Sunday, May 6, 2012

Pagi Ahad...

Assalamualaikum..
Pada pagi  Hari Ahad yang ceria.....
anak mengingatkan akan jemputan kahwin di rumah kawannya... 
dan ajak kami pergi sama-sama..
Memang jauh sikit..tapi memikirkan  anak akan drive  sorang-sorang ..
terasa sedikit bimbang ,
maka kami pun pergilah teman2kan..
jadi body guard pun bolehlah jugak....
Semasa bertolak ke sana, cuaca mendung .. 
sejuk sikit tak berbahang..
di pertengahan jalan..hujan mula-mula rintik-rintik.. 
lama-lama menderu-deru dan mencurah-curah...
persekitaran mula gelap sebentar...

 meneruskan perjalanan melalui jalan yg agak sempit..
tetiba2  ikut belakang lori...
lori tu melanggar lopak yang berair..tak dapat nak elak..
airnya yang banyak tu menyembur  cermin hadapan kereta kami...
bagaikan hilang kawalan sekejab....masyaAllah...
 Akhirnya sampai juga di majlis kenduri....
semasa balik dapat  berkat ....
 .Nasi baryani dan ayam pun ada......
 Bekas telur bentuk sarang burung
 Surah yasin di dalam beg
Selain yasin, bekas putih ni  pun dimasukkan dalam beg berkat....

kepada tuan rumah dan anak2nya yang menyumbangkan berkat ni
terima kasih banyak2....

Tak lama lagi cuti sekolah bermula.... 
saya dah dpt 3 kad jemputan kahwin semuanya di kampung...
kalau tiada keuzuran,..InsyaAllah dapatlah pergi kenduri tu
lagipun majlis kahwin tersebut adalah  saudara mara yg agak rapat..

15 comments:

mak encik | SZ said...

salam kak sal,
mmg meriah klu pergi jemputan kawen belah johor...
mmg penuh "berkat"!

mamawana said...

alhamdulillah semoga ukhwah bertaut melalui rakan anak2 yg terjalin utuh. Mama baru balik kenduri kawin sabtu 5 Mei semalam.

sekadar satu coretan said...

Saya pun ada dpt beberapa jemputan kenduri kawin sempena cuti sekolah ni...

kasihredha said...

berkat tu maksudnya gift ye

sal said...

Assalamualaikum..
ye... berkatnya meriah..

sal said...

Assalamualaikum sz..kalau johor..tempat lain pun kot..klu balik drp kenduri ada je berkat..

sal said...

Assalamualaikum mamawana..
sekarang ni, dekat cuti dah mula menerima jmputan majlis kenduri kawin

sal said...

Assalamualaikum Ain..
samalah kita yeek..semua saudara terdekat..

sal said...

Assalamualaikum Kasihredha..
yee..berkat tu gift..
mungkin dlm bhs jawa..tapi istilah tu dah selalu digunakan di johor..

Acik Erna said...

assalam sal..nasib baik jugak sal tak lepaskan anak pi sorang kan..kalau tidak mesti bimbang dihati.
cantiknya bekas putih berkatnya tu sal..
belum cuti sekolah pun dah berderet jemputan sal..ada yang sama sehari dan berlainan tempat..tak tau lah macam mana nak pergi nanti.

sal said...

Assalamualaikum Erna..
saya pun ada jemputan yg serentak pd tarikh yg sama..saudara dekat pula dan jaraknya jauh-jauh..
jadi satu majlis pergi pagi yg satu lagi pergi petang..InsyaAllah..

Kakzakie Purvit said...

Kakak rasa semalam memang banyak kerja kawin. Sepanjang perjalanan balik dari Muar ke JB kakak terjumpa lebih dari 4 majlis. Tapi kakak tak adalah pergi kerana jenguk keluarga di hospital...

Cantik-cantik sekarang souvenir diberi pihak pengantin kan..

ieja amieja said...

salam kak sal..
sy minggu ni dah dpt 4 kad jemputan kawen kak..tu lum lg yg kat kg..weekend nnt br tgk kad2 yg ada kat kg plk..nak cuti sekul ni mmg berlumba2 org buat majlis..

sal said...

Assalamualaikum kakzakie dan ieja....
ya memang dah bermula kenduri kendara..maklumlah cuti dua minggu..masa panjang sedikit..

Liza Razak said...

bulan ni memang byk kenduri kendara.hampir tiap2 minggu..bekas putih tuh cantik la..suka tgk

Post a Comment