Monday, May 21, 2012

Bulan Rejab..

Assalamualaikum..
Bunga-bunga berkembangan di teratak salsuria...
menandakan keceriaan untuk menyambut bulan Rejab yg penuh keberkatan..

Cepat masa berlalu..
Cepat pula kaki melangkah...
Langkahan kaki kini telah  sampai  ke bulan yang penuh rahmat....
Moga Allah dorongkan untuk menambah amalan....InsyaAllah.

Hari Selasa bermulanya 1 Rejab....
Jadi  Hari Isnin malamnya adalah malam 1 Rejab........

Rejab bermaksud ta'azim (kebesaran, keagungan, kemuliaan) kerana Allah SWT melimpahkan rahmat-Nya, Kemurahan-Nya kepada seluruh hamba-Nya yang beriman..

Imam Syafiie rahimahullah berkata, ada 5 malam dalam setahun, Allah SWT bukakan pintu langit, salah satunya adalah malam 1 Rejab..

Justeru,  pada malam 1 Rejab pelbanyakkan doa mudah-mudahan Allah ampunkan dosa, memakbulkan doa kita. Antara lain yang  boleh lakukan dalam bulan Rejab ialah banyakkan istighfar, minta ampun daripada
Allah SWT...



9 comments:

ainnoraini said...

terima kaksal..
kita kene banyakkan beramal pada bulan rejab ni..

Pn Kartini said...

Assalamualaikum my lovely Kak Sal:)

Tksh utk ilmu dan peringatan ..
Moga mendapat manfaat bersama..:)InsyaAllah

MulutPayau said...

Assalamualaikum kak sal...

Terima kasih atas perkongsian...sama2lah kita beramal...

Ibuhani said...

Smoga kita dipermudhkn utk beramal di bulan rejab hingga ke ramadhan.....insyaallah!

Nur-nba said...

Terima kasih Kak Sal atas ingatan..

Acik Erna said...

assalam sal..insyaallah semoga semua amalan kita diterima allah s.w.t.

Kakzakie said...

Bersama kita manfaatkan bulan baik ini..
Sekejap je dah nak habis setahun... tahu-tahu selepas raya org nak pergi haji lagi kan...

Bintu Qawaid said...

salam rejab kak sal.rindu kat akak

munna said...

salam rejab....baru 2 hari mula puasa

Post a Comment