Ada satu ketenangan dan kedamaian apabila terlihat kehijauan dedaun bunga..
Barangkali rakan2 pun seperti saya sukakan pokok bunga..
Saya letakkan dua pokok bunga ini di rumah. Seronoknya apabila pergi ke dapur tentu mata akan mencuri pandang pada dia... kemudian apabila berkesempatan singgah sekejab utk pegang dan belek2, siram….emmm..terasa tenanglah....
Sebenarnya menanam pokok bunga ni pun perlukan bakat dan kebolehan, tapi saya memang tidak berbakat..seringkali pokok bunga ini kelayuan. Lepas tu dia mati ...... dulu semai pokok lada , dia mati.. semai pokok sawi dia lagi tak menjadi..kata anak2 , ibu ni hangat2 tahi ayam..tangan keras kot..
Tengok pokok puding ni
Saya beli dari nusery..
dia dah merajuk ..
Dah jirus.... dah baja tapi tetap nak layu-layu...
Layu di tasik madu gamaknya ..huhu , apa lagi yg tak cukup ni.......
Sesekali jealous juga tengok jiran..pokok sayurnya subur..saya intai untuk mendalami ilmunya.. rupa2nya dia timba air longkang yang…..... lalu dijirus pada pokok sayur itu ..
itulah pasal, pokok sayur makcik Cin tu sihat walafiat…
Sebenarnya start minat pada pokok bunga baru jee...
Suatu ketika dulu ada gotong royong di tempat kerja....kawan2 ajak tanam pokok bunga sama2 ....
Bermulalah misi rajin lalu teringin untuk memilikinya ..… rupanya menanam ni ada seninya yee..bukan hentam keromo jeee.. ..
First, berusaha untuk mendapatkan pokok yg kecil2 dulu..
pokok kenit ni pun dah cukup bermakna buat permulaan penggal pertama bgi insan seperti kita ni....huhu
Yang ini dah bertahan beberapa bulan..
Nama saintifiknya plant scindapsus aureus
Kita menjaganya sejak dia kecil lagi..
Kini dia dah besar sikit
Beli kat ikea….
Berkongsi ilmu dengan kakak cleaner..
Mencadangkan supaya menyiram pokok bunga dgn air teh dan air beras...
Setelah mempraktikkannya, nampak berhasil.. pokok beransur-ansur subur dan bertambah hijau..alhamdulillah …
31 comments:
Pokok pun pandai nak minum teh, ya Sal? :)
apa kata siram guna air bilis, air basuh ikanudang dan sotong tak lupa hancurkan kulit telur dan tabur di tanaman juga
Kak Cik..
huhu..ingatkan manusia je suka teh..
pokok pun sama yee
Sayang-sayang IBU..
oh begitu..
terima kasih kerana berkongsi ilmu menjaga pokok bunga..
pokok dalam bilik air
saje yang subur
kat tempat lain dlm rmh
semua kiyok...
ATI..
huhu..bunga pun nak perhatian yee..
kalau kita sibuk sendiri..dia pun merajuk dan nak kiyok..
mama saya mmg pandai tanam pokok bunga.Saya tengok dia cucuk sana,cucuk sini kat tanah then xlama balik umah tengok dah gemuk pokok tu.haritu balik tengok timun, lada semua pakat tumbuh..tanya"mama tanam ka?" taklah mama buang biji tu kat atas tanah ja..tetiba rasa kagum..then fikir balik..Allah yang tumbuhkan pokok2x tu.heee..
kak sal: saya punya tangan lagi jenis panas..sentuh pokok bunga je..tak lama matilah bunga tu..so mama pesan..ha tengok je..jgn sentuh.
Tukang taip..
berkat mamanya jaga pokok bunga tuh, dia tumbuh dan hidup subur..rezki..
kat kg2...pokok tu banyak tumbuh menjalar...
nak tanam bunga...perlu ada minat..perlu ada perasaan sayang pd pokok,perlu ikhlas.....baru menjadi..
Kamsiah..
ada banyak petua rupanya ye..
yg xde pengalaman tnm pokok bunga, kena hadir tutorial tanam-menanam ngan makcik2 yg lebih berpengalamanlah gamaknya, baru confident...
Assalamulaikum Sal,
makcik pun minat pokok-pokok hijau ni, sejuk mata memandang.Sal, memang betul petua tu, siram ngan air basuhan beras. lagi satu nak menghijaukan daun tu, jangan letak direct kena pancaran cahaya matahari.
Cik Ina..
oh begitu yee
cahaya matahari penting..tpi jgan kena pancaran tepat ye..sipi2 jee..
tulah dh berusia ni baru sukakannya..
dulu tak mengisah pun..
Assalamualaikum my dear sis:)
er..er..orang cakap 'tangan panas' bila tanam pokok tak hidup...tanam pe pun tak menjadi..!
ermmmmm...rasanya tini jenis tangan panas lahh kut..heheheh...asyikk tak lama jekk idupnya pokok tuu..huhuhu
Sallam,
Memang tengok rumah yang dikelilingi bunga rasa tenang je hati, apa lagi kalau ada tanam sayur
sekali, boleh jimat belanja.
sal..akak suka tengok bunga tapi tak de tanam,,
tapi akak tanam yang penting2 je..serai,daun pandan..lengkuas,pokok kari dan inai..sebab akak suka berinai.
yang lain2 tu tak tanam sebab kawasan terhad..tak de tempat nak tanam..
assalamualaikum Sal,
air basuhan beras, ikan, daging memang amat elok disiram pada tanaman... saya praktikkan pada setiap pokok bunga memang hidup subur
Lipislady..
memang suka tengok rumah yg bnyk pokok bunga , meriah..n klu dpt tanam sayur lagi best yee, tapi belum menjadi pula..
kak ERNA..
Rumah kita tinggi dan kena turun tangga dapur..itupn satu sebab kenapa tak tanam pokok2 sayur asas...
Mula sikit-sikit dulu....
mmg betullah kalu nengok pokok bunga jiran segar bugar..yg sy ni pun teringin gak mcm tu tp balik umah sendiri pun hjg mggu je..abis tu camno?
cklah
mulakan hobi.
n belajar start dri bawah..
anitaare
xpe..
ada masa nanti bole lakukan..
suke tgk pokok tu..segar dan menghijau..geramnye..hehhe
mmmm No punya kebun dh naik rumput dh..bila entah senang2 nak cabut huhu...lagi satu kan kakSal..No blender perut ikan pastu tambah air dan siram pd pokok..ikut la klo 1perut je pun ok setiap hari..insyALLAH pokok akan segar
assalamualaikum
kita pun skrg suka sgt tanam pokok bunga...
mula2 dulu mmg asik mati jek... =) ~
Salam Sal..
Wah, rajin Sal ya.. saya pun minat gak bertanam-tanam ni. Kawan dulu ada syorkan baja untuk tanaman berdaun elok pakai baja 45 @ 15:15:15
kat rumah tu..en somi mmg rajin tanam pokok bunga ni...
kalau saye ni...kurengg sikit...tak tau la knp boleh jd mcm ni...kadang2 tu tolong lajugak en somi siram pokok2 dia tu..
kat dalam rumah saya tak boleh tanam bunga, sebab sebelah siang rumah tertutup je, tak de org. Tak cukup cahaya matahari...:)
salam kak sal..saya pun sama..jenis tangan panas..tanam apapu jarang nak hidup huhu
cikgu tie suka tanam pokok bunga kertas ajerr....senang nak jaga.bila tiba musim timur,bunganya nampak cantik sangat.
salam kak sal..baca entry menarik ni :)
Post a Comment