Friday, April 29, 2011

kerja rumah..

ASSALAMUALAIKUM..

Dah 3 minggu berturut2 bekerja hari sabtu dan..
Minggu ni terasa lapang sedikit..
kerana dapat cuti selama 3 hari..
dengan bersambungnya  1 Mei,
sempena Hari pekerja..

dptlah sedikit keluarkan peluh...
 bukan bersenam tetapi mengemas rumah..huhu..

Saya terbaca bahawa
Ramai di antara kita, golongan ibu-ibu yang tak sempat bersenam..
kerana kebanyakkan mereka tidak mempunyai masa yang mencukupi 
sebab mereka sibuk dengan urusan-urusan kehidupan sendiri.

Di rumah pula, pergantungan kepada mesin spt mesin basuh dll
menyebabkan pergerakan kita menjadi kurang aktif.

Pakar sains memberi amaran..
aktiviti bersenam tidak boleh di pandang ringan
kerana kurangnya pergerakan
 boleh  menyebabkan bertandangnya penyakit kronik  yang tidak diundang
seperti sakit jantung, kecing manis,strok  dan obesiti..


sebenarnya aktiviti  bersenam
dapat melancarkan perjalanan darah
dan menyihatkan jantung.

Fakta yang menarik daripada pakar diet..

dengan melakukan kerja-kerja rumah 
seperti mengemas dan aktiviti lain di rumah.
tubuh badan kita bergerak  
secara tidak langsung ia menyamai
aktiviti  bersenam..

Sunday, April 24, 2011

Anakku, Sahabat....

Anakku...
Hari itu, apabila ibu lambat mengambil angah dari kolej ...ibu melihat kamu keseorangan di dalam bilik,  cuba mengesat air mata  berlenangan di pipi  sambil mengenggam  sepucuk surat di tanganmu ....lantas ibu rasa amat bersalah membiarkan angah tertunggu2...
Suatu hari sedang ibu duduk2 dengan kamu...satu topik ke satu topik kita bualkan, tetiba kita berbincang tentang sahabat , lagipun sepanjang berada di kolej, hanya sahabatlah yg banyak membantu untuk survival diri  ...angah sangat respon dengan topik yang ibu ajukan..lantas kamu menghulurkan sepucuk surat yang menguatkan hujah ..surat itulah sebenarnya yg kamu genggam dengan deraian air mata ketika ibu dtg hendak mengambil angah pulang tempoh hari..


sungguh suspen ..jadi, hari ini ibu menyempatkan diri utk membca surat 
drp sahabat dan roommate angah itu.....


Assalamualaikum Ida (angah)..
 Apb ko bca surat ni, kita dah berpisah ye..takde lagi kita wat perkara sama-sama..lepas ni takde lagi kita lepak sama-sama pd waktu malam, takde lagi kita solat  sama2, takde lagi kita study sama2, tak de lagi kita makan sama2, tak de lagi kita makan meggi sedap sama2, tak de lagi kita nyanyi sama2, takde lagi kita basuh baju sama2...


Kita bersahabat dengan ikhlas sehingga aku rasa ko betul2  macam mak aku, kakak aku, adik beradik aku....


Ko yang selalu nasihatkan aku time aku sedih, time aku down.


Time aku selalu nangis ko selalu beri semangat, time aku susah kau datang menolong , kau selalu ada bersama ketika aku susah dan senang. ko  banyak ajar aku tentang agama, ko ajar benda2 baik, ko ajar aku menjadi wanita yang baik..


 9 bulan hidup kat cni sangat singkat. Pahit tapi manis dan bermakna...


Cepatnya  masa berlalu..kini kita akan berpisah balik..


Aku sedih sangat2, sedih sangat2 nak tinggalkan ko..tapi setiap pertemuan akan ada perpisahan..


Ida..
Time aku tulis surat ini, aku nangis..aku sedih sangat nak tinggalkan ko, aku gembira kerana malam ini dapat spent masa dengan ko, aku dapat suapkan ko dengan kek, aku tak pasti lepas ni  kita jumpa lagi ke tidak....


Ida..
Lepas ni, aku tak akan dapat lagi dengar ko baca Al-Quran. Aku suka tengok kegigihan ko baca Al Quran sampai khatam..Ko sudah berubah, dulu ko malas nak baca Al-Quran..


Al hamdulillah kau dah berubah sekarang.....Ida, kekalkan membaca Al Quran tau...


Ida..
Teruskanlah nasihatkan aku pasal agama tau..aku suka dengar ko cerita pasal agama..tambah ilmu dalam diri aku..
Ida... 
Jangan putus asa  dalam hidup tau..sentiasa  sungguh-sungguh untuk capai apa yang ko nak, hidup berdikari jangan bergantung sangat pada mak ayah..........
                                                                              daripada Sahabatmu,     
                                                                              Adah,
                                                                              Kolej Matrikulasi N9 


Ok ,  ibu dah habis baca suratmu dan...mengertilah anakku, bahawa.....
Sahabat yang baik adalah hadiah yang berharga buat kita....
Oleh itu, carilah sahabat yang boleh memberi manfaat  kepada diri kita....

Friday, April 22, 2011

Penawarnya...

ASSALAMUALAIKUM..
Hari tu,  terbaca cerita SANTAU di blog Pn ATI..  
Sememangnya cerita itu sungguh menarik untuk dikongsikan....
Walaupun ilmu itu  sangat asing bagi kita yee..


Mungkin cara didikan emak dan ayah lebih mengutamakan nilai2 murni seperti bersifat pemaaf, kasih sayang, prihatin dan mengutamakan Iman . Oleh sebab itu, kita tak kisah dan tak ambil pusing pun tentang bab2 tersebut lebih-lebih lagi  ilmu ini sangat bertentangan dengan ajaran Islam


Walaupun begitu, kita tahu bahawa ilmu ini berada dalam budaya masyarakat tradisi Melayu,  pernah pula dipaparkan melalui tv  ....Jadi , lebih baik ambil tahu drp tak tahu langsung.  Peka dan berhati2   walaupun kita tak ada musuh....


Sedikit info mengenainya yg ingin dikongsikan melalui pencarian di internet tadi..


1. Pengamal santau akan mencuba2 juga  ilmu santau ini di tempat2 terbuka spt kedai makan  krn klu tidak menurut ceritanya boleh  memakan tuannya sendiri..


2. berhati2 ketika makan di tempat2 awam ..


3. Kadang2 org baik2 pun kena juga walau tak de musuh kerana boleh jadi terkena di tempat2 awam atau dlm majlis kenduri kahwin...nauzubillah..
    Antara jenis santau : santau angin dan santau makanan


    Santau angin dihantar dengan punca angin yang berbisa ke dalam tubuh manusia melalui pembuluh darah terus meresapi keseluruh urat saraf. Manakala santau makanan pula diletakkan sesuatu barang yang merbahaya di dalam makanan seperti miang buluh,serbuk kaca atau sebagainya

    Santau boleh diubati dengan sepenuhnya melalui bacaan2 ayat khusus al-quran dan hadis.

    Santau juga boleh diubati dengan minum air kelapa, dengan syarat tawakkal tu AlaALLAH.. dan berdoa kpdNya..



    Selain air kelapa yg bertindak sebagai penawar racun dalam badan, ada pengamal perubatan Islam memberitahu supaya minum  Air Yassin (dari masjid) ditambahkan bacaan surah Jin 1-4 (21x), juga ayat Ibrahim 52 (21x). Air itu dibuat teh-o limau nipis (1/2 biji satu gelas)


    InsyALLAH, biasanya akan muntah dan akan kurang kesan santau tu...

    Sblm keluar rumah kita membaca:
     Bismillahillazi la Yadhurru Ma'asmihi Syaiun Fil Ardhi
     Wala Fi-SSama-i wahua SSami-ul-Alim.



    Nak elak santau :
    1. amalkan ayatul kursi.
    2. tiga kul
    3. solat jangan tinggal..
    4. jgn makan di tempat yg terbuka dan ramai..contohnya..di pudu..

    Antara tanda2 nya.. 

    Minuman kita..panas bhg atas, sejuk cam ais di bhg bawah ..

    Penyakit Santau juga  : 
    1-Melalui minuman(minuman panas sahaja) .
    2-Melalui angin- dituju dari jauh menggunakan nama atau pakaian tuan tubuh .

    Hadis nabi ada meriwayat....
    Antara maksudnya..
    barang siapa yg mengamalkan makan kurma nabi (ajwa) sebanyak 7 biji untuk 7 hari maka dia akan terlepas dari perbuatan sihir.... 



    P/S : Memohon pada Allah moga dijauhkan daripada musibah...Ameen..

    Thursday, April 21, 2011

    hepi sangat..

    Minggu ni semacam tak ada entry yg nak dimuatkan...
    leka melayan si anak yg baru balik bercuti kt rumah....

    agaknya mcm nilah sesekali jumpa anak2 yee
    tak habis cerita dlm beberapa jam.... 
    si ibu hepi sangat..
     rumah pun meriah sikit dengan hilai tawa ..
     anak bolehlah jadi pembantu....
    kain baju pun cepat sikit clear 
    ada yg tolong sapu sampah dan masak ....
    selagi mood si anak ada..

    tapi 
    ada juga yg tak seronoknya..

    sbb si ibu dapat  sms yg tak diundang ..

    sms yg tidak diperlukan 
    tentu  mengganggu ketenteraman awam..



    mana taknya, 
    tengah ceria2 tetiba dtg mesej  berbunyi...

    ''Ni  ayah guna fon police,
     tolong bagi  credit maxi$ 60 ringgi  ke nombo baru ayah 012811.......
     ayah lgi ada msalah kat blai police Ta payah call sekejab ayah call....'...

    3 kali SMS...berturut2..selang beberapa minit..

    ibu memang mengecam semua no tel family..
    sudah pasti ini org2 luar yg tidak dikenali..

    klu org ini tak berduit..
    ini bukan caranya utk meraih simpati..
    mungkin ada cara lain untuk meminta bantuan..

    tel bimbit memang satu keperluan
    tetapi ia bukan satu kemestian...
    klu kita tak mampu..ia kan boleh skip..

    Selalu  juga berpesan dengan anak2..
    klu kita ada RM10...
    berbelanjalah di bawah RM10 juga (contoh)..
    jgn berbelanja di luar kemampuan..
    lagi baik dok diam2 jee..
      
    cerdiknya segelintir bebudak sekarang
    ada je cara untuk mendptkan wang yg x sihat...


    Saturday, April 16, 2011

    kasih ibu..

    Assalamualaikum..
    semasa merayau2 di alam maya..
    tetiba terbaca sebuah cerita..

    ingin kongsikan dengan para pembaca..
    tapi saya adaptasi sendiri untuk n3 ini....

    Semasa gempa bumi melanda sebuah wilayah di ngeri cina
    rescue telah menemui
    seorang ibu yg telah  kaku di sisi bayinya...


    Bayinya berusia lebih kurang 4 bulan.
    tertanam selama 24 jam
    sungguh menakjubkan ..
     si bayi selamat tanpa sebarang luka..

    Namun anggota penyelamat menemui si ibu  
    yg sudah  tidak bernyawa lagi..

    SI ibu dalam keadaan merangkak 
    lutut dan dan tangannya  mencecah tanah..

    badannya  dijadikan perisai dan pelindung.. 
    bagi  menyelamatkan bayi itu..
     daripada runtuhan tanah ....

    berhampiran  si ibu..
    ada sehelai selimut 
    dan sebuah  telefon bimbit 
    yg   sempat ditulis pesanan ringkas....

    'anakku sayang..
    bila kamu selamat..
    ingatlah bahawa  
    mama mencintai kamu selamanya...'


    The baby lost his mother.......

    ********************
    apa yg kita fikirkan..

    kasihnya ibu membawa ke syurga....
    kasihnya saudara masa berada
    berkorban nyawa tanda kasihnya..
    berkorban raga rela binasa..
    .......
    (lerek  lagu kak pah)


    p/s: Aduhai  emak, teringat....

    Al fatiha ..
    moga rohmu dicucuri rahmat..
    dan ditempatkan ke dalam golongan
    beriman dn beramal soleh..ameen.

    Friday, April 15, 2011

    Waktu ini..

    Jarum jam bergerak ke angka 12.10 tgh. Biasanya kalau hari Jumaat begini tentu dah mula lapang..rutin seterusnya perlu mengambil si Hani  untuk balik ke rumah. .

    Tapi ianya tidak perlu dilakukan untuk kali ini. Tumpuan hanya kepada  yang satu nih..oleh itu kena stay  lagi....

    Setelah menyiapkan spanduk..kami bergerak  ke kantin..Esok sambutan maulidur rasul . Majlisnya lebih complicated kerana  banyak item yg perlu dibuat sendiri..


    Rakan2 yg balik ke rumah, dah datang semula membawa sebilah pisau yg tajam..membawa objek ini adalah bukti persediaan.... mempersiapkan diri menerima tugasan rasmi ..kebanyakkannya aktiviti  potong memotong....


    Rakan2 semakin tekun dengan kerjanya…bukan saja nak makan2 tetapi juga telah bertukar jawatan  menjadi  pembantu chef  separa  mahir. Mengasah bakat terpendamnya...


    Ada AJK potong bawang..

    Ada AJK potong  kentang, karot dan lada lada..

    Ada AJK basuh ayam..sembelih dan lapah lembu…

    Ada AJK makan2…..….

    Hampir senja..semua pulang . Malam mereka kembali menjengah untuk  menyambung  tugasan. Apa yg penting nak menikmati sup dengan roti benggali yg disediakan …..enak saja klu dimakan beramai2..(bila nak diet)..

    esok akan bermulalah  majlis maulidur rasul  dgn  hidangan istimewanya  makan dlm dulang……

    Hikmahnya…
    Selain untuk mengingati junjungan kita serta  mendengar ceramah2 agama..…..
    Ada nilai2 ikhlas yg dipamerkan di situ ....

    gotong-royong, bekerjasama, toleransi dll  .. ..

    Berdoa agar mendapat keberkatan yg berpanjangan...

    Tuesday, April 12, 2011

    Kesedihan..

    Ibu akui bhw hari ini ada sesuatu yg menyebabkan hati dlm kesedihan. Normal pd insan seperti kita, kan....

    Manusia  memang unik..mempunyai pelbagai rasa dan deria...sedih, suka dan duka silih berganti..Ada org menyifatkan manusia berada dalam satu putaran spt roda. Roda-roda   kehidupan  ..up n down..Yang melambangkan pertukaran situasi dan emosi....

    Untuk survival...
    Perlu  melontarkan kesedihan  itu jauh-jauh...

    Sedang termanggu2, tetiba...
    'Ibu'..
    kedengaran suara my daughter yg baru balik kerja tergesa-gesa mendapatkan ibunya. Tidak memberi ruang untuk si ibu bersendirian. Seolah dia memahami ....sambil tangan memegang sebuah kotak..excited sungguh.

    'ini hadiah drp teacher, food processor.Jom, kita belajar pasang2..' kata along nak menyebuk2kan ibunya..

    'How to use, ibu'...dia tanya kita balik .Sambil mata mencari2 buku panduan..

    Okey hari ini ibu  menjadi pendengar setia dan memberi   peluang pada si along   .. ..

    "peralatan2.nya seperti berikut......".dia dah start memberikan kuliah dan bersimulasi..

    slicing and shredding Dics

    steel blades : for Chopping Vegetables., Nuts, Cakes ,ect..

    Plastic Blades: for blending eggs, milk shake, etc..

    Citrus Press...


    ..ha..begini baru betul...wah dah siap  pasang..lega..


    Apabila food processor dah boleh beroperasi,  kemudian berlari ke dapur..mencari buah kat peti sejuk pula...sambil termengah-mengah dia kembali mendapatkan ibunya dengan rasa  kecewa...faham..dia tak jumpa pun  buah kat peti sejuk untuk blend ..minggu ni  tak beli langsung buah kecuali ada buah pisang sebab nanti lembik  dan busuk. Sudahnya   berhari-hari duk kat sana, .tak siapa yg peduli dan hari ni  dia tercari2 pulak.........

    Itulah gelagat  si anak..klu dah besar ada je cara memujuk...

    Rasanya hadiah food processor belum mengubatkan   kesedihanku hari ini....

    Sebenarnya  ada  ubat kesedihan yang berkesan....tetiba hati terdetik  ..

    Teringat tentang cerita seorg ustaz yg sempat menyarankan  seorang kakak supaya  membaca surah al-Kahfi kerana terdapat di dalam hadith, Allah menurunkan ketenangan pada seorang sahabat yang membaca surah kahfi ini...

    Membaca al-Quran bukan sahaja dapat mengingatiNya tapi juga  merapatkan diri kepadaNya..

    Dengan membaca al-Quran ,  Kita akan dilimpahi dengan ketenangan dan InsyaAllah,  memberikan kita jalan keluar bagi segala permasalahan ....

    Saturday, April 9, 2011

    Pokok Bungaku..

    Ada satu ketenangan dan kedamaian  apabila terlihat kehijauan dedaun bunga..


    Barangkali rakan2 pun seperti saya sukakan pokok bunga..
    Saya letakkan dua  pokok bunga ini di rumah. Seronoknya apabila pergi ke dapur tentu mata akan mencuri pandang pada dia... kemudian apabila berkesempatan singgah sekejab utk pegang dan belek2, siram….emmm..terasa tenanglah....


    Sebenarnya  menanam pokok  bunga ni pun  perlukan  bakat  dan kebolehan, tapi saya memang   tidak berbakat..seringkali pokok  bunga ini kelayuan. Lepas tu dia mati ...... dulu semai pokok lada , dia mati.. semai pokok sawi  dia lagi tak menjadi..kata anak2 , ibu  ni  hangat2 tahi ayam..tangan keras kot..


    Tengok pokok puding ni 
    Saya beli dari  nusery..
    dia dah merajuk ..
    Dah  jirus.... dah baja tapi  tetap nak layu-layu...
    Layu di tasik madu gamaknya ..huhu , apa lagi yg tak cukup ni.......


    Sesekali   jealous juga tengok  jiran..pokok sayurnya subur..saya intai  untuk mendalami ilmunya.. rupa2nya  dia timba  air longkang yang….....   lalu  dijirus  pada pokok sayur itu  ..
    itulah pasal, pokok sayur  makcik Cin tu  sihat walafiat


    Sebenarnya  start minat pada pokok bunga  baru jee...
    Suatu ketika   dulu ada gotong royong di tempat kerja....kawan2  ajak  tanam pokok bunga sama2  ....

    Bermulalah misi  rajin lalu  teringin untuk   memilikinya ..… rupanya menanam ni  ada seninya yee..bukan hentam keromo jeee.. ..

    First, berusaha untuk mendapatkan pokok yg kecil2 dulu..
    pokok  kenit  ni  pun dah cukup  bermakna buat permulaan penggal pertama bgi insan seperti kita ni....huhu

    Yang ini dah bertahan beberapa bulan..
    Nama saintifiknya  plant  scindapsus  aureus


    Kita menjaganya  sejak  dia kecil lagi..
    Kini  dia dah besar sikit
    Beli kat ikea….

    Berkongsi ilmu  dengan kakak  cleaner..
    Mencadangkan  supaya  menyiram pokok bunga dgn air teh dan air beras...
    Setelah   mempraktikkannya,   nampak berhasil.. pokok beransur-ansur  subur dan bertambah hijau..alhamdulillah …

    Diri kita...


     




    Friday, April 8, 2011

    Pisang Oh pisang....

    Jemput makan  ya  kawan-kawan 
    minggu  ni kita kenduri pisang ...
    pisang lemak manis..
    pisang berangan..
    bayangkan...pagi sarapan cekodok pisang..
    petang wat bingka .....
    mlm makan pisang mentah..
    Supper makan kek pisang...
    huhu..klu makan ramai2 pasti sedap aje..
    selain itu......
    pisang boleh buat pengat..
    masak lemak pisang  cili api pun sedap..
    rumusannya: pisang banyak kegunaannya....
    klulah  serasi ngan perut....

    Cerita yg menginsafkan pasal pisang:
    Arwah emak pernah bercerita...
     Org dulu2  sekiranya tak ada  beras di rumah..
    mereka ambil pisang  muda  
    potong2 dadu campur ngan beras..
    supaya dapat banyak  sikit.
    kemudian dimasak..
    memberikan  anak2 makan sampai kenyang..
    tak pulak kembung perut..

     org dulu2 kreatif  ya..
    sekarang..kita tak mengalami kesusahan spt itu..
    dan  kita tidak berada di zaman itu..
    kita berada di zaman pizza hut..

    Sebenarnya, pisang ni kakak yg bagi
    MOGA KAKAK murah rezki ...
    kerana berbudi pada tanah  .....

    sesenang kakak bawa lagi benda2 camni kat umah adik  yee....(oder jee)..

    Khasiat Pisang :
    Pisang mengandungi  air, protein, karbohidrat, serat,  vitamin A,  vitamin C  kalium.
    Pisang juga membekalkan tenaga, mengandungi  asid, enzim, dan sebatian kimia penting. Ia juga mengandungi tiga jenis gula semula jadi iaitu sukrosa , fruktosa dan glukosa. Gula semula jadi ini amat penting untuk kanak-kanak yang sedang membesar.

    Camping ....

    Minggu lepas, saya memang kurang mengintai blog.....tumpuan lebih terarah pd  camping dan persiapannya....ye program ini menyebabkan sedikit kepenatan krn  memantau pelajar-pelajar. Cuti Sabtu dan Ahad  dihabiskan di sana...bukan saya seorang yg penat,  rakan2  lain  pun sama , oleh itu ingin mngmbil kesempatan  utk mengucapkan  setinggi-tinggi terima kasih kepada mereka yg  menjayakan  program ....

    Sebenarnya dlm bnyak aktiviti,   flying fox ni agak menarik ....klu  dulu2  flying fox  terkenal dengan aksi terjun sehingga nak kering darah, tapi  pelajar2 ni berflying fox  mengikut aksi burung  terbang   melintasi kolam......nampak cantik dari jauh.....walaupun mula2 gerun..


    Sejak mlm pertama melayan kerenah pelajar......

    Yang rasa tercabar, Semasa kat surau ... ada pelajar2 perempuan yg menangis dan murung....saya pun  mententeramkan mereka dan menemankan masuk ke surau, kemudian sama membaca ayat2 lazim..berulang2 supaya mereka kuat semangat..

    Apabila  saya keluar sebentar ...baru je nak keluar, pelajar2 ini bertangis-tangisan, bersahut2an...macam histeria. pelik sikit...

    Dlm keadaan hingar bingar tu.  .. ..kami bertiga yg lebih senior dirasakan, ibarat tak ada senduk, sudu pun jadilah...nak  mencari  org yg mahir dlm perubatan di malam2  itu memakan masa juga.....

    Maka.. berusaha dan  mencuba...bertawakal untuk  memulihkan pelajar yg nampak terganggu ni...pelajar2 lain yg nangis2  dpt ditenteramkan. Kemudian mereka  diarahkan ke dewan bgi menjalani aktiviti seterusnya.

    Kami meneruskan  untuk memberi rawatan (membaca ayat suci) pd   tiga pelajar yg agak murung di surau itu. 2 org lagi telah brjaya dipulihkan dan yg tinggal seorang nih agk susah  sedikit..mata tak berkelip dan mulut  tertutup, mujur dia tak bersilat atau  mengganas (krn mindanya masih  di bawah sedar). Kita ajak mengucap, istigfar , dia tak boleh langsung.....mata tetap tak berkelip..

    Setelah  kira-kira  45 minit membaca ayat-ayat  lazim di hadapannya barulah  anak mata dia bergerak-gerak  dan mengikut  perlahan2 surah yg  kami baca..kemudian menyebut dgn lancar...syukran akhirnya dia sedar...

    Yang anihnya, selepas itu, ada aktiviti  burung hantu antra 12.00 mlm -3.00 pagi..budak ni nak join pula, dah segar bugar dan boleh tersenyum  ....

    Itulah secebis kisah semasa di sana...

    Pengajarannya.. klu pergi ke rumah2 penginapan untuk bercuti , menginap di mana2 hotel, calet dan lain rumah2 penginapan janganlah suka2 sangat,  sentiasa membaca surah ya anak2....kita tak perasan tempat yg kita pergi tu mungkin keras, maklumlah yg duk kat tmpt2 begini pun bersilih ganti orgnya ......wallahhualam...

    Sunday, April 3, 2011

    penyakit ketika berusia..

    Tekanan Darah Tinggi 
    Tekanan sistol (atas) 140 ke atas. 
    Tekanan Disatol (bawah) 90 ke atas. 
    Lemah semangat. Lenguh bahagian bahu. 
    Sukar tidur malam.Mata merah sebam. 
    Sering sakit kepala. Leher rasa tegang. 
    Belakang kepala bahagian atas rasa sakit dan tegang. 
    Sakit kepala (berlaku selama 2 - 10 hari).   

    Kurangkan makanan berminyak, berlemak, garam dan makanan berkanji (nasi, mee). 
    Makan lebih sayur- sayuran dan buah- buahan. 
    Jangan kerja terlalu berat dan tenangkan perasaan.   



    Tekanan Darah Rendah 
    Kaki dan tangan sejuk. 
    Pening bila bangun cepat. 
    Cepat letih. 
    Muka pucat. 
    Selalu mengalami kelemahan dengutan jantung. 
    Tegang leher bawah. 
    Kepala pening memusing.   

    Jangan bekerja keras. 
    Kawal perasaan supaya tenang. 

      
    Kencing Manis 
    Kerap buang air kecil. 
    Sering rasa dahaga. 
    Badan berasa lemah. 
    Mudah letih. 
    Mengalami luka yang sukar disembuhkan. 
    Dalam masa jangka panjang boleh mengakibatkan darah tinggi, sakit jantung, mata kelabu, kulit jadi hitam dan pecah berair.Paras gula meningkat dalam seminggu. 
    Tangan dan kaki menjadi bengkak sedikit. 
    Keadaan akan berkurangan selepas seminggu.   

    Kurangkan makanan berminyak, berlemak, garam dan makanan berkanji (nasi, mee).Makan lebih banyak sayur- sayuran dan buah- buahan.Jangan bekerja terlalu berat dan tenangkan perasaan.   

    Jika....

    Anak2ku...
    Jika  minda  sedang sarat memikirkan dunia..
    maka berwuduklah...
    Jika  tangan  ini terasa longlai  untuk  menggapai cita-cita..
    Maka berdoalah...
    Jika bahu terasa lemah  memikul amanah..
    Maka bertawakallah..... 
    Jika bibir dan hati terasa jauh dariNya ...
    maka berzikirlah..
    ...


    Ya Allah, bukakanlah untukku pintu-pintu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu-pintu kesihatan, pintu-pintu nikmat, pintu-pintu keberkatan, pintu-pintu kekuatan, pintu-pintu rezeki, pintu-pintu ilmu, pintu-pintu keampunan dan pintu-pintu syurga. Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
    Ameen ameen ameen ya Robbal a’lameen


    Doa ..
    Ya Allah..aku mohon kekuatan untuk terus melangkah
    Aku mohon hati ini tenang dengan mengingati-Mu
    Aku mohon hati ini tidak mahal dengan air mata
    Moga ia lembut setelah dilenturkan dengan mengingati-Mu


    Ya Allah, aku tidak punya apa-apa selain yang Kau beri padaku
    Aku ini lemah melainkan segala nikmat yang Kau pinjamkan buatku
    Jadikan hati ini yang kasih pada-Mu..
    Jadikan jiwa ini tenang dengan mengingati-Mu
    ~along~