Friday, April 5, 2013

Kacang Panjang Dan Diabetes....

Assalamualaikum....
Kalau ada ruang, memang suka nak mencorat-coret di sini...
Tapi kurang upaya dari segi masa.....
Selepas meninjau-ninjau kerja semasa, menjenguk blog sekejab sekadar dapat  mencatat sesuatu di sini untuk pengetahuan ibu dan dikongsikan.....

Pernah makan sayur ni tak....Sayur kacang panjang ini mudah dimasak dan senang didapati bukan sahaja dipasar raya, pasar dan kedai runcit pun ada....
Tahukah anda ia boleh mengurangkan diabetes...
Tapi larat ke meminumnya????..

Penemuan di Cina, Ada pesakit diabetes di sana makan kacang panjang untuk menurunkan kadar gula dalam badan. Caranya : blender 12 batang kacang panjang dicampur 1 tomato merah...minum sampai habis..buat dua kali..Kemudian silalah intai2 gula dlm badan di hari esok....kadar gula akan turun mendadak........memang alternatif ini sangat sukar untuk diamalkan..haha...

Ohya...Selain itu kacang panjang ini baik untuk mengubati radang sendi, mengurangkan risiko stroke, serangan jantung, darah tinggi, mencegah sembelit, mencegah diare, anti bakteria dan mencegah anemia...

Semua penyakit ada ubatnya...cuma kemungkinan kita alahan atau tidak serasi dengan ubat ..yang penting kita berusaha mencari pilihan2 untuk mencegah dan mengurangkan sesuatu penyakit sebelum serius........

14 comments:

Acik Erna said...

assalam sal..kalau buat ulam masa masih muda dan baru petik memang sedap..kalau nak blend nagn tomato tak tau la sanggup ke tidak

kasihredha said...

Salam
Lamanya tak dtg sini...
Suka buat ulam je kacang panjang ni selain goreng

Nur-nba said...

Nur paling suka kacang panjang masak sambal.. Info yang baik ...

Kakzakie said...

Kalau buat sayur kakak memanglah suka tapi kalau blend dgn tomato macam tu rasanya tak tertelan. Tapi kalau dah terpaksa utk dijadikan ubat kakak rasa boleh - janji boleh hindar penyakit kan.

~Kak Nah Backyard (^_^)~ said...

orang tua2 kata sayur ni banyak angin.knah dah lama tak makan kacang panjang nie sebab badan xterima =)

MulutPayau said...

Sedap kalau buat ulam dan goreng....

Zaitun said...

Terima kasih kongsi info.

Kak Zai suka buat goreng pedas.

ieja amieja said...

suka goreng pedas2 ngan tomato..tp klu blend?? x tahu lah rasa nya tertelan @ tidak..tp klu dah terpaksa kena telan jg kan..apapun t.ksh kak atas petua ni..

Ibuhani said...

buat alam/cicah sambal belacan pun sodap ni!Bagus info ni.....moh tanam kacang pjg lps ni!

Azian Elias said...

Aduiii..tak tertelan gamaknya.

Anonymous said...

Dah cuba minum...ok je tp gula tak turun lg..

tina amir said...

Kalau blend sukatan air 1 gelas ke? Yg 12 batang blend tu utk 1 kali minum atau 2 kali sehari. Anyway...tqvm for the info!

masayu said...

saya dah cuba.. memang sedap rasanye... rasa seperti jus epal...

Anonymous said...

Goreng sj dgn tomato kurangkan minyak.

Post a Comment