka mencuba2 masakan, akhirnya menjadi pula...Yang sangat beruntung adalah si kakaknya  kerana kekenyangan sampai ke malam. balik memang dah malam pun....

Ya ampun...Tak sempat nak ambil gambar, dah habis makan baru teringat .. maka ikhtiarnya.... didatangkan khas  daripada google ...
Nasi kerabu ni  memang meriah , 
penuh pinggan... sungguh enaks  dimakan dengan pelbagai lauk pauk.

ini rupa daunnya..baru diketahui..
tapi ada juga rakan, buat  nasi kerabu  putih je..sedap juga...
bergantung pada lauknya..

Sedikit informasi tentang sedekah makanan


Apakah hukum memberi makanan yang tidak halal atau diragui halalnya kepada orang bukan islam? (hadiah2 hamper makanan yang tidak mempunyai logo halal. . Jadi boleh tak diberi makanan tersebut  kpd jiran yang bukan  Islam). 

Berkenaan memberikan makanan yang tidak halal kepada orang Islam, tiada kompromi pada perkara ini. Umat Islam tertakluk pada hukum taklifi berkaitan wajib, sunat, harus, makruh dan haram. Maka, memberi makanan yg haram kepada umat Islam adalah haram hukumnya.. dan berdosa bagi sesiapa yang melakukan dengan sengaja. Dan berdosa juga bagi orang Islam yg menerima pemberian itu dan menggunakannya (untuk makan dsb) jika beliau tahu akan keharamannya.

Bagaimana pula dengan orang kafir? mereka tak tertakluk dengan hukum taklifi? 

Persoalan ini sebenarnya tak tertakluk pada penerima.. sebaliknya pada pemberi (orang yg memberi dan yang sedekahkan barangan itu). Contohnya jika beliau menerima hadiah sebotol arak, maka beliau berhak menolak daripada awal pemberian itu.. kerana arak itu jelas haram. Namun, jika hanya disedari ketika sampai di rumah contohnya arak, kena buang.. tak boleh ambil manfaat untuk dijual, atau menukarkannya.. begitu juga haram menghadiahkannya kepada non-Muslim.. kerana arak itu tidak mendatangkan faedah dari sudut syarak..

Jika kita menerima barang2 yg syubhah (tidak pasti halal) maka adalah lebih wajar kita membuangnya.. ini tidak termasuk pembaziran, kerana barangan itu tidak memberi manfaat dari sudut syarak.. kecuali darurat, spt kebuluran (kalau beliau tak makan, boleh mati kebuluran).

Islam mengajar untuk mencari yg halal untuk kegunaan sendiri dan keluarga. Kalau nak sedekah, maka sedekahkanlah yg terbaik daripada kita.. itulah sedekah peringkat tertinggi berbanding sedekah barang yg kita dah tak guna. 

Read more: http://ustazlove.com/blog/2011/11/soal-jawab-memberi-makanan-syubhah-kepada-bukan-islam/#ixzz1mnNFx6qk

Monday, January 16, 2012

Teringatlah pulak....

Assalamualaikum..

Aduhai, lucunya hari ini..
Saya terpos  n3 'kategori kawan' ni dalam salsuria..
sepatutnya nak masukkan dlm blog yang lagi satu..
kategori kawan tu macam tak sesuai di sini..
nak buang tak larat pulak..

jadi saya postkan gambar aiskrim ni..
teringat 10 tahun dulu  ketika anak-anak masih kecik2
suka sangat makan aiskrim..
berjenis-jenis perisa..
aiskrim ni disalutkan roti..kenyang..
Sekarang..roti aikrim ni boleh juga digoreng..
buang kulit tepi dulu....
tapi mereka tak suka aiskrim goreng..

Friday, January 13, 2012

steamboat..

Assalamualaikum..
Moga sentiasa dalam perlindunganNya..

Berkongsi cerita pasal makanan ni..
sebab rindu kat steamboat...
sesekali pekena .... sedap ....
aduhai tekak..napa tetiba ngada-ngada pula??

 esok cuti...buat steamboat???
Sebenarnya terkadang saya masak steamboat ni campak-campak jee,
maksudnya  terlebih bahan tu, terkurang bahan ini..anak2 tak kisah ..
sedap jee..sebab keluarga pun  memang suka makan jenis sup2
..biasanya mereka makan berulang2 jika jumpa nih ....

Steamboat yang meriah ni diambil kat google..
tak sempat nak snap foto dulu kala...

sekian entry ringkas saya..
wassalam.

Friday, December 30, 2011

kuih Frozen

Assalamualaikum..
Semoga kita semua dalam perlindungan-Nya.

Berhampiran dengan rumah, ada sebuah kedai bumiputera  menjual kuih-kuih  frozen. Sudah setahun beroperasi tetapi baru kali pertama  dikunjungi kerana tak perasan kewujudannya dalam dunia maya  dunia nyata..dekat dengan rumah pulak tu..
kuihnya boleh tahan sedap...
Senanglah ...jika emergency case,  saudara mara  datang secara terjah-terjah,  tak beritahu awal-awal maka berpeluanglah makan yang frozen-frozen..Lainlah kalau beritahu awal-awal dapatlah sediakan apa-apa..
Foto kuih-kuih frozen  ni diambil daripada pakcik google, tak sempat nak upload gambar sendiri..tapi inilah antara kuih-kuih yang dijual. Roti canai segera pun ada. Hari itu sekeluarga mencuba roti canai segeranya,  sedap dan tebal pula..kuah karinya pula buatlah sendiri..
Sebenarnya di rumah pun anak2 tak pemakan, kalau buat kadangkala tak habis..lasly masuk kat peti sejuk kemudian....membazirkan..kalau kita masak tak dimakan rasa penat, lebih baik beli seketul dua dari gerai berhampiran......kalau ramai-ramai makan baru semangat sikit nak masak-masak kuih....

Roti  yang di bawah ni pula adalah roti buatan sendiri ..bukan frozen....
sekian wassalam..