Showing posts with label hantaran. Show all posts
Showing posts with label hantaran. Show all posts

Sunday, December 2, 2012

Majlis Perkahwinan Anak Saudara

Assalamualaikum
Syukur Alhamdulillah dengan limpah kurniaNya..
Majlis perkahwinan anak saudara, Asraf dengan isterinya Ann
telah berjalan dengan lancar. Majlis perkahwinan  sebelah pengantin perempuan ini
telah diadakan di Dewan Jubli Intan, Johor Bahru..


ibu pengantin lelaki sedang menepung tawar..

kek..
pengantin lelaki..Asraf..
tempat duduk tetamu..
pulut kuning...

 Sementara itu, majlis resepsi  akan diadakan di rumah kakak
 pd minggu hadapan..In sya Allah..

Majlis Pernikahan Ank Saudara.

Assalamualaikum
Syukur Alhamdulillah..
Pada 1 Dec 2012 yang lalu..
Majlis  pernikahan anak saudara, Ashraf dengan isterinya Ann
telah pun disempurnakan di Masjid Majidi Johor bahru..













Saturday, September 29, 2012

Payah Nak Control...

Assalamualaikum..
Setelah selesai menghabiskan satu tugas LDK semalam, Ibu pun pulang....keadaan di jalan raya pada petang itu  sesak menyebabkan terasa lama  dalam perjalanan .. kereta bergerak  tersengut-sengut akibat jem..menyebabkan kaki terasa lenguh2 ...

Keletihan...tidur awal...
bangun pun awal juga...
Subuhnya terasa fresh...

Aktiviti pd jam 11.00 pgi  ....menghadiri   majlis kenduri kahwin.....

Bab makan di majlis itu: Beberapa menu terhidang di atas meja semuanya enak2 belaka. Tetiba ibu terpandang ubi rebus dan  sambal tumis ikan bilis .........serta merta teringat di zaman kanak-kanak...

Mengimbau nostalgia zaman lampau, apabila emak hidangkan pisang rebus, ubi rebus.....hhhmmmm sedapnya tak terkata..tapi lucunya  anak  pernah bercerita dia dan rakan-rakannya  dihidangkan ubi rebus dalam satu majlis.. .mereka tak sentuh pun, pulang dengan hampa dan perut  keroncong kelaparan ...huhu, ruginya tak sentuh sikit2..belum cuba, tentu tak tahu, kan......

Beza benar zaman kita dan anak-anak sekarang......
Teruja dengan ubi rebus di majlis itu, ibu pun capai, masukkan dalam pinggan.... makan ...nikmatnya !!!!

'Kita ni, apb dah berusia..kena jaga makan..kawal kencing manis dan darah tinggi kalau ada' seorg tetamu satu meja bersuara memberi nasihat..sambil menceritakan pengalamannya apabila kena strok dan terpaksa ditahan di hospital beberapa hari akibat makan makanan yg tinggi kolestrol. Makan dgn kadar yg banyak.......

Ohhhhoooo.....dengar dengan tekun..

Tapi...biasanya dan realiti kehidupan.... jika makanan kegemaran di depan mata...
payah nak control yee !!!!

tepuklah dada, tanyalah diri...

Berikut gambar2 pelamin
semasa menghadiri majlis walimatulurus di situ ....




Tuesday, May 29, 2012

Layan Bunga...

Berfikir sejenak merenung ke dalam diri..memang tidak dpt dinafikan banyaknya dugaan yg dilalui ....

Bahtera yg belayar di lautan pun sentiasa di landa ombak...sentiasa dipukul badai...inikan pula perjalanan realiti hidup manusia biasa spt kita..

Terkadang malas nak fikir-fikir..buat dun no jee...tepis punya tepis ..dia tetap  terdetik dan terlintas di minda yang separuh   muatan....memaksa kita berfikir  ......Alahai...Itulah ujian kehidupan.....yang tua  diuji.....yang muda lagikan diterjah........

Allah hu akbar..

Firman Allah SWT bermaksud 'Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu..dan kuatkan kesabaran kamu dan bersedialah serta bertawakallah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (Surah Ali 'Imran :20)

Moga Allah  pinjamkan kekuatan pd kita semua...amin..

Sabar, cekal, tabah..tawakal  itulah perkataan  biasa , melunakkan hati..  menyirami jiwa...moga serasi2lah kita dengan perkataan itu....

Baiklah... freekan minda  layan bunga2  ni .....

Saya pergi ke blog rakan2 spt Nur-nba, Kak Ani, Ibuhani..nampak bunga2 yg sedang mekar dan  segar.
Saya pula nak layan bunga2 hantaran ini, waktu cuti sekolah ..terdapat banyak koleksi yg boleh dilihat...macam2 pesen seni  hantaran, setompok bunga sini, setompok bunga kat sana., meriah.....jom saksikan yg ini pula.. ....
 bunga coklat ..
 bunga anggur ..
 bunga wangi2an..
 bunga kemeja...
 bunga tuala..
 bunga sirih..

p/s: seni betul......sekadar mencuci mata melihat keindahan biru putih......

Sunday, March 11, 2012

Bunga Rampai....

Bunga rampai harum mewangi..... itulah penangan dua punjut bunga rampai  di dalam beg tangan yang  masih meninggaklan kesan  haruman  menyegarkan.....

Kelmarin ketika bersama-sama dalam majlis pertunangan anak saudara,  saya dihulurkan sepunjut bunga rampai ... Pada  majlis potong jambul cucu jiran hari tu,  sepunjut lagi bunga rampai  diberikan..semuanya tersimpan kemas di dalam beg ...sehingga layu-layuanlah di situ, seminggu dua tahan...

Unik kan org Melayu, kaya dengan adat resam..adat kebudayaan..Memang diakui protokol sesuatu majlis berbeza mengikut cita rasa individu, kelompok komuniti, ada yang masih mengekalkan pemberian bunga rampai..ada pula yg gah dengan benda2 lain, apa2 pun, yang penting ialah amalan bersederhana ketika mengadakan sesuatu majlis supaya ianya tidak membebankan ...

Mari kita layan sebahagian gambar hantaran yg sempat diambil dalam majlis pertunangan anak saudara lelaki, anak kakak yang ketiga.....alhamdulillah telah pun selamat disempurnakan..
 
Hasil tangan  adik ipar...dikongsikan ilmu seni hias menghias ni...kata adik, klu nak buat sesuatu mesti minat...kemudian kreativiti itu datang dengan sendirinya...ye kee dik??, klu minat tapi tangan kejung, camne ????
 
Selalunya sesebuah hantaran itu memang sinonim dengan bunga-bungaan  ikut tema warna kegemaran ...
 
Coklat, songkok, buku doa  merupakan pilihan hadiah drp wakil perempuan...buku doa  pun ada??? good idea..membaca jambatan ilmu..
 
Yang kuning sebelah kiri tu, kek yang dibentuk seperti beg,  kek besar dan  kenyang dimakan...sebelah kanan adalah peralatan  lelaki spt syampoo, minyak rambut, minyak wangi...
berlangsungnya adat istiadat pertunangan yang sederhana diserikan dengan pantun berkias yang humor tapi mempunyai makna yang tersirat bagi  peringatan dan penghayatan bakal mempelai.....
Pulut kuning dan kuih-muih antara pilihan hidangan pada majlis tersebut..
di ruang makan.....si cilik menikmati hidangan...

cuti datang lagi..... tentunya kita  menerima banyak kad jemputan...
Oleh itu, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat pengantin baru pada  anak2 yang akan menjadi raja sehari..moga Allah memberkati dan merahmati hidup kelian hingga ke akhir hayat..amin...

sekian, wassalam..

Sunday, November 27, 2011

Majlis Undangan..

Assalamualaikum
cantiknya, foto pelamin ini ..

Cuti-cuti sekolah begini, 
kita memang banyak menerima kad jemputan kahwin....
Alhamdulillah..syukran pd anak2 yg telah sampai jodohnya..

Hari ini pun, ada satu undangan ..
bukan majlis nikah kahwin..
Tapi jemputan majlis pertunangan di rumah jiran..
Majlis itu  bermula pukul 12.00 tengah hari..
jadi, sempat bangun pagi untuk menyediakan sedikit kek dan pulut panggang 
untuk di berikan kepada jiran tersebut...
 kek coklat yang telah dihiaskan....
kalau dibantu anak-anak, cepat je siap..
pulut panggang .....

TERUJA pula untuk mengambil foto-foto hantaran
 daripada pihak perempuan..
segala macam barangan untuk diberikan kepada
 bakal pengantin lelaki
kesemuanya ada sembilan buah dulang  hantaran 
sirih junjung..
senaskah Al Quran
coklat ini hadiah daripada rakannya.
sejadah dan songkok
manisan dan gula-gula di dalam bekas kedap udara..

walaupun simple tetapi menarik dan kreatif..
itulah sebabnya nak snap..snap..

Pada kesempatan ini 
ingin mengucapkan selamat pengantin baru
kepada anak-anak yang akan 
dan bakal melangsungkan perkahwinan
dalam masa terdekat ini
semoga kekal bahagia selamanya..Amin..