Friday, December 17, 2010

Kek Pisang

Hidangan petang ni kek pisang. Pisang2 ni pemberian kawan, tak termakan. Jadi buat kek kemudian beri kek pd jiran2. 

Huhu..ada pinggan kosong jiran kat umah .takkan pulang kosong. Letaklah kek tuh. Minta tolong  anak bungsu buatkan. Adik memang suka bab masak memasak ..tapi kalau ada moodlah..

haaa ni dia yang tak berapa nak cantik..



Bahan2 yang digunakan simple dan mudah didapati
7 biji pisang
1 cawan minyak
2 sudu soda bikarbonat
5 biji telur ayam
2 cawan gula halus
3 cawan tepung gandum



CARA-CARA MEMBUAT..
1. Blander minyak , pisang dan soda bikarbonat  sehingga sebati .
2. Pukul gula dan telur
3. Masukkan pisang/minyak yg telah diblander 
4. Masukkan tepung gandum ke dalam adunan.
....................

resepi apam

Bahan-bahan ( 15-20 biji )

  • 3 biji telur-dari peti sejuk
  • 275 gm tepung gandum/tpg kek
  • 220 gm gula halus
  • 150gm susu segar/UHT
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovallete
  • Inti Kelapa:*
  • ==kelapa parut
  • ==gula merah
  • ==1 sudu teh tpg jagung-dibancuh dgn 1 sudu besar air
  • ==2 helai daun pandan-pintal
*Untuk inti saya takde kelapa so saya tukar ngan serikaya..huhu

Cara-cara

  1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk.
  2. Pukul dgn menggunakan mixer pada kelajuan maxima selama 6-8 min.
  3. bahagikan kepada beberapa mangkuk & titiskan pewarna mengikut citarasa.
  4. masukkan setiap warna ke dalam piping bag ( atau beg plastik yg bersih).
  5. Pipe kan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yg telah disusun didalam acuan. 
  6. masukkan inti
  7. Pipekan lagi adunan yg berlainan warna sehingga 3/4 penuh.
  8. Kukus didalam kukusan yg telah dipanaskan selama 10-15 min.


17 comments:

SUZIE APAI said...

salam singgah.....best pulok kek pisang itewww...bak mai le sini. Kita kt tmn daya je nih..ahaksss

ibuintan said...

nak jugak..

nba-Nur said...

Salam.. Wah sedapnya kek pisang tu kak.. Nak rasa sikit boleh? hehe..

Bintu Arifin said...

Salam.wbt

Umi sal..Teruja tgk kek itu.Moga boleh belajar dgn Umi.Insya-ALLAH=)

sal said...

assalamualaikum suzie..org JB rupanya..kita dekat je yek..

sal said...

suzie..nak kek pisang meh sini..memang tak abis pun..

sal said...

assalamualaikum ibuintan..ehhhh marilah sini, kita jamah bersama2, bukannya sedap pun, biasa2 jeeee

sal said...

ibuintan..mekasih menziarah kita..

sal said...

assalamualaikum Nur..meeh makan kek pisang ngan teh..jom

sal said...

nur...masa ni,bolehlah berblog2 lagi..kalau dah nek keja..bersawanglah blog yekkkk

sal said...

assalamualaikum Bintu..sejuknya perut panggil ummi..selalu2lah datang..

sal said...

bintu..penulisanmu kreatif..ummi sal suka baca..

anie,Nagoya said...

ada lagi?tgh lapo ni....

sal said...

assalamualaikum ANIE...
APA KHABAR ...NAK BAGI NIH..tapi jauhlah pulak..

Myaby said...

yg cupcake tu kek pisang gak ke?

gila comel ohhhhhh

Cik Ina minat Do do Cheng said...

Sedapnya kek pisang,akak ambil resepi ye.nanti nak cuba.

kakyong said...

salam singgah sini...

kakyong nak kidnap resepi ni yer... macam senang jer nak buat.... ;)

pisang tu boleh guna pisang apa2 jer ker.. bukan apa, beza juga kalo pisang mas dgn pisang berangan... 7 biji tu pisang apa yer... :p

http://www.kakyong.com/

Post a Comment