Showing posts with label petua wanita. Show all posts
Showing posts with label petua wanita. Show all posts

Friday, June 8, 2012

Jintan Manis untuk pecahkan lemak.

Istimewa yg banyak lemak di badan..
cuba petua ni..
manalah tahu berkesan..
saya belum cuba
saja nak simpan dlm blog untuk peringatan..
Petuanya...
Amalkan minum air rebusan jintan manis 5 hingga 6 cawan 
untuk memecah lemak dalam badan..

Tuesday, June 5, 2012

Petua Elak Rambut Gugur

Assalamualaikum..
Rajin keguguran rambut ?
klu ada, bolehlah kita berkongsi info berikut. ..
terasa nak cuba rawatan secara tradisional.


Cara pertama: Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh hingga bersih dan kisarkan hingga hancur. Perap ramuan di atas kepala selama 1 jam. Lakukan 2 kali seminggu. InsyaALLAH rambut lebat, hitam berkilat.

Cara kedua : Ambil perahan air limau nipis dan sapu rata-rata di kulit kepala. Amalkan 2 minggu sekali.
Kemudian Lumur santan  pd  rambut hingga ke kulit kepala dan tutup dengan tuala selama 1/2 jam. lepas tu basuh dengan air suam. Amalkan selama 2 bulan sekali..

Tengok santan ni macam takut sikit..takut berminyak2 kat kepala...tapi 1/2jam je  kan....


Friday, March 30, 2012

Khasiat Parsli...

Assalamualaikum
Semakin payah nak kemaskini blog  mutakhir ini..tapi terasa sayang pula pd blog ni...maklumlah di sinilah tempat  kita berbicara..bergosip..meluahkan, harap beretika dan bermanfaat..InsyaAllah...
.
Hari ini, jom kita  layan  tips kesihatan.....penting,kan !!!!
sembang2 tentang buah pinggang. Pembantu ini  banyak jasanya..


Bertahun-tahun lamanya  kita guna dia  tanpa henti-henti. Buah pinggang  bertugas membuang segala macam toksid spt garam, racun yg merbahaya..klu kereta kita dpt intai kotornya dan cepat saja  nak  service....


klu  dalam badan, tak berapa  perasaanlah pulak  ......


Ada satu petua untuk membersihkan buah pinggang secara semula jadi tanpa memerlukan kos yg tinggi.....Ia mudah..Ambil sedikit parsli dan basuh dengan air bersih..potong-potong dlm kepingan kecil....


Tahu daun parsli??  daun yang dimasukkan dlm sup...


Seterusnya  masukkan daun parsli ke dalam periuk , tuang air dan masak selama 10 minit. Setelah dimasak, minumlah  airnya. Boleh disimpan dalam peti sejuk. Khasiatnya racun dan garam berlebihan akan keluar melalui air kencing. Buatlah selalu supaya bukan sahaja buah pinggang malah darah kita bersih.Tu panduan drp lubuk petua warisan.
Daun parsli merupakan satu kaedah rawatan pembersihan terbaik untuk buah pinggang secara semula jadi..


Khasiat daun parsli
Daun parsli kaya dengan vitamin C dan mineral seperti provitamin A, B, E, K, beta kerotena, magnesium, fosforus, besi, sodium, kalium, sulphur dan kalsium.

Parsli juga boleh menyembuhkan penyakit antibarah, melindungi hati dan usus menetang barah, antireumatik, perangsang penghadaman dan buah pinggang, membuang toksin dan batu buah pinggang. Ia juga bertindak sebagai antioksidan. Selain daun parsli, bijinya juga mampu merangsang kesuburan dan membantu menentang penyakit tumor otak.

Daun parsli bagus dimakan mentah2 kerana boleh mencuci darah, melarutkan mendapan melekit dalam vena, mengekalkan keanjalan pembuluh darah, memudahkan pembuangan batu karang, dan batu dalam buah pinggang, merawat telinga yang kurang pendengaran (pekak) dan jangkitan telinga.

p/s : mari kita mencuba..

Friday, December 2, 2011

Petua Untuk Wanita

Assalamualaikum..
moga kita dirahmati Allah  dan ceria2 selalu hendaknya.
Suka tengok wanita2 seperti ni yee..Walaupun semakin matang dan berusia.
Tapi tetap anggun dan berseri..
Macam manalah dia mengekalkan kecantikan aslinya....hik2
 drp google
Apa-apa pun kita bersyukur ke hadrat Ilahi diberi kesihatan yg baik, 
moga kita  berlapang dada untuk mengerjakan suruhan dan perintahNya...
drp google..
Tadi jalan2 di alam maya ternampaklah petua ni..kita kongsikan yee..
Saya tak tahu kemujarabannya sebab belum cuba lagi..
sekadar pengetahuan dan alternatif...boleh juga kalau mencuba petuanya..

1.Petua Seri Muka:
 Basuh muka dgn air basuhan beras yg ketiga. Bilas dgn air bersih setelah 10 minit.

2. Wajah berkedut: 
Gaulkan 1 biji kuning telur,1 sudu kecil minyak zaiton dan 5 titis perahan limau nipis.
sapu 10 minit pd muka. Buat 1 minggu sekali.kulit lebih segar.

3.Hilangkan bintik2 hitam pd muka: 
Tumbuk 10 helai daun pegaga yg telah dicuci air garam.
Campurkan bedak sejuk. Sapu pd muka sehingga bintik2 hitam hilang.

4.Haluskan muka:
Petua a: kisar Buah tomato dan lumurkan pd muka seketika.
Cuci dgn air suam.Tomato berfungsi untuk bersihkan kulit.
Petua b: Bancuhkan sedikit asam jawa, air dn sesudu tepung ubi.
Kacau. Pupurkan pd muka selama 15 minit
Petua C:Didihkan susu segar atau susu tepung dan air. 
Apb sejuk  sapu pd muka. Biarkan kering seketika dan basuh dengan air bersih.

5.Tegangkan Muka:
Petua a: Campurkan air, tepung ubi kayu dan timun yg disagat atau hancurkan.
Sapu pd muka.
Petua b: Campurkan sedikit bedak sejuk dan beberapa titik air limau nipis. 
sapu pd muka.

6.Melembapkan muka:
Petua a: Ambil bbrp kelopak kobis, tumbuk lumat dan campur madu.
Tepek pd muka. Amalkan seminggu sekali
Petua b: Tomato  yang dikisar, Lumur pd muka seketika. Tomato membersihkan kulit.


wassalam, moga bermanfaat.