Bahan-bahannya
2 kg mee kuning, celur
1/2 kg daging dihiris halus
4 biji keledek, direbus dan dikisar
1 cawan tauchu, dicuci dan dikisar
2 ulas bawang putih, dikisar
3 biji bawang merah, dikisar
1/2 cawan udang kering, dikisar
3 batang serai, dititik
1 inci lengkuas, dititik
5 sudu makan rempah kari daging
garam, gula secukupnya
Minyak untuk menumis
Bahan Taburan Tepung udang kering
1/2 cawab udang kering dikisar
80 gm tepung gandum
1/4 sudu tepung kunyit
garam secukupnya
air secukupnya
Minyak untuk menggoreng
Bahan Hiasan
Tahu yang digoreng, dipotong kecil
Daun sup, dimayang
Bawang goreng
Telur rebus dibelah dua
lada hijau, dipotong bulat
Taugeh dicelur
Limau kasturi, dibelah dua.
Cara menyediakan
Campurkan semua bahan dan gaul rata2. Bancuhan tepung dimasukkan dalam kuali caranya spt direnjis.Dah garing, angkat dan toskan
Cara membuat kuah.
Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan serai dan lengkuas yang telah dititik. Kemudian tumis bawang putih, bawang merah, halia dan udang kering yang telah dikisar hingga naik bau.
Masukkan rempah kari, kacau rara, kemudian masukkan taucu dan keledek yang telah dikisar bersama dengan daging.(taucu dan keledek yg dikisar diletakkan air untuk senang dikisar) Tak payah tambah air takut kuahnya tak pekat. Masukkan garam, gula ..
Cara menghidangkan
Hidangkan mee yang telah dicelur taugeh. Tuangkan kuahnya dan kemudian hiaskan dengan tahu goreng, daun sup, bawang goreng, telur rebuas, lada hijau, limau kasturi dan tak lupa juga taburan tepung udang kering.
SELAMAT MENCUBA.
Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts
Friday, August 16, 2013
Wednesday, July 31, 2013
Roti John..
Assalamualaikum...
Ingin bertukar selera merasa keenakkan roti John??Ok jugak..
Simple dan mengenyangkan...
dan kurang berminyak... sesuai untuk remaja purba...
Mari mencuba...
Bahan-bahannya
-Roti panjang
-100gm daging cencang (saya guna ayam cencang)
-2 ulas bawang merah yg dihiris halus
-1 biji telur . Dipukul
-20gm kobis.Dihiris ( saya guna salad)
-20gm lobak merah. Dihiris
-10gm mayones
-1 sudu teh serbuk lada hitam
-1 sudu teh serbuk kari
-Sedikit sos cili
-Garam secukup rasa.
Cara memasak:
1. Di dalam sebuah bekas, campur lobak merah yang telah dihiris bersama mayones, sedikit serbuk lada hitam dan garam secukup rasa.Ketepikan.
2. Kemudian di dalam kuali tumis bwg merah hingga naik bau. Masukkan daging cencang dan kacau sebentar.
3. Masukkan serbuk lada hitam, serbuk kari dan gaul rata. Garam dan gula. Angkat dan ketepikan.
4. Pecahkan telur di atas kuali dan letakkan inti daging tadi. Letakkan roti di atas inti tadi dan pastikan ia tidak melekat.
5. Angkat roti dan letakkan mayones dan sos cili.
6. Hias dan boleh hidangkan.
Selamat mencuba ..
Saturday, March 16, 2013
Kerabu Ayam..
Assalamualaikum...
Satu lagi hidangan yg disukai ramai dlm keluarga kami adalah kerabu ayam..biasanya kalau ambik adik dari asrama, kami singgah di cafe kolejnya semata-mata mencari kerabu ayam..
Satu lagi hidangan yg disukai ramai dlm keluarga kami adalah kerabu ayam..biasanya kalau ambik adik dari asrama, kami singgah di cafe kolejnya semata-mata mencari kerabu ayam..
Mengetahui taste ibunya sukakan makanan ini, adik akan membuatnya apabila bercuti lama sikit di rumah.Alangkah mudahnya jika sekeluarga mempunyai citarasa yang lebih kurang sama, kan..
Pagi ni dapat buat kerabu ayam...awal2 dah siapkan sebelum melawat2 rumah bru yg lum siap..
Bahan-bahannya.
1. Isi ayam - potong kecil2, rebus hingga masak. Toskan
2. Gaulkan isi ayam dengan semua bahan lain. Bubuh perasa garam, gula, limau nipis dan sos cili jika suka..
Pagi ni dapat buat kerabu ayam...awal2 dah siapkan sebelum melawat2 rumah bru yg lum siap..
Bahan-bahannya.
- 4@ 5 potongan ayam-ambil isi sahaja
- 1 bawang besar - hiris
- 3 biji tomato- buang empulurnya - hiris
- 10 biji cili padi - hiris (ikut citarasa pedas)
- 5 helai daun limau purut - hiris
- 1/2 biji timun - buang empulurnya - potong panjang macam btg mancis
- 1 batang daun serai - hiris halus2
- 1 biji lobak merah - tambahan
- 2 sudu makan air limau nipis
- garam dan gula secukupnya
1. Isi ayam - potong kecil2, rebus hingga masak. Toskan
2. Gaulkan isi ayam dengan semua bahan lain. Bubuh perasa garam, gula, limau nipis dan sos cili jika suka..
Kerabu Mangga
Assalamualaikum
Pernah makan kerabu Mangga? sedap....
Teringat suatu ketika dulu, apb adik hubby daripada Perak melawat kami. Dia buat kerabu mangga di rumah, sejak itu, kami sekeluarga suka makan kerabu mangga ..
Semalam ternampak mangga hijau2 di pasar...mangga harum manis ini memang manis walau berkulit hijau..
Saya ambil mangga tersebut dan terus buat kerabu mangga..resepi ambik kat internet..
bahan-bahannya..
5 biji mangga muda
1/2 biji bawang besar
2 sudu limau nipis (diperah jusnya)
2 sudu besar kacang goreng ditumbuk kasar ( tapi saya kisar agak halus)
2 sudu besar udang kering (tumbuk kasar)
sedikit belacan bakar (jika nak bubuh)
sedikit garam
sedikit gula
5 biji cili padi
cara-caranya:
1. Kupas mangga muda dan parut halus atau potong halus.
2. Hiris nipis bawang besar, cili padi,
3. Satukan mangga parut, jus limau nipis, kacang goreng, udang kering,garam, gula sehingga mesra
Pernah makan kerabu Mangga? sedap....
Teringat suatu ketika dulu, apb adik hubby daripada Perak melawat kami. Dia buat kerabu mangga di rumah, sejak itu, kami sekeluarga suka makan kerabu mangga ..
Semalam ternampak mangga hijau2 di pasar...mangga harum manis ini memang manis walau berkulit hijau..
Saya ambil mangga tersebut dan terus buat kerabu mangga..resepi ambik kat internet..
bahan-bahannya..
5 biji mangga muda
1/2 biji bawang besar
2 sudu limau nipis (diperah jusnya)
2 sudu besar kacang goreng ditumbuk kasar ( tapi saya kisar agak halus)
2 sudu besar udang kering (tumbuk kasar)
sedikit belacan bakar (jika nak bubuh)
sedikit garam
sedikit gula
5 biji cili padi
cara-caranya:
1. Kupas mangga muda dan parut halus atau potong halus.
2. Hiris nipis bawang besar, cili padi,
3. Satukan mangga parut, jus limau nipis, kacang goreng, udang kering,garam, gula sehingga mesra
masa membuatnya, lupa nak snap..
jadi ambil foto kerabu mangga ni kat google..
selamat mencuba bagi yang sukakan makanan ini...
Friday, August 3, 2012
Apam Gula Hangus
Assalamualaikum
Moga kita dalam perlindunganNya
Apam gula hangus ...Tak pernah buat apam bikarbonat dengan gula hangus.. ..
Selalunya buat apam ibu roti dan gula merah....
Apam gula hangus lebih cantik bentuknya..gebu..
Marilah mencuba-cuba...InsyaAllah
sumber :dari google..
1. Bahan A : 1 cawan gula dan 1/2 air panas (masak dan jadikan gula hangus)
2. Bahan B : 1 cawan gula, 3 biji telur, 1 cawan santan susu segar,
21/2 cawan tepung gandum, 2 sudu soda bikarbonat
Cara membuatnya
- Panaskan kukusan. Ayak tepung gandum bersama soda bikarbonat. Ketepikan dulu.
- Pukul telur dan gula hingga kembang,
- Masukkan gula hangus dan campurkan tepung dan soda yang telah diayak tadi.
- Masukkan santan dan gaul rata.
- Masukkan ke dalam loyang dan kukus selama 30 minit.
- Kalau guna acuan, kukus lebih kurang 20 minit.
P/S : Semua anak2 balik dan berkumpul di rumah hari ni..
Semangat sikit nak masak-masak...
Friday, April 6, 2012
Selera kami...
Assalamualaikum...
Tomyam............cepat dimasak sedap dimakan.....
Lagipun masak ni menjimatkan masa...rebus2 je...yg lambat sikit itu, bab potong2..
rakyat jelata di rumah pun suka..
Kalau masak menu yg family suka...senang sikit ....klu masak benda org tak berapa suka, maka jawabnya kenalah sediakan menu yg lain pula....ada sikit m..
Bahan-bahannya:
1/2 ekor ayam (potong kecil2),1 pkt kecil cendawan tiram (siat2), 1 pkt jangung muda, 2 batang carot, 1/4 biji kobis,3 helai daun limau purut (disiat2), 4 btg serai (ketuk), 3biji limau nipis (ambil jus), 2 biji tomato (belah 4), 1 biji bwng besar (belah 6), 1 kiub tomyam (klu tak letak pun takpe), sedikit ketumbar, 4 biji bwg putih, air, garam secukupnya.
Tomyam............cepat dimasak sedap dimakan.....
Lagipun masak ni menjimatkan masa...rebus2 je...yg lambat sikit itu, bab potong2..
rakyat jelata di rumah pun suka..
Kalau masak menu yg family suka...senang sikit ....klu masak benda org tak berapa suka, maka jawabnya kenalah sediakan menu yg lain pula....ada sikit m..
Bahan-bahannya:
1/2 ekor ayam (potong kecil2),1 pkt kecil cendawan tiram (siat2), 1 pkt jangung muda, 2 batang carot, 1/4 biji kobis,3 helai daun limau purut (disiat2), 4 btg serai (ketuk), 3biji limau nipis (ambil jus), 2 biji tomato (belah 4), 1 biji bwng besar (belah 6), 1 kiub tomyam (klu tak letak pun takpe), sedikit ketumbar, 4 biji bwg putih, air, garam secukupnya.
bahan untuk dikisar halus:
1 biji tomato, 1 biji cili merah, 1/2 in lengkuas, 1 in halia, 5 biji bwg merah kecil, 4 biji bwg putih.
Cara-cara:
1. Jerang air bersama bahan2 kisar. Masukkan ayam serta bahan2 yang lain kecuali perasa, sayuran & jus limau. Apb dah mendidih, masukkan sayuran kecuali cendawan, tomato & daun ketumbar. Biarkan mendidih & sayur nampak lembut. Masukkan cendawan & kacau2 biar mendidih. Masukkan jus limau dan perasa. akhir sekali masukkan tomato...sejukkan..hidang...
lain2 menu .....
lain2 menu .....
Suka makan tempe ???
Kalau di tempat kerja..inilah makanan popular..
paling tidak, seminggu mesti ada sekali benda ni...
Ini pun sedap...masak halia..buang angin....
masak rebus2, ada org tak berapa suka, kan..
tapi alhamdulillah fmly suka...
bergoreng-goreng......sesekali sekala pembuka selera.....
Ibu ni...cerita pasal makan jee.......
bilalah nak diet...
bilalah pula nak bersedekah2 makanan .....
Friday, January 13, 2012
Resepi Steamboat Mudah..
Assalamualaikum..
Moga sentiasa mendapat rahmatNya..
Pagi-pagi ni dah google steamboat..
nampak beriya2 bebeno..
sebab dah lama tak makan, tengok foto..selera..
Moga sentiasa mendapat rahmatNya..
Pagi-pagi ni dah google steamboat..
nampak beriya2 bebeno..
sebab dah lama tak makan, tengok foto..selera..
bahan2 yang diperlukan sebenarnya ikut suka hatilah,kan?
ini sebagai panduan jee..
- 500g udang sederhana
- 20 biji fish ball
- 250g fish cake
- 15 biji isi udang
- 15 biji isi ketam
- 500g so-un
- 250g cendawan hitam (rendam daam air sampai lebut)
- 250g cendawan butang (yang dalam tin tu)
- lettuce
- kangkung
- kobis
- tomato
bahan-bahan sos:
- 15 biji cili merah
- 1 sudu makan cuka makan
- 1 sudu teh garam
- 3cm halia
- 3 sudu gula halus
- bawang putih
- perahan air limau(2-3 biji ka suka hati tukang masak)
sup:
- 2 sudu makan minyak masak
- 2 ulas bawang merah
- 2 sudu makan minyak bijan
- 1 sudu teh white pepper
- 1 sudu makan kicap cair
- sedikit hirisan halia
- garam secukup rasa
- rebusan ayam
cara menyediakan sup:
- masukkan bahan-bahan sup(kecuali garam dan white pepper)
- dah mendidih masukkan white pepper dan garam
- dah tu alihkan sup ke dalam ‘steamboat’ kalau tak da rice cooker pun ok…use ‘warm’ mode instead of ‘cook’
cara sediakan sos:
- blend cili, halia dan bawang putih
- masukkan cuka, gula halus dan garam..kacau sampai larut
- masukkan perahan limau
- siap
Kalau tak M..insyaAllah akan menjadilah nanti atau esok....
moga impian jadi kenyataan..hihi
Wednesday, July 20, 2011
serawa durian
Minggu lepas ibu pergi kat Kip Mart....
nampak buah tuh...
eh geramnya..hijau-hijau..
menggoda..
dah lama mengidam..
beli..
spt biasa ibulah yg makan bnyk..
anak2 lain x berapa suka ..
makan jugak , tapi sikit2 ..
mereka makan sopan santun sb bukan teste mrk..
untunglah ibu...
mengadap sampai kekenyangan
eh, letihnya makan sorang2..
masih berbaki...
buat serawa..
pas tu simpan kat peti sejuk..
klu buat serawa..
ramailah peminat..
sb boleh makan ngan roti dan pulut ..laju ..
bahan2 nak buat serawa...
10 ulas durian - buang biji jika suka
6 sudu gula pasir/gula merah (ikut selera)3 cawan santan
2 helai daun pandan - bersihkan dan ikut simpul
Cara membuatnya.
Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk.
Kacau dan masak hingga mendidih atau pekat.
Selamat mencuba.
Monday, March 14, 2011
masuk kelas...
Pd hari sabtu yg lepas, saya menerima kunjungan saudara dari KL,
dulu kami sekampung .
Dia balik ke sini sekejab kerana ziarah ibunya dan singgah di rumahku...
Lama tak jumpa.. bertanya khabar...
Kami adalah rakan sekelas yg akrab semasa darjah 1 hingga 6 dulu,
Dia berkawin dengan rakan sekelas kami juga ......
Lagilah banyak cerita....
di rumahku, dia bermurah hati untuk masak nasi baryani,
lauk rendang ayam dan dodol. then makan sama2...
Kami anak beranak ibarat individu2 mengantuk disorongkan bantal..
suka sangat, bukan saja dpt makan
tapi masuk kelas masak pula secara percuma di rumah sendiri.....
klu attend kelas di luar pasti berbayar....
mana ada free dlm dunia serba moden nihhh ..
first, buat dodol...
Saya ingat masa kecik2 , org buat dodol bukannya mudah.
Masaknya sangat lama, boleh lenguh tangan.
Sakit pinggang kerana penangan dodol.
Kuali pula besar sehingga tak larat nak angkat.
Biasalah kalau saiz kuali lebih besar drp org .
Masa kacau dodol pula kena hati2 .
Silap2 haribulan terjun dalam kuali .takut...
Itu gambaran dulu..
Sangat merumitkan dan perlukan kepakaran .....
tapi dengan peralatan moden , org biasa pun boleh buat dodol ni
dan siap tak sampai 1 jam. Pengetahuan tak perlu tinggi sangat,
periuk pula ringan. Mudah sikit...
Cara-cara membuatnya....
Sediakan bahan2 berikut :
2 cawan tepung pulut
1 sudu tepung ubi
2 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
1 biji kelapa (4 cawan air santan)
Campur semua dan kacau bahan2 tuh ...
dah likat..
Kacau lagi...
Sorry, pic dodol ni tak habis snap, walaupun memang sedap....
Tumpuan mata dah ke lain.....
Fokus pd dodol tetiba terhenti...
Mata dah tak berkelip tengok benda di bawah ini...
Jatuh cinta...
Sungguh..
Bukan saya seorang, rupanya anak2 pun berperasaan begitu..
Jatuh cinta pd periuk yang dibawanya tuhhh
melebihi dodolnya.......
MasyaAllah..
Friday, December 17, 2010
Kek Pisang
Hidangan petang ni kek pisang. Pisang2 ni pemberian kawan, tak termakan. Jadi buat kek kemudian beri kek pd jiran2.
Huhu..ada pinggan kosong jiran kat umah .takkan pulang kosong. Letaklah kek tuh. Minta tolong anak bungsu buatkan. Adik memang suka bab masak memasak ..tapi kalau ada moodlah..
haaa ni dia yang tak berapa nak cantik..
Bahan2 yang digunakan simple dan mudah didapati
7 biji pisang
1 cawan minyak
2 sudu soda bikarbonat
5 biji telur ayam
2 cawan gula halus
3 cawan tepung gandum
CARA-CARA MEMBUAT..
1. Blander minyak , pisang dan soda bikarbonat sehingga sebati .
2. Pukul gula dan telur
3. Masukkan pisang/minyak yg telah diblander
4. Masukkan tepung gandum ke dalam adunan.
....................
resepi apam
....................
resepi apam
Bahan-bahan ( 15-20 biji )
- 3 biji telur-dari peti sejuk
- 275 gm tepung gandum/tpg kek
- 220 gm gula halus
- 150gm susu segar/UHT
- 3 sudu teh baking powder
- 1 sudu kecil ovallete
- Inti Kelapa:*
- ==kelapa parut
- ==gula merah
- ==1 sudu teh tpg jagung-dibancuh dgn 1 sudu besar air
- ==2 helai daun pandan-pintal
*Untuk inti saya takde kelapa so saya tukar ngan serikaya..huhu
Cara-cara
- Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk.
- Pukul dgn menggunakan mixer pada kelajuan maxima selama 6-8 min.
- bahagikan kepada beberapa mangkuk & titiskan pewarna mengikut citarasa.
- masukkan setiap warna ke dalam piping bag ( atau beg plastik yg bersih).
- Pipe kan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yg telah disusun didalam acuan.
- masukkan inti
- Pipekan lagi adunan yg berlainan warna sehingga 3/4 penuh.
- Kukus didalam kukusan yg telah dipanaskan selama 10-15 min.



















