Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Saturday, June 22, 2013

Sinar Dari Bumi...

Ny Time menulis bahawa sekiranya orang-orang Islam berhenti melaksanakan tawaf atau solat di bumi ini, maka berhentilah putaran bumi kita ini, kerana pusingan dari super conductor yg berpusat di Hajar Aswad, tidak lagi memancarkan gelombang elektromagnetic.
Menurut hasil penelitian dari 15 Universiti : Menunjukkan Hajar Aswad adalah batu meteor yang mempunyai kadar logam yang sangat tinggi iaitu 23.000 kali ganda dari baja yg ada.
Beberapa astronout  yang pernah berada di angkasa melihat suatu sinar yg amat terang memancar dari bumi dan setelah diteliti ternyata ia sumber dari bait Allah atau kaabah, Mekah.

Super conductor itu adalah Hajar Aswad, yang berfungsi bagai mikrofon yg menyiarkan dan di mana jaraknya ribuan milion jangkauan siarannya.....

Sunday, November 11, 2012

Jika Ragu-ragu Dalam Solat..

Assalamualaikum..
Terlupa ??
Ragu-ragu??
Jika ragu-ragu  bilangan rakaat ketika mengerjakan  solat..
berikut, disertakan panduan...
Kalau tulisan ini kecil dan tak jelas


Thursday, November 8, 2012

Kerjaya Ini..

Assalamualaikum..
Anak2 kita mungkin  tak biasa didedahkan dengan kerjaya  berikut.
atau kita tidak gemar mengizinkan mereka menceburi di bidang ini..
tailing, plastering, jurubina bangunan, carpentary, plumbing,
building Operation Maintenance, landscaping, wireman...
dan pelbagai  lagi  jenis pekerjaan dalam industri pembinaan..
 Carpentry..
kerja-kerja ini memerlukan kemahiran dan kepakaran...
walaupun tak semestinya mempunyai kelulusan yang tinggi..
tetapi  tahukah anda bahawa pekerjaan ini  cukup 'demand' di Johor Bahru
dan boleh menjana pendapatan yang  lumayan
 setaraf dengan profesional yg lain !!!
plumbing
Taping Drydall
tiling
Ketika mengikuti Seminar Kerjaya Dalam Industri Pembinaan..
 informasi terkini..
bahawa kerjaya  ini sangat diperlukan
berikutan pembanguan pesat di wilayah Iskandar, Johor.
jika ada anak2 kita menganggur, atau sukakan kerja2 kemahiran...
boleh mengikuti Program Latihan Kemahiran Belia..
Akademi Binaan Malaysia (wilayah Selatan/Johor )
atau di mana-mana cawangan di M'sia..
kursus ini ditaja oleh 
Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB)
http://www.cidb.gov.my/elatihan/
http://www.facebook.com/akademibinaan

Tuesday, April 24, 2012

Scan Virus..

Assalamualaikum..

Memang excited nak tahu
blog kita ni diserang virus  atau tidak..
Ia boleh dijangkiti  semasa  blogwalking atau mencari bahan2  internet

Maklumlah virus ni terkadang dia minat kat kita..
kita pulak tak minat dia......

Sebab semua org tahu
 Dia tu ada sikit menyusah2kan dan melambat2kan....

Sekarang semua nak cepat ..
dan bebas dari gangguan benda nih ......

Anti virus kita ni dah  expired belum sempat diganti lagi....
Jadi kurang perlindungan...

Tadi mencuba2 scan secara online..
result  : ..Alhamdulilah...

Nak  scan secara online??..klik di bawah ni..
http://onlinelinkscan.com

--------- LINK SCAN SUMMARY ---------
URL scanned: http://www.salsuria.blogspot.com/
PhisTank say's: This site is safe.
AVG say's: Service not available.
SiteTruth say's: This site is safe.
Google Safe Browsing say's: This site is safe.
Threat Name: No Threat FOUND
Threat Definitions: 1203909
Engine Version: 0.97.4
Host IP: 74.125.137.132
Link Status: Clean
File Size: 197.13 KB
Time Finished: 6.19 secs
Overall result: This site is secure.

Prevent infection and data theft NOW ! Scan links for viruses, malware, spyware, and trojans with OnlineLinkScan. Use our arsenal of tools to prevent infection, data theft and find out the trust score of a link.

 p/s:scan virus secara online..klik ni

Wednesday, March 21, 2012

Telefon bimbitku diambil.....aduhai.

Peserta-peserta kursus diarahkan menyerahkan Hp  ke meja urus setia semasa  kursus berlangsung...

Saya terlibat dalam kursus tersebut yang diadakan selamat empat hari. Ini bermakna 4 hari juga  saya terhenti hubungan dengan masyarakat di luar..terasa kekalutan melanda diri seketika  kerana memikirkan kerja yang ditinggalkan belum beres lagi.. Apabila balik  dari kursus nanti, kerja yg satu lagi dah  menunggu dan perlu diuruskan....oleh itu saat2 begini perlu pantas mengejar waktu   berurusan dengan pelbagai  pihak supaya urusan program seterusnya berjalan dengan lancar, klu hp takde???.....aduhai !!!

Dalam keadaan camni susah juga tiada hp yee......

Tidak dpt dinafikan Hp memberi kemudahan...
Namun harus berhati2  kerana HP mengandungi gelombang E.M.F (sinaran elektromagnet)  ..

  • Apakah itu E.M.R?
    E.M.R merujuk kepada Radio Elektromagnet, sinaran frekuensi berbahaya yang dipancarkan oleh telefon bimbit. 
  • Adakah telefon bimbit membahayakan?
    Beberapa penyelidikan telah menunjukkan sinaran frekuensi radio daripada antena telefon bimbit "menyebabkan kerosakan genetik dalam darah manusia", sementara satu kajian kes lagi mendapati "peningkatan statistik yang signifikan" bagi tumor otak  di kalangan pengguna telefon bimbit.
  • Apakah kesan-kesan bahaya daripada penggunaan telefon bimbit yang terlalu kerap?
    Banyak pengguna mengadu bahawa telefon mereka terasa hangat dan mereka mengalami tanda-tanda seperti sakit kepala, kelesuan, kebas dan kehilangan ingatan.

    Telefon Bimbit 'Merosakkan Sel-sel Darah'

    Sinaran telefon bimbit boleh merosakkan sel-sel darah dengan meningkatkan tekanan sesama mereka, kata para saintis.

    Telefon Bimbit 'Mengubah DNA Manusia'

    Kajian makmal menunjukkan bahawa gelombang radio daripada telefon bimbit boleh mengancam sel-sel badan dan merosakkan DNA.
    (Sumber dari BBC News)


    Telefon Bimbit boleh Mempengaruhi Kualiti Sperma - kata penyelidik

    Jika telefon bimbit disimpan dalam poket dan dibiarkan dalam mod cakap akan merendahkan kualiti sperma - penyelidikan baru daripada Cleveland Clinik.
    (Sumber dari CNN, Dis 2008)


    Kajian: Radiasi dari Telefon Bimbit Merosakkan Daya Ingatan

    Pendedahan terhadap sinaran telefon bimbit memburukkan daya ingatan jangka pendek tikus, menurut kajian baru di Sweden.
    (Sumber dari 'The Total Sweden News in English')


    Barah Otak Dikaitkan Dengan Penggunaan Telefon Bimbit di Kalangan Anak Muda

    Sekumpulan saintis antarabangsa menyeru Kanada dan negara-negara lain untuk menggubal standard keselamatan yang lebih ketat terhadap penggunaan telefon bimbit selepas didapati risiko menghidap tumor  otak melonjak lima kali ganda dalam kanak-kanak yang mula menggunakan telefon bimbit sebelum usia 20.
    (Sumber dari 'Canwest News Service | Oleh: Sarah Schmidt - 03/22/09)

Lindungi Kesihatan Diri dan Insan Tersayang Anda

Kini, terdapat alat teknologi canggih dari Jepun yang dicipta daripada bahan seramik yang berupaya mengeluarkan Tenaga Skalar, Sinaran Inframerah dan Ion Negatif yang boleh menghapus dan meneutralkan kesan buruk gelombang elektromagnet 


RUMUSAN : Gunakanlah telefon bimbit secara berhemah

Friday, February 17, 2012

Buka Tingkap Dulu..

Assalamualaikum..
bismillahirahmanirahim..

Kadangkala saya rasa pening, jika menaiki kereta  secara tergesa-gesa tanpa membuka tingkap terlebih dahulu.....mungkinkah ada kaitannya dengan udara yang terperap di dalam kereta...

Tambahan pula, kajian yang telah  dibuat menunjukkan dashboard, sofa pewangi menghasilkan benzene, sejenis toksik boleh menyebabkan kanser dan boleh bertindak sebagai racun bagi tulang belakang,  anemia dan mengurangkan sel darah putih. Jika berterusan ia juga boleh menyebabkan leukemia ...

Oleh itu, sebelum duduk di seat  dan sebelum menghidupkan penghawa dingin kereta, buka tingkap dahulu supaya  udara di dalam kereta beredar keluar ..

Kadar benzene yang dibenarkan ialah 50mg setiap kaki persegi. 

Namun Kereta  yg berada di kawasan berbumbung dengan tingkap tertutup menghasilkan 400-800 mg Benzene. Jika kerete berada dikawasan yang terdedah dengan tingkap yang tertutup pada suhu 60 darjah fahrenheit, tahap Benzene boleh meningkat sehingga 2000-4000 mg, iaitu 40 kali dari tahap yang dibenarkan. Oleh itu penumpang di dalamnya akan menyedut toksik yang berlebih2an secara tidak sedar.

 Benzene juga adalah sejenis toksik yang boleh mencemar buah pinggang dan hati,.Ia pula sukar untuk dinyahkeluarkan  apabila sudah memasuki tubuh kita…


sekian.

Monday, December 19, 2011

Kesan Duduk Terlalu Lama

Duduk terlalu lama di depan komputer  kerana menghabiskan kerja berjam-jam.
boleh mengundang kesan buruk iaitu otot-otot tubuh menjadi kaku, keras dan mata pedih.
Laporan Hasil Kajian Inst. Perubatan New Zealand yang disiarkan dalam New Zealand Medical Journal mendapati bahawa individu yang duduk terlalu lama berisiko tinggi mengidap darah beku.

Satu pertiga daripada pesakit yang dimasukkan ke hospital kerana mengidap  darah beku (DVT)
adalah mereka yang menghabiskan masa berjam-jam mengadap komputer.


Persekitaran yang sejuk mempercepatkan lagi pembekuan darah yang boleh menyebabkan salur darah tersumbat.

Cegahan Darah Beku..
1. Memakai stokin boleh mengelakkan berlakunya darah beku dalam saluran darah .
    Ia berfungsi untuk mencengkam kulit dan mengempiskan vena supaya darah tidak bertakung
2. Perbanyakkan gerakan terutama di bahagian kaki
3. Elakkan meminum airbatu
4. ELakkan membuka hawa dingin terlalu sejuk
5. Sentiasa meminum air panas
6. Amalkan bersenam


Tuesday, December 6, 2011

Mengapa Mereka Cerdik..

Assalamualaikum.
Moga kehidupan ini sentiasa dirahmati Allah.
(Istimewa untuk ibu2 muda  dan yg bakal berumah tangga )
sekadar untuk berkongsi info.
Mengapa Orang Yahudi cerdik.
Kebanyakkan Org Yahudi adalah cerdik,  mahir dan menguasai  pelbagai bidang seperti perniagaan, perhotelan, senjata, hartanah, saintis, engineering dan lain-lain.

Seorang pelajar  telah datang ke Israel untuk menyelesaikan tesis PHD mengenai mengapa orang Yahudi cerdik. Beliau mendapati bangsa ini mempunyai amalan-amalan tertentu sejak mengandung lagi.

Semasa  hamil,  Segelintir ibu sering menyelesaikan masalah matematik bersama suami  sebab mahu melahirkan anak genius, kebiasaan ini dilakukan sehingga melahirkan anak.

Semasa mengandung juga, mereka gemar makan kacang badam, kurma bersama susu, tengah hari pula makan roti bersama ikan tanpa kepala. Menurut kepercayaannya kepala ikan mengandungi bahan kimia yang boleh merosakkan pertumbuhan dan perkembangan otak bayi.

 Selain itu, pengambilan  pil minyak ikan ketika hamil diutamakan .

Ikan dan daging tidak diambil serentak ketika makan kerana makanan laut dan darat  mempunyai isi kandungan ion yang berbeza iaitu  satu -ve dan +ve apb bercampur dalam perut mengalami masalah penghadaman.

Memakan buah-buahan dulu sebelum makan hidangan utama, kepercayaan: jika makan kabohidrat spt nasi dan roti dahulu  menyebabkan rasa mengantuk dan susah nak fokus. Jika makan buah di waktu akhir pula  ia akan mengeluarkan asid dan angin berlebihan. Oleh itu, makan buah2an lebih awal sebelum hidangan utama memudahkan proses penghadaman

Tidak merokok, kerana  rokok melemahkan otak dan keturunan.

Sejak di tadika, makanan cukup dikawal. Makanan awal adalah buah2an dan kacang badam, Pil minyak ikan juga penting untuk dimakan.

Anak-anaknya diajar muzik, spt piano dan violin: Mereka percaya dengan belajar muzik dan memahami nota-notanya dpt meningkatkan iq kanak2, gegaran muzik  spt  satu senaman pd otak. (Kita pun boleh, dengan bernasyid memuji Allah,  bukan shj mengaktifkan otak tapi memohon rahmat dan keberkatan hidup!!!).

Sejak awal2 lagi,anak2 mereka  mempelajari matematik yang berkaitan dengan perniagaan .


Itulah sedikit info tentang amalan mereka...
Sekian, Wassalam..

Sunday, April 3, 2011

penyakit ketika berusia..

Tekanan Darah Tinggi 
Tekanan sistol (atas) 140 ke atas. 
Tekanan Disatol (bawah) 90 ke atas. 
Lemah semangat. Lenguh bahagian bahu. 
Sukar tidur malam.Mata merah sebam. 
Sering sakit kepala. Leher rasa tegang. 
Belakang kepala bahagian atas rasa sakit dan tegang. 
Sakit kepala (berlaku selama 2 - 10 hari).   

Kurangkan makanan berminyak, berlemak, garam dan makanan berkanji (nasi, mee). 
Makan lebih sayur- sayuran dan buah- buahan. 
Jangan kerja terlalu berat dan tenangkan perasaan.   



Tekanan Darah Rendah 
Kaki dan tangan sejuk. 
Pening bila bangun cepat. 
Cepat letih. 
Muka pucat. 
Selalu mengalami kelemahan dengutan jantung. 
Tegang leher bawah. 
Kepala pening memusing.   

Jangan bekerja keras. 
Kawal perasaan supaya tenang. 

  
Kencing Manis 
Kerap buang air kecil. 
Sering rasa dahaga. 
Badan berasa lemah. 
Mudah letih. 
Mengalami luka yang sukar disembuhkan. 
Dalam masa jangka panjang boleh mengakibatkan darah tinggi, sakit jantung, mata kelabu, kulit jadi hitam dan pecah berair.Paras gula meningkat dalam seminggu. 
Tangan dan kaki menjadi bengkak sedikit. 
Keadaan akan berkurangan selepas seminggu.   

Kurangkan makanan berminyak, berlemak, garam dan makanan berkanji (nasi, mee).Makan lebih banyak sayur- sayuran dan buah- buahan.Jangan bekerja terlalu berat dan tenangkan perasaan.   

Tuesday, March 29, 2011

Sedapnya air..

Sedapnya air…Mungkin  kita akan berkata begitu apabila terpandang minuman berkarbonat atau air gas?


Mari kita share sedikit fact mengenainya…  sekurang2nya mmberi pegetahuan..percaya atau tidak..terpulang..

Minuman bergas contohnya Cok, Pepci, F&N pelbagai perisa? Mirinda pelbagai perisa adalah minuman kegemran  apalagi minum dengan air batu ketika bersantai2.

Kadangkala kita pergi KFC makan ayam dengan cok..uh..nikmatnya..klu ada jamuan2, air tulah yang banyak dihidangkan krn murah dan senang didapati..budak2 memang suka sangat…


Air gas spt cok memang "keras" dan ada "urmph!!"…

Orang Yhudi tak minum Cok ataupun Pepci sebab di dalamnya terdapat bahan kimia yang boleh mengakibtkan kesan sampingan. diorang produce tapi  tak minum, cerdikkan..

Ada orang kata, jika dimasukkan tulang ke dalam satu cawn yang berisi cok, tulang tu akan hancur dalam msa dua hari. Kalau letak cok dlm perut?! 

Kesan hakisan dan karat juga dapat dihilangkan dengan hanya  menggunakan aluminium foil yang telah dicelup dengan coke. Dapat hilangkan pengaratan. 

Pengetahuan drp internet : jika satu tin air coke dijirus di atas najis di dlm mangkuk tandas. Tunggu sejam dan flush. Kesannya better than pencuci tandas yang lain.

Dipercayai juga bahawa kandungan coke adalah 18 sudu teh gula. Standard kita minum kopi atau teh pun, doctor nasihatkan letak 3 sudu jer kan?!


renung2kan...jauhi dia utk kesihatan..




Saturday, March 26, 2011

rahsia cinta suami..

Seorg pemimpin melancarkan buku yg mengisahkan rahsia percintaannya terhadap isteri sepanjang hidup bersama...

Nak tau berapa lama mereka hidup bersama....
selama 48 tahun 10 hari…….

Salah satu petuanya…..

Apb bertentang mata ngan isterinya, beliau sering berdoa…

Doanya..
-       Terimakasih ya Allah, engkau lahirkan aku untuk dia (nama isterinya) dan dia untuk aku..
-       Terimakasih ya Allah,  engkau mempertemukan kami menyemai benih cinta yg engkau tanam pd diri kami
-       Terimakasih ya Allah,  Engkau memberikan kekuatan dan kemampuan menyiram benih cinta itu dgn kasih sayang kami..
-       Terimakasih ya Allah, Engkau perkenankan kami bernaung di bawah titipan cinta..
-       Terimakasih ya Allah, Engkau memberi kami kesempatan merasa, menikmati dan melihat benih cinta kami tumbuh..


Menurut lelaki itu, Beliau  juga sentiasa menyebut doa itu tidak kira di mana saja..



Dan kini ketika menjelang usia senjanya ……Walaupun isteri yang dikasihi telah pergi  buat selama2nya mengadap ilahi, tapi beliau masih merasa bahagia bukan sahaja bahagia bersama  DIA tetapi kerana teguh dan kukuhnya  kasih sayangnya  terhadap isteri..  

ps: wah syahdunya....

Thursday, February 24, 2011

penyebab kanser

kanser merupakan pertumbuhan sel-sel abnormal yang tidak terkawal.
 Sel-sel ini tidak dapat mengawal pembiakan secara teratur dan menghasilkan satu ketumbuhan.


Antara penyebab kanser : 

1.makanan


2.tembakau
3.alkohol
4.radiasi
5.sinaran cahaya matahari
6.pekerjaan
7.pengambilan ubat
8.pencemaran air dan udara
9.perokok

10.keturunan


AMALAN MENJAUHI KANSER


Berhenti Merokok.



Kurangkan Berat Badan.


kajian menunjukkan ada kaitan antara kegemukan dengan kanser. 
Kaitan paling rapat ialah dengan kanser uterin,
 kemungkinan kerana lemak yang berlebihan menambahkan jumlah oestrogen dalam darah.


Senaman.


Senaman membantu mencegah penyakit jantung dan tulang
 malah  juga boleh mengurangkan risiko barah buah dada dan prostat,
 kemungkinan kerana lemak telah berkurangan. 


Makan Sayur-sayuran dan Buah-buahan.


Kompoun yang terdapat dalam tumbuh-tumbuhan yang dikenali sebagai psitokemia
 mempunyai keupayaan mencegah kanser secara semula jadi. 


Pengambilan Teh.


Kuasa pencegahan kanser dalam teh datangnya dari flavonoids, 
iaitu kompaun antipengoksidaan yang terdapat dalam teh hijau dan hitam.


Kurang Makan Daging.


 Orang yang kuat makan daging dua kali ganda risikonya 
menghadapi kanser usus besar dan prostat. 


Jangan Minum Alkohol.


Orang yang minum alkohol terlalu banyak
 mempunyai risiko yang tinggi menghidap penyakit kanser hati, esofagus .