Kalau kita meluangkan masa untuk merenung ..
Tentang erti sebuah kehidupan ..
Sinonimnya diri kita dengan pelbagai ujian..
walaupun ada ketikanya
dirasakan agak letih untuk ditelan..
Tapi Kita percaya ye anak2…
Bahawa semua itu ada hikmahnya..
Yg nyata dan terselindung..
Yg terbuka dan tersembunyi..
Sayang..
Memang kadangkala minda kita tidak mampu
untuk mentafsirkan
sesuatu fenomena yg dialami ..
Mungkin esok lusa
Baru kita diberikan kemampuan untuk menterjemah
disebalik rahsia Allah itu....
Anak2…Kita sebenarnya
diberikan keupayaan untuk melangkah
dengan pertolonganNya
dengan roh yang dipinjamkan dariNYA ..
Justeru, percayalah sayang..
apa2pun yg kita peroleh...
menyimpulkan satu pengertian tersendiri..
mempunyai suatu rahmat tersembunyi..
merupakan hadiah yg terbaik untuk diri kita ini..…
“Wahai orang yang beriman, bersabarlah kamu serta kuatkan pertahanan dan bertakwalah kepada ALLAH semoga kamu beroleh kejayaan.’’ (SURAH ALI-Imran ayat 200)
No comments:
Post a Comment