Saturday, June 26, 2010

Kelebihan Bendi.

Suka makan bendi? 
Ada individu yang tak berapa gemar sayur ini kerana sifatnya yang  belendir. Namun ia mengandungi khasiat tertentu iaitu menguatkan otak serta menambah daya ingatan serta kecerdasan. Biji, akar serta bunganya kalau direbus boleh membantu melawas pembuangan air kecil serta mengurangkan bengkak atau radang.

Air rebusan biji,akar, serta bunganya jika disapu pada pelbagai kudis dan bisul, mujarab juga. Lendir yang terdapat dalam buahnya boleh melembutkan kulit.

Air rebusan buahnya boleh juga digunakan untuk meredakan bengkak saluran kerongkong dan hidung.

Kabarnya kacang bendi baik amat untuk rawatan penyakit kencing manis (dipetik dari web SDARA). Caranya ialah dengan mengambil 2 biji kacang bendi. Potong kedua hujungnya. Turis bahagian tengahnya. Rendam dalam segelas air semalaman. (tutup gelas). Keesokannya, keluarkan kacang bendi tu dan terus minum airnya. Lakukan selama dua minggu. Lihat kesannya.

Di sebelah negara Barat, diyakini bahawa kacang bendi dapat membantu,
  •  Mencuci hati
  •  Menstabil kandungan gula dalam darah
  •  Melicinkan bahagian dalam usus besar
  •  Mengurangkan masalah sembelit terutama di kalangan warga tua. 
  •  Membantu pertumbuhan bakteria baik dalam saluran usus. 
  • Ada yang mengatakan kacang bendi adalah  baik untuk yang murung atau keletihan.
  • Merawat ulcer dan mengurangkan kekejangan pada sendi.
  •  Sifatnya yang beralkali membantu menutralkan asid dalam badan.
  • Mengurangkan  radang paru-paru dan sakit kerongkong .

 Bendi kaya dengan kalsium, mengandungi 7% kabohirat , 90% air , 2% protein, dan 1% serabut, garam galian dan Vitamin B.

Manakala dalam rawatan tradisional pula ia boleh mengatasi masalah sukar bersalin. Selain dijadikan hidangan seharian .

Air rebusan biji bendi, akar dan bunganya digalakkan dijadikan minuman bagi memudahkan wanita bersalin. Kerana kata orang2 tua...sifat bendi yang berlendir memudahkan proses melahirkan anak.

5 comments:

sinar_islami said...

tak sabarnya nak balik msia...
rindu pula nak makan bendi goreng kicap.. (^_^) Like..

sal said...

salam sinar. Oh, ada resepi baru untuk kita ni..bendi masak kicap..nak cuba gak..selalunya digoreng saja atau direbus..kini boleh goreng brkicap pula, thnks beri info..

abah aman said...

Salam sal,
Banyak juga khasiat bendi ni... kalau kreatif bolehlah buat jus, masuk botol atau tin, pasarkan! Rasanya belum ada jus bendikan?

sal said...

salam abah aman,
emmmmm kalau jus bendi tu terhasil menjadi produk salsuria..taktaulah..brapA LAMAlah kilang tu broperasi ..

Anonymous said...

waa..bnyak nye khasiat bendi nie..saya makan bendi hari hari..thanks bagi info sal..

Post a Comment