Assalamualaikum..
Melihat syaratnya.... mesti buat berdua2an iaitu ibu dan anak yang umur di bawah 12 tahun...Saya dah hilang kelayakan kerana membawa anak yang 18 tahun ...Si anak tersenyum, nak kecilkan badan pun memang dah tak boleh....
Kemudian di sebelahnya pula ada galeri seni ..dapat menyaksikan seorang ibu berpurdah sedang tekun menemankan anaknya melakar fotonya.....walaupun wajah ibunya kurang jelas..namun foto hitam putih yang dihasilkannya cantik..
Itulah antara cara sesekali kita bermesra dengan ibu..meluangkan masa bersama-sama ..untuk meningkatkan keakraban....berukhuwah dengan ibubapa...
Beruntung kita yang masih mempunyai ayah dan ibu....susah senang dapat bersama..
Imam Bukhari meriwayatkan sebuah kisah daripada Said bin Abi Burdah, mengenai seorang lelaki Yaman yang bertawaf sambil mendokong ibunya. Sesudah tawaf beliau bertanya kepada Ibnu Umar 'Adakah dengan khidmat dan pengorbananku ini telah membalas jasa bakti ibuku?
Jawapan Ibnu Umar .Tidak, apa yang dilakukan tadi tidak dapat lagi menebus jasa ibumu ..
Ini menunjukkkan betapa tinggi jasa dan pengorbanan ....memelihara dan melindungi ..Betapa mulianya Ibubapa di sisi kita...
..'Dan kami perintahkan kepada manusia (supaya berbuat baik) kepada kedua orang tuanya, ibunya telah mengandungkan dengan keadaan lemah yang bertambah-tambah dan menyusukannya selama dua tahun, bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua orang tuamu, hanya kepada Aku kembalimu' Surah Lukman, ayat 14.
Bagi Individu yang telah kehilangan ibubapa...seperti saya, hanya doa-doa dan ayat-ayat suci yang sering dihadiahkan..selagi hayat dikandung badan, walau dimamah usia... tak akan dilupakan untuk membaca AQ dan berdoa untuknya......itulah tanda ingatan dan kasih sayang si anak yang berkekalan sehingga ke akhir hayat ....
13 comments:
salam kak sal,
kasih ibu terhadap anak takkan sama kasih anak kepada ibu ... lihat saja kita dengan ibu dan anak2 kita ... semoga kita berjaya menjadi anak solehah kepada ibu bapa kita dan mendidik anak2 kita menjadi anak soleh/solehah pula ...
Betul kepada yg masih punya ibu gunakan peluang utk mengasihinya. Buat kami yg telah tiada ibu kasih kami titip melalu doa-doa setiap waktu...
bagi yang dah kehilangan orang tua..hanya doa yang mampu dititipkan...
alhamdulillah setakat ni munna masih ada ibu di sisi....
Sekarang ni macam cara dan program dibuat untuk menguatkan ikatan kasih sayang anak dan emak.
SZ..InsyaAllah..itulah yang diharapkan..
Kakzakie...betul, hanya doa yang dititipkan selalu untuknya..moga rohnya dicucui rahmat
farina.. ye dipohonkan doa...untuk individu yang masih ada ibubapanya pula, luangkanlah masa sedikit bersamanya..supaya org tuanya dapat merasa bahagia dan dihargai selalu
muna..alhamdulillah, syukran..moga sihat selalu
kunang-kunang..memang benar..bnyk program2 ibubapa dan anak yang dirancang..sama bercorak santai atau islamik..semuanya baik untuk menjalin ukhuwah..
Assalamualaikum Sal,
Baik sangat depa buat macam tu kan supaya perhubungan anak dan ibu akan menjadi lebih erat lagi kan Sal....
Assalamualaikum Sal,
Saya tak pandai langsung nak menghias kek.. Masak tu boleh la sikit2..
Hidup ni hanya sementara, sorang Demi sorang Akan pergi, termasuk diri kita, yang tinggal hanya kenangan Dan doa untuk yang tersayang.
Mak abah akak pun dah lama takde :)
Al-fatihah pd semua ibubapa kita yg telah meninggal n juga yg masih hidup. Smoga mrk dlm keampunan Allah SWT dunia akhirat.
Post a Comment