Assalamualaikum
dan selamat pagi semua....
Mari kita memulakan hari ini dengan senyuman..
Bersyukur keHadrat Ilahi
kerana masih diberi kita ruang untuk bernafas..
melihat anak2 kita ceria satu kepuasan dan nikmat
kemudian membesar di depan mata....
Sebagai ibu , moga kita semua
kuat menghadapi cabaran
dan dugaan yang akan ditempuh..
Mohon agar Dia sentiasa bersama kita
untuk mengharungi hari2 mendatang..
agar ruang yang sempit jadi luas,
yg susah jadi senang..
Mohon juga agar
kita mendapat kekuatan yang berterusan
DariNya. Ameen
p/s: Sesekali si ibu terpandang akan wajah dan mata anak2nya yang berkaca-kaca ...kadangkala tersenyum, kadangkala sinis.kadangkala bersedih....Dia mengerti akan reaksi tersebut...lalu si ibu tiba2 terkesan akan sentuhannya itu....
Dalam situasi yg berbeza , si ibu mengalihkan pandangan di halaman rumah pula , membiarkan anak2nya yang ingusan itu bermain2 di halaman rumah dengan riangnya....
Apabila si ibu telah letih menunggu, dia memanggil dan memimpin tangan anak2nya itu untuk pulang supaya dapat bermain di dalam rumah .Lebih selamat.....
Sudah lama bermain, si ibu mengajarkan hikmah..'ya anak2ku apabila kamu telah benar2 dewasa dan pandai berfikir sendiri maka sudah tiba masanya kamu berdikari . Ibu tidak perlu bersusah payah memimpin tangan kamu lagi kerana kau sudah cukup dewasa dan mengerti akan kehidupan ini' .Nasihat dan ingatan si ibu..
18 comments:
Salam Sal...
Hati seorang ibu tidak pernah lepas dari mendoakan anak2 kan...sentiasa di hati kecil berkata-kata agar anak2 kita berjaya dalam hidup dunia dan akhirat serta menjadi anak yang soleh dan solehah. Aminnn...
salam ziarah
anak itu amanah dari Tuhan buat kita
moga kita dpt buat yg terbaik utk mereka (^_^) ~
assalamualaikum N.Hasleena..
benar..sentiasa mendoakan kesejahteraan anak di dunia dan akhirat..moga sentiasa berada di jalan lurus yang DIA redhai
hasleena..memang benar...anak2 sentiasa berada di hati kita..susah dia, payah jugak kita..
assalamualaikum manja..selamat dtg ke blog kak sal. moga bermanfaat
manja..betul-betul..anak2 adalah amanah Allah yang perlu dijaga dgn sempurna.Moga amanah itu dapat diuruskan dengan baik.Ameen
sOb..sOb..sOb..tetiba rasa sedih pulak!
kina sedih apabila anak kina dah besar nanti kina akan rindu zaman kecilnya. bila kecik² nie kita tatang dia..esOk besar adakah anak² akan tantang kita? urrrmmmm.....
waalaikumsalam..
kalo akak, yg dekat si Ayu je, adiknya tnggl ngan mak sedaranya tp slalu gak dtg rmh.. xkan lekang doa buat kesejahteraan mrk..
salam sal,
bila anak-anak masih kecil, ibu memimpin tangan kecil si anak..
bila anak-anak sudah besar, anak memimpin tangan siibu pula.
begitulah kakpah apabila hendak menyeberang jalan sekarang ini sekiranya bersama anak.. hehe..
assalamualaikum kina..
haha..kecil2, kita tatang dia macam minyak penuh..
sayang dia..kita manjakan dia..
kina..bila dah besar skit dah pandai cakap..
bila dia dah berusia skit, kena tinggallah kita..sabo jee
assalamualaikum Maiyah..begitulah kasih ibu yek, tak pernah lekang ingatan sayang tu di hati kita, walaupun berjauhan..
MAYIAH..moga anak-anak berada dlm sihat sejahtera dan dlm perlindungan Allah jua hendaknya.Ameen
Assalamualaikum Pah..bertuah ibu. Anak sedia menghulurkan tngn untuk memimpin tgn ibu..syukran
Pah..moga kasih sayang itu akan sentiasa beterusan & berkekalan dan tidak mudah luntur..walaupun ditelan usia..
salam sal.begitulah pusingan hidup kita kan..
assalamualaikum erna..
Ya pusingan hidup..
yang kecik jadi besar..
Yang besar jadi dewasa..
Yang dewasa jadi tua..
Yang tua janganlah nyanyok hendaknya..
erna..
berdoa moga sentiasa sihat sejahtera, dilimpahkan rahmat dan hidayah dariNya..Ameen
Post a Comment