Sedikit informasi tentang Ayatul kursi yg ibu baca, berguna utk pengetahuan & peringatan diriku,anak2 & dikongsikan kpd rakan2. Moga bermanfat..

Ayat Kursi terdapat di dalam surah Al-Baqarah ayat 255.

Penurunannya diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya.

Syaitan dan iblis juga menjadi gempar. Rasulullah saw telah memerintahkan Zaid bt Sabit menulis serta menyebarkannya.

Antara kebesarannya: Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas  bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah swt.

Mengikut keterangan dari kitab "Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah,dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.

Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya.
 
Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan. Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. 

Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar. 

Bacalah ayat Kursi Jika berpindah ke rumah baru  insya-Allah mudah-mudahan anda dan keluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin. 

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain. 

Info lain:
1.Air Wudhuk mengandungi rahsia untuk kesihatan. Ia memelihara deria dan pancaindera gelombang jarak jauh yang melalaikan. Air Wudhuk rahsia penyucian dan iman.

2.Ayat kursi mempunyai kelajuan gelombang yang menjadi benteng kepada unsur2 jahat (iblis).

3.sesungguhnya syaitan itu bergerak mengikut aliran darah di dalam jasad (Mutafaq 'Alaih).