Hari tu, terbaca cerita SANTAU di blog Pn ATI..
Sememangnya cerita itu sungguh menarik untuk dikongsikan....
Walaupun ilmu itu sangat asing bagi kita yee..
Mungkin cara didikan emak dan ayah lebih mengutamakan nilai2 murni seperti bersifat pemaaf, kasih sayang, prihatin dan mengutamakan Iman . Oleh sebab itu, kita tak kisah dan tak ambil pusing pun tentang bab2 tersebut lebih-lebih lagi ilmu ini sangat bertentangan dengan ajaran Islam
Walaupun begitu, kita tahu bahawa ilmu ini berada dalam budaya masyarakat tradisi Melayu, pernah pula dipaparkan melalui tv ....Jadi , lebih baik ambil tahu drp tak tahu langsung. Peka dan berhati2 walaupun kita tak ada musuh....
Sedikit info mengenainya yg ingin dikongsikan melalui pencarian di internet tadi..
1. Pengamal santau akan mencuba2 juga ilmu santau ini di tempat2 terbuka spt kedai makan krn klu tidak menurut ceritanya boleh memakan tuannya sendiri..
2. berhati2 ketika makan di tempat2 awam ..
3. Kadang2 org baik2 pun kena juga walau tak de musuh kerana boleh jadi terkena di tempat2 awam atau dlm majlis kenduri kahwin...nauzubillah..
Santau angin dihantar dengan punca angin yang berbisa ke dalam tubuh manusia melalui pembuluh darah terus meresapi keseluruh urat saraf. Manakala santau makanan pula diletakkan sesuatu barang yang merbahaya di dalam makanan seperti miang buluh,serbuk kaca atau sebagainya.
Santau boleh diubati dengan sepenuhnya melalui bacaan2 ayat khusus al-quran dan hadis.
Santau juga boleh diubati dengan minum air kelapa, dengan syarat tawakkal tu AlaALLAH.. dan berdoa kpdNya..
Selain air kelapa yg bertindak sebagai penawar racun dalam badan, ada pengamal perubatan Islam memberitahu supaya minum Air Yassin (dari masjid) ditambahkan bacaan surah Jin 1-4 (21x), juga ayat Ibrahim 52 (21x). Air itu dibuat teh-o limau nipis (1/2 biji satu gelas)
InsyALLAH, biasanya akan muntah dan akan kurang kesan santau tu...
Sblm keluar rumah kita membaca:Bismillahillazi la Yadhurru Ma'asmihi Syaiun Fil Ardhi
Wala Fi-SSama-i wahua SSami-ul-Alim.
Nak elak santau :
1. amalkan ayatul kursi.
2. tiga kul
3. solat jangan tinggal..
4. jgn makan di tempat yg terbuka dan ramai..contohnya..di pudu..
Antara tanda2 nya..
Minuman kita..panas bhg atas, sejuk cam ais di bhg bawah ..
Penyakit Santau juga :
1-Melalui minuman(minuman panas sahaja) .
2-Melalui angin- dituju dari jauh menggunakan nama atau pakaian tuan tubuh .
Hadis nabi ada meriwayat....
Antara maksudnya..
barang siapa yg mengamalkan makan kurma nabi (ajwa) sebanyak 7 biji untuk 7 hari maka dia akan terlepas dari perbuatan sihir....
P/S : Memohon pada Allah moga dijauhkan daripada musibah...Ameen..
12 comments:
nauzubillah...semoga Allah melindungi kita semua.
Ngeri apb. membaca cerita2 trsb melalui media yee ..
memng ada... arwah mak saya dulu dulu pun terkena santau, bertahun2 menderita batuk berdarah
terima kasih akak utk info ni..
moga kite semua dijauhi dr santau..:)
Assalamualaikum kak..:)
tksh utk info berguna..
Nau'zubillah...mohon kita semua dijauhi dari segala kejahatan ini....
alhamdulillah..terima kasih atas info ni..
betul kakSal..kwn No ada terkena masa dia makan kat kedai masakan panas..p berubat upanya dalam masakan tu diletakkan abu mayat untuk pelaris huhuhu...
assalammualaikum k sal,
dulu pernah berkawan dgn org kena santau..kesian muntah keluar macam2 kacalah,jarumlah..ee mmg ngeri..tp alhamdulillah sekrg dh sihat..mengamal perubatan islam
terimakasih atas doa yang diberi
IBUINTAN..
Waktu itu tentu ibuintan rasa sedih tapi tetap tabah mengharungi cabaran yee...
CIKCERIA..
Sama2 berdoa, moga dijauhkan drp musibah
PN KARTINI..
Moga dijauhkan daripada benda2 x elok..
NORHAFIZAH..
Syukran kita berkongsi info..
tergerak pula hati nak cari2 maklumat di internet..
moga bermanfaat
ANITAARE..
Nasib baik cepat menyedari dan berubat ye..
Post a Comment