Assalamualaikum..
Moga ceria-ceria selalu..
dan sentiasa dalam perlindunganNya..
Selamat menempuh Tahun baru 2012
Mengharapkan agar kehidupan sepanjang tahun baru ini
dan hari-hari mendatang..
akan menjadi lebih baik daripada semalamnya..
Ibarat sekuntum mawar indah yg dipupuk embun dan disinari SURIA , hendaknya begitulah jiwa nurani......... indah, ikhlas dan murni.....moga suria memancarkan sinarnya.....
CONTOH2 NILAI-NILAINYA ....Nabi Muhammad (saw) mempunyai tugas yang amat berat yang diamanahkan ALLAH iaitu menyebarkan agama Islam.. | |
Beliau menempuh pelbagai cabaran dan kesulitan. Namun semua ini tidak mematahkan semangat beliau untuk mengajar Al-Qur’an kepada masyarakat yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dan budaya. Sebagaimana dinyatakan dalam Al-Qur’an, Allah (SWT) memerintahkan Nabi Muhammad (saw) untuk bersabar ketika berdepan dengan orang - orang kafir : Maka bersabarlah kamu terhadap apa yang mereka katakan dan bertasbihlah sambil memuji Tuhanmu sebelum terbit matahari dan sebelum terbenam (Surah Qaaf: 39) Janganlah kamu bersedih oleh perkataan mereka. Sesungguhnya kekuasaan itu seluruhnya adalah kepunyaan Allah. Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (Surah Yunus: 65) Beliau memiliki sifat-sifat yang terpuji .... Bersabar ketika menghadapi kesulitan... Tidak pernah berputus asa .. bertanggung jawab.. Bersemangat waja dan kental apabila berhadapan dengan cabaran.. Selalu bersabar.. Sentiasa bersyukur.. lagi...lagi.... Sikap kasih, toleran dan penuh pengertian merupakan karakter beliau sehingga banyak orang menaruh hati kepada Islam dan mencintai Nabi Muhammad (saw) dengan tulus. Beliau tidak pernah memberikan tekanan dan paksaan kepada masyarakat di sekelilingnya untuk menerima agama Islam. Sebaliknya beliau menggunakan cara - cara yang sopan dan baik . Cinta Nabi Muhammad (saw) kepada sesama manusia, kehalusan budi pekerti dan kasih sayangnya banyak merubah orang-orang di sekelilingnya untuk menerima agama Islam. MORAL VALUE : Sebagai pemimpin, sebagai guru, sebagai ibu, sebagai usahawan....tentu ada contoh sifat-sifat terpujinya yang boleh dihayati dan diaplikasikan ke dalam diri apabila berdepan dengan klien .... SELAMAT BERCUTI SEMPENA MAULIDUR RASUL.... | |

Copyright 2009.salsuria Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Images by Indeziner