Saturday, January 28, 2012

Kembali sunyi..

Assalamualaikum
Moga kita sentiasa dalam rahmatNya

Tak lama lagi sunyilah semula..
anak-anak sudah mengumpul barang-barangnya untuk pulang ke asrama..
meninggalkan penginapannya yg dihuni selama seminggu nih..

Lepas ini terasalah rindu terutama pada Dolly..
buah hati pengarang jantung angah yg diperkenalkan pada ibu
Dolly..Polly..Lorry..entah yg mana satu namanya yg betul..
nama orang putih ni buat ibu tersasul2..

Dolly Lorry  kecik comel..
tak banyak kerenah..senang menjaganya..
pagi-pagi apabila  ibu bangun tidur..
ibu akan intai dia dulu, sihatkah dirinya....
Sejak dua menjak ni rela pula jadi pengasuh Dolly..

Angah bagi air paip..ibu suruh gantikan dengan air mineral
Angah bagi bnyk makan..ibu suruh kurangkan, takut keracunan..
Angah bagi bangku polisterin..ibu suruh gantikan ngan batu-batu 
maka setiap pagi, Dolly suka bertenggek atas batu itu..

Pegang  Dolly sebentar..dia comel..kiut miut..
happy tengok dia..
 Dia bersantai-santai  di sini..
Gendang gendut tali kecapi
 Kenyang perut,
Dolly suka hati....

Menurut pakar, salah satu cara untuk hilangkan stress 
dengan melihat haiwan peliharaan..

Tuesday, January 24, 2012

Cuti CNY..

Assalamualaikum..
Moga sentiasa dalam rahmatNya..

Pagi itu, memulakan perjalanan ke bandar..berpeluang melalui jalan yang lengang..kenderaan agak kurang. Jadi dapatlah menikmati suasana di ibu kota JB yang aman damai. Sudah tentu waktu cuti begini, penghuninya beralih angin, mempunyai destinasi sendiri untuk menghabiskan cuti CNY..


snap..snap..snap..
inilah hasilnya...
ketika dlm perjalanan munculnya mentari pagi..
masih sejuk dan hening...terasa hadirnya membawa ketenangan..
jauh sebentar daripada hiruk pikuk manusia..

Berbeza sekali pd malam kelmarin....kerap kedengaran ' prang..prung..prang prung.'.Paling tercabar apabila sesekali mercun roket dihalakannya  ke rumah ..Aduhai, tersangatlah kuatnya sehingga menyakitkan gegendang  telinga..menyesakkan dada..diam ajalah....hidup berjiran  memanglah kena bersabar...dlm keadaan hingar bingar, tetiba terdetik dlm hati,  siapa.yang kena toleransi nih????  kita yg kurang tahan bunyi kee atau jiran kitakah  yg kena sloww....oppsss..isu ini, tak perlu dipanjang-panjangkan..

Kereta masih bergerak laju...dah sampailah pada lokasi yang dituju.. ke Hotel Puteri Pacific ..duduk di lobi sekejab ..



Hari ini temankan si Hani untuk interview..  teruja sangat dia. Anak  yg seorang ni suka sangat mencuba pelbagai. Terkadang kelakar melihat Hani. Orang dtg interview bawa diploma, digree, master..dia yg sedang menunggu SPM membawa UPSR, PMR..sikit2 sijil  itu dan ini....hehe..

Biarlah......buat seronok2 je sekejab sebab masa tu free. Dari kecik budak ni memang sukakan kepelbagaian, mencuba itu dan ini  sekadar ingin melalui cabaran..Jadi dpt peluang untuk  interview tak salah pergi....tapi  saya rasa sangat bersalah  klu dpt, ewah....sebab  ibunya tak suka dengan glamour... betapa haru biru kehidupannya nanti....hehe..

Yang pasti : Sememangnya baik kalau kita pandai mengatur perancangan hidup kita..tapi redhakanlah Dia menjadi penentu..Dia menghapuskan sesuatu yang kurang sesuai dan menggantikan dengan rencanaNya yang lebih indah. Dia yang lebih tahu apa yang terbaik untuk kita dan memberi apa yang kita perlukan dalam kehidupan....InsyaAllah.

Saturday, January 21, 2012

foto ini..

Assalamualaikum..
Semoga dalam perlindunganNya selalu

subahanaAllah, bayi ini sungguh istimewa..
Moga dia dapat menjalani kehidupan dengan baik.
nota :
~Tidak dijadikan sesuatu perkara itu sia-sia melainkan ada hikmahnya.
~ Bersukur dengan kesempurnaan pancaindera diri...

Monday, January 16, 2012

Teringatlah pulak....

Assalamualaikum..

Aduhai, lucunya hari ini..
Saya terpos  n3 'kategori kawan' ni dalam salsuria..
sepatutnya nak masukkan dlm blog yang lagi satu..
kategori kawan tu macam tak sesuai di sini..
nak buang tak larat pulak..

jadi saya postkan gambar aiskrim ni..
teringat 10 tahun dulu  ketika anak-anak masih kecik2
suka sangat makan aiskrim..
berjenis-jenis perisa..
aiskrim ni disalutkan roti..kenyang..
Sekarang..roti aikrim ni boleh juga digoreng..
buang kulit tepi dulu....
tapi mereka tak suka aiskrim goreng..

Kategori kawan..

Assalamualaikum 

Kita  sedia maklum bahawa  kita  mempunyai ramai kawan...
Kawan-kawan kita boleh dikategorikan kepada 6 jenis:

Mencari kita masa kita senang sahaja.
Mencari kita masa kita susah sahaja.
Mencari kita masa dia senang sahaja.
Mencari kita masa dia susah sahaja.
Mencari kita masa kita susah atau senang.
Mencari kita masa dia susah atau senang.

Oleh itu berhati-hatilah apabila berkawan,
Kawan yang baik adalah kawan yang  sentiasa mahu bersama
kita ketika susah dan senang.
Sering mengajak kita kepada kebaikan. 

Sunday, January 15, 2012

Mama Oh Mama..

Assalamualaikum..
"Mama, , adik baru saja melukis....". Si kecil berlari-lari  megah untuk mendapatkan ibu. Tak sabar dia hendak memberitahu aktivitinya.....

"Adik melukis pakai lapstik mama' si kecil menyambung lagi, lurusnya dia....



"Lapstik mama ??" Si ibu terperanjat..

Si ibu memandang anaknya..tiba-tiba terlihatlah akan laptiknya itu   yang tinggal separuh. .Harga lapstik itu bukan saja mahal tapi ia baru saja dibeli..

Hati ibu  hampa dan kecewa..

'Adik !!!!!!! ' Si ibu mula mengamuk sakan. Dia hilang sabar lebih-lebih lagi apabila melihat baju anak perempuannya sudah dipenuhi dengan warna merah-merah..

Si ibu melempiaskan emosinya. Mengamuk sakan. Hilang pertimbangan. Si kecil menjadi mangsa  amarah. Tanpa rasa belas kasihan..  tanpa menghiraukan jeritan.....Akhirnya anak itu  lembik, kaku dan tidak bergerak lagi.......

Si ibu  tiba-tiba terhenti...

Dia menggoncang-goncang  tubuh si anak sambil menangis dan memohon agar anaknya membuka mata..Namun sudah terlambat kerana jantung anak itu  sudah tidak bergerak lagi..

Di saat itu, si ibu terpandang akan tulisan lapstik di selimut  anaknya  dengan perkataan berbunyi ' sayang mama sampai bila-bila'.....

Cerita ini  dari FB..Moga ia menjadi renungan bersama.. 


Sekian wassalam.. 

buat anak-anak kita

Assalamualaikum
sekadar berkongsi-kongsi..
Untuk anak-anak ..
yang kurang lembut hatinya  nak solat..
ikhtiar ibunya mencuba baca surah ini tiga kali..
terutama semasa mereka sedang tidur..


sedikit ole-ole untuk muslimah pula..
hebatnya dia.....


❤`•.¸.¸¸.•*❤❤`•.¸.¸¸.•*❤❤`•.¸.¸¸.•*❤❤`•.¸.¸¸.•*❤❤
Seorg muslimah dilahirkan ke dunia ibarat sebutir permata, 
apabila digilap akan memancarkan sinar yang penuh bercahaya. 
Muslimah adalah ciptaan Allah s.w.t yang unik, 
dalam masa yang sama boleh menjadi sesejuk mata air di gunung.
 Penciptaannya sangat unik, kisahnya berwarna-warni, 
 Muslimah dicipta dengan seribu keunikan...♥♥
❤`•.¸.¸¸.•*❤❤`•.¸.¸¸.•*❤❤`•.¸.¸¸.•*❤❤`•.¸.¸¸.•*❤❤`
bersyukurlah duhai muslimah
anda memiliki keistimewaan..