Monday, February 28, 2011

ingin bercuti..

Saya ingin bercuti seketika  yee
serta merehatkan diri dlm dunia blog ni .. 

Kalau ada masa saya akan kembali ke sini  lagi..…

Oleh itu,Terimalah post  ini dulu  sebagai hadiah percutian saya, huhu..

ok, nak tanya..

PERNAHKAH anda MEMBERI PENGHARGAAN KEPADA DIRI  SENDIRI?

ADAKAH anda BENAR2 MENGENALI DiRI  ?

sudah tentu YE..

Saya hanya ingin berkongsi serta  menyedarkan diri  anda  bahawa anda mempunyai  potensi  yang berupaya  melonjakkan diri ke hadapan. Potensi diri adalah kekuatan, keupayaan, kebolehan serta bakat yg  dimiliki..

Potensi diri adalah kunci kejayaan seseorang dan ia juga mampu mengimbangi kekurangan  yg ada....

Seorang pemimpin Islam pernah berkata’ Diri kamu ini kecil sahaja, tetapi  dalam diri yg kecil itu kamu mampu melihat dunia yg   besar”
Betulkah…
Yeeelah tu….
Ciri2 yg besar itu, adalah kekuatan, keupayaan dan kebolehan  untuk melaksanakan impian, mengangkat anda ke puncak jaya, membuatkan diri anda hebat  
Oleh itu ,berilah penghargaan pd diri sendiri sebagai individu unik..gali dan  terus mencari  kelebihan diri untuk membawa anda ke tahap kecemerlangan di dalam bidang2 yg anda ceburi..…..
Renung-renungkan..selamat beramal…

Thursday, February 24, 2011

penyebab kanser

kanser merupakan pertumbuhan sel-sel abnormal yang tidak terkawal.
 Sel-sel ini tidak dapat mengawal pembiakan secara teratur dan menghasilkan satu ketumbuhan.


Antara penyebab kanser : 

1.makanan


2.tembakau
3.alkohol
4.radiasi
5.sinaran cahaya matahari
6.pekerjaan
7.pengambilan ubat
8.pencemaran air dan udara
9.perokok

10.keturunan


AMALAN MENJAUHI KANSER


Berhenti Merokok.



Kurangkan Berat Badan.


kajian menunjukkan ada kaitan antara kegemukan dengan kanser. 
Kaitan paling rapat ialah dengan kanser uterin,
 kemungkinan kerana lemak yang berlebihan menambahkan jumlah oestrogen dalam darah.


Senaman.


Senaman membantu mencegah penyakit jantung dan tulang
 malah  juga boleh mengurangkan risiko barah buah dada dan prostat,
 kemungkinan kerana lemak telah berkurangan. 


Makan Sayur-sayuran dan Buah-buahan.


Kompoun yang terdapat dalam tumbuh-tumbuhan yang dikenali sebagai psitokemia
 mempunyai keupayaan mencegah kanser secara semula jadi. 


Pengambilan Teh.


Kuasa pencegahan kanser dalam teh datangnya dari flavonoids, 
iaitu kompaun antipengoksidaan yang terdapat dalam teh hijau dan hitam.


Kurang Makan Daging.


 Orang yang kuat makan daging dua kali ganda risikonya 
menghadapi kanser usus besar dan prostat. 


Jangan Minum Alkohol.


Orang yang minum alkohol terlalu banyak
 mempunyai risiko yang tinggi menghidap penyakit kanser hati, esofagus .


tak mengerti

Sayang..
terKdg along terfokus......
lalu  menutup semua ruang dan tirai..
terkunci  semuanya....
ehhh untuk sekian lama !!!!!

penantian..
Adakah  itu satu  rahmat......

aduhai
berdiri di sini....
di sebalik  suka duka..
tercari2 bintang yg  selama itu bersinar ....
tapi sungguh  keliru..


Sayang..
along  tak  mengerti ....
Lalu menangislah hati..
Semahu-mahunya..
Mengharapkan sedikit senyuman di hari esok..
Penuh harapan dalam perjuangan…
Ya ALLAH tunjukkan jalan….
Tunjukkan jalan….
Ya Rabb tunjukkan jalan...


kecilnya diri..

jom kita ke segment luar negara..
 lawat, terjah dan teropong .......

Indah nian bumi  ciptaan Ilahi..
awan  membiru, gunung ganang tersergam.....
angin bertiup sepoi2 bahasa...nyaman dan segar...

tumbuh2an menghijau.
pandang tak jemu...
namun, terkini  di sana...

ada bencana ..
tidak disangka  tidak diduga.
gempa bumi datang menyapa  .....
meranap rumah2  dan bangunan yg ada..
dulunya megah, kini ianya sudah  tidak bermakna..

hanya tinggal sisa kenangan....

sebentar....  kita membaca surah al ikhlas ..
sambil memohon perlindungan agar dijauhi musibah ....
moga kejadian spt ini  tidak terjadi  di depan mata..
di bumi kita yg subur  permai ini ....

aduhai, melihat visual gempa bumi  ini akan  terasalah  betapa kecilnya diri ..

(Satu gempa bumi kuat melanda bandar raya di  CHRISTCHURCH  yang merupakan antara bandar terbesar di New Zealand. Gempa bumi ini  telah memusnahkan  bangunan-bangunan tinggi ,  gereja ,  kenderaan-kenderaan .  Sekurang-kurangnya 65 orang terbunuh. Gempa bumi tersebut berlaku semasa orang ramai sedang sibuk dengan kegiatan harian di bandar yang dihuni 350,000 orang itu pada pukul 12.51 tengah hari kelmarin (8.19 pagi waktu Malaysia ).

Tuesday, February 22, 2011

tercemar

Talian  internat dan telefon di rumahku meragam sejak akhir-akhir ini..
jadi sehari dua  ni, tak kisah nak buka blog n lain2..

entah kenapa tetiba hari ni buka blog melalui saluran lain..
aduhi..
blog ini dicemari dgn gambar2 yg tidak diundang....
ada pic yg saya sayang , bertukar jadi pic lain..
pencemaran mata berlaku..
saya dah delete..
nasib baik cepat tengok..
klu tidak gambar trsb dilink dengan benda2 tak elok..
gambar2 pompuan gairah...(tak kuasa nak tengok)

ok kengkawan..
tak dpt nak lama2 di sini..
ada tugas lain menanti..
As salam untuk semua..

Sunday, February 20, 2011

kembali sepi..

Dia masih termenung di situ, Kesedihan masih terasa mencengkam jiwanya..sunyi sepi rumah itu seakan tidak berpenghuni..

Dia terlihat  barang2 permainan anaknya yang bertaburan di sana sini…tak mampu rasanya untuk mengambil, apalagi nak mengemaskan..

Kalau dulu,  balik outstation, rumah bersepah, ada tempat dia melepaskan marahnya. Puan  isteri bukan sahaja akan menyambut kepulangan, tapi klu ada yang tak kena di depan mata.....puan isterilah yang kena dulu , tersilap sikit keee,  tak puas hati kee.. Puan isteri tentu jadi mangsa untuk dia menghamburkan kata2....

Kali ini dia benar2 sunyi....dah tak de sesiapa untuk dia nak lawan bercakap…

Sekali lagi  dia terpandang  barang2 mainan anaknya  di ruang tamu..
Tak mampu dia nak berkata-kata apa lagi..

“kau main kat sana  jauh2, jgn bising kat sini ” sergahnya kepada si anak yang sibuk bermain di suatu petang. langsung tidak memberi peluang anak2 itu bersantai2 di depan mata apatah lagi bermanja2 dengannya ..

"ayah , ayah, tolong..…..” kedengaran lagi suara si anak merengek-rengek  untuk minta pertolongan ..

“kau nak buat apa kat sana, asyik main game je…habis bil elektrik, siapa nak bayar bil2  tu”…pekiknya suatu hari ketika melihat si anak bermain …

kalau tak suka pulangkan….jgn menginaya dia” terngiang2 lagi suara ibu .. menganggu lamunannya apabila suatu hari dia menceritakan hal2 si isteri kepada ibu.. ego suami menjadi2…  

Pada suatu hari, isterinya meminta kebenaran membawa anak2 utk shopping, seperti biasa  si suami  sibuk dengan hal2 pejabat , tidak mahu menemani dan lebih rela ditinggal keseorangan di rumah..…

Tetiba telefon berdering dan  momentum bekerja terhenti seketika....

isteri dan anak-anak awak kemalangan jalan raya dan  mereka di hospital sekarang, mereka  di…...’ kedengaran suara sayup2 abang ipar memberitahu di talian..…

Dia bingkas bangun dan menuju ke hospital.

Allah hu Akbar…. Dia meraung lalu membetulkan posisi duduknya..entah kenapa dia tetiba sedih dan hilang kawalan sekejap ..

‘Kalau tak suka pulangkan, jangan menginaya isteri kamu’  Terdengar lagi   suara ibu menyusup ke tangkai hati….….

Terlalu singkat masa berlalu ..baru kini dia termanggu-manggu  untuk mencongak serta  belajar bersyukur, menghitung dan memahami erti sebuah pengorbanan, sebuah  kasih sayang seorg ISTERI yg pernah dirasai ..itupun setelah PUAN ISTERI DAN ANAK2NYA PULANG KE RAHMATULLAH…..

KINI MEREKA PERGI TAK MUNGKIN KEMBALI..

SI suami terasa  sepi…..

ALLAH AMBIK SEMULA  APA YANG PERNAH DIA ADA..…..

MORAL OF VALUE :
Secebis kisah seperti ini, boleh membuka mata hati kita..supaya lebih bersyukur,
lebih menghargai  individu2  tersayang  yg berada di sisi kita, doakan kesejahteraan mereka selalu. ..

Saturday, February 19, 2011

suka minum teh?

TIDAK dapat dinafikan ada orang suka  dan ada pula yg tak sesuai minum teh.

Di negara Jepun dan cina, mereka mempercayai  amalan meminum teh mengurangkan risiko penyakit kanser.

Sebenarnya teh banyak khasiatnya, tapi berwaspadalah  jgn pula beli teh tiruan yang banyak pewarna. Teh bagus diminum jika  kita alergi dengan persekitaran yg berhabuk...

Ada lagi khasiat TEH :

1.Meningkatkan aktiviti antioksidan di dalam darah dan mengelakkan sakit jantung dan kanser..

2. Teh juga berupaya menyerang bakteria yang menyebabkan penyakit  gusi serta menguatkannya.

3. Mempergiatkan enzim ‘sistem ‘detoxfication’ di dalam limpa,  menyingkirkan bahan2 kimia yg tidak diperlukan  serta membantu melindungi arteri.


4.Dapat membakar kalori lemak dalam badan badan.

5.Amalan meminum teh boleh menghalang pembekuan darah dan  mengurangkan  serangan stroke.


6.Flavonoids yang  terkandung dalam teh boleh membina dan menguatkan otot. Menurut laporan di Archives of Internal Medicine, Kajian ke atas 500 lelaki dan perempuan di China yang mengamalkan minuman teh selama 10 tahun mendapati mereka mempunyai kesihatan tulang yang optima.


sesekali minumlah teh jika sesuai dengan selera  kita.....

Wednesday, February 16, 2011

eh, nenek.....


In the name of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful.
dari mata turun ke hati...
Saya suka  jika  pembaca2 blog ini, hanya  tetamu2  wanita....why ? simply because I am a woman....
Just feel like sharing with friends golongan HAWA.....
statement saya bernada egokah..maaf......
Hanya sekadar merasakan si ibu spt saya  yg dah berusia ini tak  perlukan glamour..
tak perlu mengejar rating. tak ada kepentingan  dengan  kaum adam yg tidak dikenali...
sekadar sharing ngan rakan bergelar  ibu, itu pun sudah memadai...


eh....sekali lagi maaf , kalau itu menyentuh mana2 pihak , sekadar luahan .


Hari ini  saya balik kul 3.15 ptg , selepas habis bermesyuarat.. dah set kat mind nak buat jemput2 sebab banyak pisang kat rumah, tak nak buat kek, coz malas nak keluarkan peralatan kek ....
utk siapa?.........huhu....
Ptg ni along spt biasa ke kelas part time.. kelas  iqrak , jadi nak kirim jejemput ini..... 
Rutin  anakku  ini ada tiga kali dalam seminggu  menghabiskan masa di waktu petangnya  dgn kelas iqrak bersama kanak2 rebina  ... ..melainkan tak sempat sangat,  tugas itu  diambil alih oleh  si anak bungsuku, HANI.. .. .. ....


Jadi, anak2 saya sinonim dengan panggilan ustazah di tempat itu....


Wlupun pdku panggilan itu tak berapa layak kerana mereka menceburi bidang lain..  Saya merelakan panggilan itu  kerana saya mengharap dan  merasakan itu satu doa...bukan doa nak jadi ustazah cukup sekadar menempiaskan keperibadian individu2  yg mulia spt itu... transfer elok2  di hati anakku.......kalaupun bukan skrg, nanti2 jika ALLAH izinkan .. ..ameen.. 


Suatu hari, anak2 saya  tersangatlah sibuk..demi mencurah ilmu, saya ambil alih utk mengajar........ saya memperkenalkan diri..


'Ini emak ustazah, panggil  cikgu' saya memformalkan diri..
'emak ustazah???? kanak2 itu merenung saya..
'ya...' saya mengangguk dgn selamba...
'panggil  cikgu' saya membuat penegasan .....  
'emak ustazah?...jadi, ini neneklah....' kanak2 itu menunjuk ke arah  saya lalu membetulkan frasa ..


'nenek..nenek'.kedengaran kanak2 itu menjerit untuk memesrakan diri....


'pandai pandai je nak panggil aku nenekkkkk........' jiwa muda memberontak...


'eeehhhhhhhhh   janggalnya....SAL  ni dah tua sangatkah?' saya bermonolog... 


'eh, gasaklah anak2.., nenek pun, neneklah................' akhirnya coool, LAYAN.....


so start hari tu. melekat panggilan tersebut di tempat itu........ 


dan hari ini......


nenek dah siapkan jejemput special  untuk cucu-cucu yaa.


terima seadanya, huhu.....

Monday, February 14, 2011

Siapakah kita..

Siapakah kita.....

Adakah tugas kita bertemu klien ....
kemudian berdepan dengan kerenah mereka....

Pendidik kliennya murid2.....
Usahawan berdepan dengan kerenah pelanggan...
Para ibu berdepan dengan kerenah anak2..

Para pemimpin berdepan dengan masyarakat...
Para sahabat bertemu dengan rakan-rakannya..

Banyak nilai2 murni Rasulullah yang sesuai dicontohi....


CONTOH2 NILAI-NILAINYA ....

Nabi Muhammad (saw) mempunyai tugas yang amat berat yang diamanahkan ALLAH  iaitu menyebarkan agama Islam..

Beliau menempuh pelbagai cabaran dan kesulitan. Namun semua ini tidak mematahkan semangat beliau untuk mengajar Al-Qur’an kepada  masyarakat  yang  terdiri daripada pelbagai latar belakang dan budaya.

Sebagaimana dinyatakan dalam Al-Qur’an, Allah (SWT) memerintahkan Nabi Muhammad (saw) untuk bersabar ketika berdepan dengan orang - orang kafir :


Maka bersabarlah kamu terhadap apa yang mereka katakan dan bertasbihlah sambil memuji Tuhanmu sebelum terbit matahari dan sebelum terbenam (Surah Qaaf: 39)

Janganlah kamu bersedih oleh perkataan mereka. Sesungguhnya kekuasaan itu seluruhnya adalah kepunyaan Allah. Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (Surah Yunus: 65)


Beliau memiliki  sifat-sifat  yang terpuji ....

Bersabar ketika menghadapi kesulitan...
Tidak pernah berputus asa .. 
bertanggung jawab.. 
Bersemangat waja dan kental apabila berhadapan dengan cabaran..
Selalu bersabar.. 
Sentiasa bersyukur.. 

lagi...lagi....

Sikap kasih, toleran dan penuh pengertian merupakan karakter beliau sehingga banyak orang menaruh hati kepada Islam dan mencintai Nabi Muhammad (saw) dengan tulus. 

Beliau tidak pernah memberikan tekanan dan paksaan kepada masyarakat di sekelilingnya untuk menerima agama Islam. Sebaliknya beliau menggunakan cara - cara yang sopan dan baik .

Cinta Nabi Muhammad (saw) kepada sesama manusia, kehalusan budi pekerti dan kasih sayangnya banyak merubah orang-orang di sekelilingnya untuk menerima agama Islam. 

MORAL VALUE : Sebagai pemimpin, sebagai guru, sebagai ibu, sebagai usahawan....tentu ada contoh sifat-sifat terpujinya yang boleh dihayati dan diaplikasikan ke dalam diri apabila berdepan dengan klien ....

SELAMAT BERCUTI SEMPENA MAULIDUR RASUL....


Friday, February 11, 2011

kehidupan ini

kehidupan ini tidak pun kekal..
cuma boleh bertahan.....
pancaindera yg berharga ini ..
dibekalkan  berupa  hadiah sementara...
moga semua anugerah ini...
dijaga dan dimanfaatkan untuk membawa keharmonian....
pd kita semua, insyaAllah..


halalkan kegunaan akal, hati dan lidah
pd perkara2 yg  membawa kesucian


moga penulisan kita menjadi wadah 
untuk meningkatkan nilai diri dan ilmu.

ukhuwah  kita 
kekal dengan  budaya sendri
hidup dengan jati diri...


walaupun dunia terus maju
menempuh  maya tanpa sempadan
kita terus begini
punya ciri2 budaya sendiri
yang tidak dicemari..

Tuesday, February 8, 2011

teringat

Semalam saya ziarah blg rakan. Entry rakan kali ini mengenai ank angkatnya. Rasa tersentuh juga kerana cerita ini mengingatkan saya pd seorng anak...
anak angkat sya....


Suatu ketika dulu. Dia  dtg  ke sini utk belajar . 


Anak ini adalah anak ribena pintar, Sekali pandang macam ketua drjh apb bercakap dan bermain ngan anak2 di sini lalu ibu memberi penghargaan pada dia jadi role model...


Suatu hari, ketika cuti CNY..ibu berkesempatan membawa dia blik ke kg dan ke tepi pantai. Waktu itu cuaca kurang elok. musim hujan..


Anak2 saya bemain air sampai basah-basah. Sesekali diberi kebebasan macam tak pernah jumpa air. …Main sakan sepuas2 hati di tepi pantai....

Dia still ok..mengurus dirinya dgn baik ketika itu....berdikari..




Entah kenapa tetiba teringat ..

Klu terbaca blog ibu..Ingin bertanya, apa khabar  skrg…Yg pasti imej  kanak2 ribena dah hilang ditelan dek waktu...

Tentu sudah dewasa…

Bertahun2  dh tak bertemu…

Didoakan  agar terus cemerlang  menjalani kehidupan bahagia....


Monday, February 7, 2011

Cuti CNY.

Minggu cuti CNY ni...sebenarnya saya menghabiskan bnyk masa di rumah kakak..Berulang-alik di rumahnya kerana membantu membuat persiapan majlis perkahwinan anaknya...


demi kakak, saya mahu melihat dia senyum gembira dpt menantu  ...oleh itu,saya ingin mengongsikan kepenatan bersama2 seisi keluarga.. biarlah ringan sama dijinjing..berat sama dipikul.. huhu....baik hati ..




kata kakak.. memikirkan majlis tu pun dah penat, inikan pula mengadakannya..... 


wlupun tinggal di bandar ini kebnykkan katering jee......


alhamdulillah semuanya dah selamat pd Hari Ahad yg lalu dan saya pun dah tak ada  cuti lagi dah.....hari ni dah start kerja..fokus kat kerja pula..


namun sempat ngintai  pic yg di bawah.....


Yg biru2 tu hantaran dari pihak lelaki, Yg merah2 hantaran dari pihak perempuan...




di rumah pengantin perempuan..

di rumah kakak (pengantin lelaki)..
menunggu makan berdamai...

lauk pauk meja pengantin..




saya pun teruja juga mengambil gambar2 ni..
bagi rakan2 yg tak brapa larat nak tengok, jeling jelah ye..

Thursday, February 3, 2011

Nak balik..

'Nak balik...nak balik'..status yg ditulis  melalui FB oleh nephew dari Mesir meruntun hati, kami tahu dia dlm kesusahan. walaupun sedaya upaya dia menyembunyikannya,  tidak mahu melihat kami  susah hati...


Namun keluarga tetap bimbang akan keselamatannya di perantauan....sambil menitipkan doa, moga Allah memberi perlindungan ..


'Jaga diri baik2'.. kak Ngah sempat menghubungi anaknya mlm tadi  sambil berpesan2. ketika ini  keluarga  sedang meriah berkumpul utk membuat persiapan  majlis perkahwinan Edy pd Hari Ahad ini , Kata2 kak Ngah  itu diharapkan akan  menjadi penawar   kpd anak bungsunya yg sedang bertembung dengan keadaan getir  di Mesir itu....


'Hanya dpt makan telur  setiap hari .....buat masa ni internet masih ok...perintah berkurung  pada setiap hari bermula  jam 3 ptg......mungkin minggu depan baru dpt  balik, ada ramai pelajar di sana dan kita kena ikut giliran...' itulah khabar  terkini nephew dari Mesir . Anak ini yg sepatutnya menamatkan pengajian tahfiznya sebelum aidil fitri 2011  ni, terpaksa menunda  setahun  pengajiannya lagi  berikutan universiti ditutup kerana tunjuk perasaan.......takde rezki utk menghabiskan digree dlm masa terdekat ....kesian,nak buat camna, nak....


Antara perkembangan yg sempat dibaca dari Mesir..


1.Ribu-ribu petunjuk perasaan berhimpun di dataran Tahrir untuk menuntut presiden meletak jawatan..


1.Namun tunjuk perasaan yg aman bertukar  ganas apb ribu2  juga penyokong presiden yg terdiri drp polis berpakaian biasa menggempur petunjuk perasaan anti kerajaan di Dataran Tahrir untuk menghalang  kejadian kes berlaku..


2.Bunyi tembakan penyokong kerajaan kedengaran. kereta2 kebal  itu ditempatkan di dat tsb.


3.Penyokong Mubarak menaiki kuda dan unta bertindak memkul petunjuk perasaan anti kerajaan deNgan kayu dan besi serta melemparkan bom ke arah petunjuk perasaan..


Ya ALLah permudahkanlah segala urusan kepulangannya..moga anak2 ini dalam perlindunganMu..Ameen

Wednesday, February 2, 2011

Kuih Minggu Ini

Minggu cuti Tahun Baru Cina ni..kami tak ke mana2.. kakakku, kak leha buat  walimatulurus....anak saudara  melangsungkan perkahwinan....

Kak Ngah yg tinggal di kampung menyinggah  kat rumah..
 ambik kesempatan ajak Kak Ngah buat ... 
entah kenapa teruja sangat nak buat kuih
klu buat dgn kakak tak rasa penat ..
Kemudian sempat snap untuk koleksi..
dan simpan buat kenangan.yelaahh bukan selalu rajin2 bgini...sesekali je ..
pas tu   hantar  kuih2 ni kat  umah kak leha..... 
simple jee........

krepek ubi ni tak buat, beli daripada kawan ..

rupanya kata kakak
berdekatan dengan kampung saya ada kilang membuat ni..
boleh dpt harga yang lebih murah berbanding beli di tempat lain.... 

bagi penggemar2 kerepek 
ianya  sangat rangup..


karipap   
 try bentuk lain  sikit....bentukkan  segi tiga..

kek ini anak saya (hani) yg buat ..
dia suka buat kek coklat.. 
bahan: 1 cwn koko,2 cwn tpg naik sendiri,1 cwn gula,
1 cwn susu pekat,2 biji telur,1 cwn minyk, 1cwn air suam

kek pandan 
kak ngah ketua kek yg sediakan ,
 individu yg lain menolong jee, termasuk kita, huhu.
bahan: 5 biji telur, 3 cwn tpg naik sendiri, 
1 cwn majerin,perasa daun pandan, 2 cwn gula

kek gula hangus 
bahan: 5biji telur,gula hangus 1 cwn,
 majerin 1 cwn, 3 cwn tepung naik sendri,1 cwn gula

pandangan dari atas kek batik  sarawak yg kak ngah buat..

 kek yang telah dipotong akan jadi begini...
Bahan: 1cwn milo, 1 tin susu pekat, 1 cwn air panas, 250 g majerin, 
1kg biskut marie,