Wednesday, December 1, 2010

JANGAN PERSIA2KAN HARAPAN


Masa berlalu tersangat pantas. Kini, kita hampir menjengah ke tahun baru meninggalkan 2010 yg penuh dengan peristiwa pahit manis yang mungkin bersisa di lipatan kenangan..

Para ibubapa pula tentunya sibuk meninjau2 persiapan anak bagi sesi persekolahan tahun hadapan. Lebih berat tanggungannya , jika ibubapa mempunyai anak2 belajar di U , kolej, dll kerana  perhatian dalam aspek kewangan harus diutamakan sebagai persiapan  untuk  urusan2   2011.

 

Akan ada  kedengaran suara2 manja si anak seperti ini atau yang membawa maksud yg sama..

* "IBU, saya nak beli buku…"

* "Mama..nak beli barang yang ini, mustahak.."

* "Mak..beritahu ayah..ada keperluan, nak guna duit lebih…………"

Itulah antara kata2 ungkapan  untuk meraih simpati ..

 

Berkongsi cerita dengan kawan2 yg ada  anak2 di IPT , cerita mereka lebih kurang sama, lebih kurang sehala seperti itu..  kita sedar,  bahawa ibubapalah tempat mengadu, tempat merujuk.... 

 

Ibu bapa tentu  prihatin .

 

Walaupun anak2 dpt sumber kewangan dari  PTPTN, MARA atau lain2 agensi..tapi jika anak mengadu..tak sampai hati..tetap diusahakan, asalkan tuntuan itu relevan dgn  kemampuan semasa, permintaan  harus  disegera2kan.....

Ape perasaan  ibubapa...… 

Di hati mereka akan menyebut2  "Kesian anak-anak......."

Pernah sekali  ketika menghadiri  satu majlis jamuan di luar, terdengar suara seorang rakan setugas @ bapa tetiba terhenti untuk menyuap nasi ke mulutnya, spontan teringat si anak sambil berkata "anak aku ni, ntah apelah yg dia makan kat sana....".

 

Tersentuh.

Rakan2 lain nak ambik lauk pun..tetiba terbantut apabila si bapa menyebut2  anaknya  yang di kejauhan itu..

Padahal si anak mungkin makan lebih sedap dari si bapa ..mana tahu..

 

Bagi Ibubapa, apakah impiannya.... .(Bukan sahaja sempena di tahun baru, malah selamanya) 

 

Di hati ibubapa  hanya satu, tentu sekali  ingin melihat anak2 berjaya  menjadi insan berguna dan beriman..

 

Mereka rasa sangat bahagia, apabila melihat anak2 tersenyum lebar mengecapi kejayaan serta pandai berdikari ..

 

Dia tidak mintak balasan.

 

Jadi,  ingatlah anak2 ..

Apa sebenarnya matlamat kita hari ini dan seterusnya ..

 

Hargailah peluang yang ada  kerana ianya tak datang selalu. Kadangkala hadir hanya  sekali. Gunakan masa keemasan ini untuk mempersiapkan diri dengan pengetahuan  menjadi insan yg berguna untuk diri dan keluarga kalau boleh untuk masyarakat dan negara di masa hadapan....jangan persia2kan harapan org tua yang telah banyak berbakti ..…

 

No comments:

Post a Comment