Riadah seperti bersenam menyihatkan badan sekiranya diamalkan berterusan....tpi tak mampulah nak buat selalu.. bgi yang berusia..riadah spt bersenam dpt menghindarkan penyakit jantung koronari dan angin ahmar (strok).

Senaman dapat membantu menambah kadar pengepaman darah ke jantung dan penggunaan oksigen. Contoh aktiviti aerobik (aerob adalah proses respirasi (pembebasan tenaga melalui molekul-molekul organik) yang memerlukan penggunaan oksigen (Alexander Jane et. al, 2000) ialah berjalan, menari, berlari, berenang, menunggang basikal dan bermain ski.

Senaman yang dilakukan setiap hari juga mampu memperkuatkan tulang, sendi, otot dan membantu untuk lebih tenang. Pengeluaran hormon endorphin ketika bersenamlah yang memangkin perubahan angin (mood) yang lebih baik.

Tenaga ATP boleh dihasilkan daripada lemak dan protein jika terdapat oksigen. Senaman yang dilakukan dapat menambahkan oksigen seterusnya membantu penghasilan tenaga ATP. Senaman yang berterusan dan pengurangan dari 200 ke 500 kalori setiap hari mampu mengurangkan berat badan bagi yang mengalami obesiti (Lori A. Smolin dan Mary B. Grosvenor, 2003) ....tpi dah kurus dah...ha..ha..
Jadi apa yang nak ditunggu lagi kawan2..Hari Ahad ni.....luangkan masa dan freekan minda kita untuk riadah....atau... ayuh kita... goyang2 badan..goyang2 pinggul...bersenamlah kita yek......