Saturday, December 11, 2010

semalam

Bismillahirahmanirahim..
Hari tuh dapat SMS daripada rakan..Dia suruh melawat ke Hospital Sultanah Aminah di wad barat 1. Pada masa tu,sebuk sendiri. tak reply..walaupun hati tertanya2 dan suspen apa yang terjadi nih.. 

Jadi pagi semalam,sempat buat beberapa lawatan...

Seawal jam 9.00 pagi aku gi medical check up, ada apoinment dengan doktor  di medical centre. Selesai urusan kul 11.30 pagi .wah, lamanya.

Kemudian aku beralih arah ke Majlis kenduri kahwin anak kawan hubby. Tak baik kan kalau tak pergi..walau agak jauh, berpusing2 tetap cari umahnya..

Selepas kenduri, kami merancang terus ke hospital..kebetulan waktu melawat..

Aduh..ramainya yang hendak  tengok kawan nih di wad ICU  ...

Excited dan cemas..

Dulu, masa jumpa dia, dia segar bugar dan ceria ..

Tak tahu dia tetiba sakit, terperanjat.. ..

Kawan nih satu tempat kerja beberapa tahun dulu..

Selepas beberapa minit menunggu, aku pun masuk dengan seorang kakak berkongsi  satu pas. Nurse letih juga tengok ..tapi pengawal keselamatan  tuh cakap semalam ada hamba Allah yang tak dapat melawat kawan nih kerana masa dah time...cian..hari ni rebut2 dan tunggu giliran..

Aku perlahan2 masuk dan melihat..

Mulutku terlopong..betulkah ini kawan yang kukenal beberapa tahun dulu.. aku terpinga2 sekejab...

insaf..wayar2 n tiup memenuhi badan..

Aduh !!!! air mata aku dah berderai...terharu apabila terpandang wajahnya... insaf...

ingat  dulu..Aku pernah  meminta pertolongan . Dia sangat baik..

kulihat Anak beliau di sisi sedang tekun membaca yassin..

Aku peluk familynya..'bersabarlah' kataku. Hanya itu yang terucap dari mulutku..

Hanya 10 minit aku masuk, kemudian keluar untuk memberi laluan kepada ramai lagi saudara mara dan rakan2 lain yang sedang menunggu untuk mengunjunginya..

"Kenapa dia masuk hospital."...di luar aku bertanya rakan2 lain..

"Dia baru balik kursus ..badan rasa berat..demam tapi tak gi check doktor..
sehinggalah..tetiba dia terjatuh, pengsan..anaknya hantar ke hospital dan terus koma" rakan di luar memberitahu..

Anaknya suspek denggi..

Doktor belum habis buat treatment..tapi suspeck virus tikus..

masa-Allah..

Peringatan diriku dan rakan2: Kalau demam2  tu, rasa tak kebah pergilah klinik yek..janganlah terlalu memikirkan keja-keja-keja atau tak berkisah sampai lupa untuk kebajikan diri sendiri. Sebab manalah  tahu penyakit itu memudaratkan seperti demam  virus merbahaya  yang boleh memudaratkan  fungsi organ2 dalaman badan...

Kupanjatkan doa moga rakan ini cepat sembuh..
Ya Allah lindungi rakan ini....

8 comments:

Maiyah said...

sy doakan insan tu sembuh kembali..

nba-Nur said...

Salam.. Apa khabar kak Sal? Sekarang ni macam2 penyakit ada.. Itu yg kena cepat jumpa doktor, takut melarat. Semoga rakan Kak Sal cepat sembuh..

sal said...

as-salam maiyah..sama-samalah kita berdoa..

sal said...

maiyah..camna driving...dah ok..moga berjaya

sal said...

assalamualaikum Nur..kadangkala perkara yang tidak disangka2 terjadi ..moga dijauhkan dan mohon perlindungan dariNya..

sal said...

Nur..bagaimana dengan percutian musim ini..harap ceria2 dan menggembirakan, lebih2 lagi melakukan aktiviti bersama keluarga yang tersayang

nana said...

Takut jugak kalau difikirkan, kan Cik Sal... sebab kalau rasa sakit pening digagah juga ke tempat kerja, keluarga tetap dilayan kehendak sebaik mungkin...
sebab kadang-kadang memang boleh lupa, mana tahu ada sakit lain... bukan sakit pening yang biasa....

sal said...

tulah nana...kadang2 susah kerana rupanya ada sakit sampingan mybbkan urat2 tegang dan demam..gi doktor pun bukan check abis..kalau dah serius baru tau

Post a Comment