Friday, December 17, 2010

Aktifkan Tenaga Dalaman kita..

Kita tahu bahawa badan kita mempunyai tenaga fizikal. Tenaga inilah  yang mampu menggerakkan anggota badan serta membantu kita untuk membuat sesuatu kerja.

Namun kita kurang memberi perhatian kepada tenaga dalaman kita yang juga dikenali sebagai tenaga kejiwaan atau Psikik.


Tenaga jiwa ini lebih halus , hebat ,  menakjubkan dan mampu menguasai fizikal. Kekuatan tenaga jiwa adalah anugerah Allah yang sangat berharga kepada hambaNya seharusnya dimanfaatkan dan diurus dengan baik.

Kita mampu menguatkan tenaga kejiwaan ini  untuk mencapai kesihatan fizikal dan ketahanan mental.


Kete­nangan jiwa dan kemantapan jiwa  menyebabkan manusia mampu mengatasi segala cabaran malah mampu untuk berfikir secara positif.

Terapi jiwa yang paling berkesan adalah amalan berzikir. Ia memberi kekuatan dan  impak yang besar malah ia juga merupakan tonik paling mujarab merawat jiwa . Allah s.w.t berfirman:

“Ingatlah, dengan berzikir (mengingati Allah) jiwa kamu akan tenang".
(Surah Ar-Ra’ad, ayat 28)

MengingatiNya hati terasa tenang, hati tidak kering, tidak gersang atau tandus. Apabila banyak mengingati Allah, akan bertambah iman sehingga hati makin kuat, tidak takut ancaman, tidak gentar dengan musibah dan kekurangan, tidak cemburu dengan kelebihan orang lain serta memiliki sikap positif, mengikut segala suruhan-Nya dan meninggalkan larangan Allah.

Contoh berzikir yang  memberi kekuatan jiwa  lalah  Zikir tasbih (subhanallah), tahmid (alhamdulillah) dan takbir (allahhuakbar);

Diceritakan satu kisah di mana puteri Rasulullah SAW, Fatimah berjumpa baginda dan memberitahu, yang dia memerlukan pembantu rumah. Lantas Nabi Muhammad SAW bersabda:

“Mahukah aku berikan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kalian minta?” dan ba­ginda memberikan petua bacaan tasbih, tahmid dan takbir.

Kalimah ini sebenarnya menguatkan jasad kita.

Konsep berzikir bukan hanya menyebut nama Allah tetapi meliputi amal ibadat lain seperti bersolat, membaca al-Quran, melakukan perintah Allah dan meninggalkan larangan-Nya, berbakti dan berkhidmat, mematuhi dan menyantuni, menerima ketentuanNya dengan redha. Bersifat sabar dan syukur.

15 comments:

Acik Erna said...

sal..terima kasih kongsi ilmu..
basahi lah bibir dengan zikir..

cikceriacorner said...

akak..terima kasih banyak2 atas info ini..kdg2 sy terlupe...terima kasih akak..:)

sal said...

ASsalamualaikum Erna..
Sama-samalah kita yek ingat-mengingat..

sal said...

Betul-betul Erna..
Basahi lidah dengan berzikir..

sal said...

Assalamualaikum cikceriacorner..
ya-ya..terkadang kita teralpa..kita mengundur dan tersedar semula..

sal said...

cikceriacorner..syukran, moga bermanfaat

Ati Masrif said...

salam kenal sal,

TQ ziarah blog kita
memberi nasihat2 yg membina..
selalulah kunjung mengunjung

ati FLW sal!

sal said...

assalamualaikum ati,
tnk ati berziarah ke sini..

sal said...

ati
berukhuwah kita..moga bermanfaat

ibuintan said...

as salam sal,

salam ukhuwah... terima kasih saling ingat mengingatkan, kita sering terlalai

anie,Nagoya said...

sekom.

eh..kk Erna kat atas tu.kira kk Sal pangkat umur tinggi ya???kalo cam tu kita pggl kk Sal ya.salam kenal.ddk JB ya.Jb byk berubah ya.

sal said...

assalamualaikum ibuintan
sama-sama kita yek

sal said...

ibu intan..tu pun mengingatkan diriku juga dana rakan2..terkadang teralpa dengan keasyikan alam real dan alam maya

sal said...

assalamualaikum anie..
ya memang pangkat akak atau aunty

sal said...

anie..
JB memang mengalami perubahan yg pesat..dah jadi hutan bandar pulak..

Post a Comment