Sunday, December 19, 2010

selamat pagi

Assalamualaikum  
dan selamat pagi semua....

Mari kita memulakan hari ini dengan senyuman..

Bersyukur keHadrat Ilahi 
kerana masih diberi kita ruang untuk bernafas..
melihat anak2 kita ceria  satu kepuasan  dan nikmat
kemudian membesar di depan mata....


Sebagai ibu , moga kita semua 
kuat menghadapi cabaran 
dan dugaan yang akan ditempuh..

Mohon agar Dia sentiasa bersama kita 
untuk mengharungi hari2 mendatang..
agar ruang  yang sempit jadi luas,
yg susah jadi senang.. 

Mohon juga agar
kita mendapat  kekuatan  yang berterusan
DariNya. Ameen


p/s: Sesekali  si ibu terpandang akan wajah dan mata anak2nya  yang berkaca-kaca ...kadangkala tersenyum, kadangkala sinis.kadangkala bersedih....Dia mengerti akan reaksi tersebut...lalu si ibu  tiba2 terkesan  akan sentuhannya  itu....

Dalam situasi yg berbeza , si ibu  mengalihkan pandangan di halaman rumah pula , membiarkan anak2nya  yang ingusan itu  bermain2 di halaman rumah dengan riangnya....

Apabila si ibu  telah letih  menunggu,  dia  memanggil  dan memimpin  tangan anak2nya itu untuk pulang  supaya  dapat bermain di dalam rumah .Lebih selamat.....

Sudah lama bermain, si  ibu mengajarkan hikmah..'ya anak2ku apabila kamu telah benar2 dewasa dan pandai berfikir sendiri maka sudah tiba masanya kamu berdikari .  Ibu  tidak perlu bersusah payah  memimpin tangan kamu lagi  kerana kau sudah cukup dewasa dan mengerti  akan kehidupan ini' .Nasihat  dan ingatan si ibu..

18 comments:

n.hasleena said...

Salam Sal...
Hati seorang ibu tidak pernah lepas dari mendoakan anak2 kan...sentiasa di hati kecil berkata-kata agar anak2 kita berjaya dalam hidup dunia dan akhirat serta menjadi anak yang soleh dan solehah. Aminnn...

♥ manje ♥ said...

salam ziarah

anak itu amanah dari Tuhan buat kita
moga kita dpt buat yg terbaik utk mereka (^_^) ~

sal said...

assalamualaikum N.Hasleena..
benar..sentiasa mendoakan kesejahteraan anak di dunia dan akhirat..moga sentiasa berada di jalan lurus yang DIA redhai

sal said...

hasleena..memang benar...anak2 sentiasa berada di hati kita..susah dia, payah jugak kita..

sal said...

assalamualaikum manja..selamat dtg ke blog kak sal. moga bermanfaat

sal said...

manja..betul-betul..anak2 adalah amanah Allah yang perlu dijaga dgn sempurna.Moga amanah itu dapat diuruskan dengan baik.Ameen

..:: k i n a k O y u @ m a m a ' a D a m ' ::.. said...

sOb..sOb..sOb..tetiba rasa sedih pulak!

kina sedih apabila anak kina dah besar nanti kina akan rindu zaman kecilnya. bila kecik² nie kita tatang dia..esOk besar adakah anak² akan tantang kita? urrrmmmm.....

maiyah said...

waalaikumsalam..
kalo akak, yg dekat si Ayu je, adiknya tnggl ngan mak sedaranya tp slalu gak dtg rmh.. xkan lekang doa buat kesejahteraan mrk..

kakpah said...

salam sal,
bila anak-anak masih kecil, ibu memimpin tangan kecil si anak..
bila anak-anak sudah besar, anak memimpin tangan siibu pula.
begitulah kakpah apabila hendak menyeberang jalan sekarang ini sekiranya bersama anak.. hehe..

sal said...

assalamualaikum kina..
haha..kecil2, kita tatang dia macam minyak penuh..
sayang dia..kita manjakan dia..

sal said...

kina..bila dah besar skit dah pandai cakap..
bila dia dah berusia skit, kena tinggallah kita..sabo jee

sal said...

assalamualaikum Maiyah..begitulah kasih ibu yek, tak pernah lekang ingatan sayang tu di hati kita, walaupun berjauhan..

sal said...

MAYIAH..moga anak-anak berada dlm sihat sejahtera dan dlm perlindungan Allah jua hendaknya.Ameen

sal said...

Assalamualaikum Pah..bertuah ibu. Anak sedia menghulurkan tngn untuk memimpin tgn ibu..syukran

sal said...

Pah..moga kasih sayang itu akan sentiasa beterusan & berkekalan dan tidak mudah luntur..walaupun ditelan usia..

kak Erna said...

salam sal.begitulah pusingan hidup kita kan..

sal said...

assalamualaikum erna..
Ya pusingan hidup..
yang kecik jadi besar..
Yang besar jadi dewasa..
Yang dewasa jadi tua..
Yang tua janganlah nyanyok hendaknya..

sal said...

erna..
berdoa moga sentiasa sihat sejahtera, dilimpahkan rahmat dan hidayah dariNya..Ameen

Post a Comment