Minggu lepas, saya memang kurang mengintai blog.....tumpuan lebih terarah pd camping dan persiapannya....ye program ini menyebabkan sedikit kepenatan krn memantau pelajar-pelajar. Cuti Sabtu dan Ahad dihabiskan di sana...bukan saya seorang yg penat, rakan2 lain pun sama , oleh itu ingin mngmbil kesempatan utk mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada mereka yg menjayakan program ....
Sebenarnya dlm bnyak aktiviti, flying fox ni agak menarik ....klu dulu2 flying fox terkenal dengan aksi terjun sehingga nak kering darah, tapi pelajar2 ni berflying fox mengikut aksi burung terbang melintasi kolam......nampak cantik dari jauh.....walaupun mula2 gerun..
Sejak mlm pertama melayan kerenah pelajar......
Yang rasa tercabar, Semasa kat surau ... ada pelajar2 perempuan yg menangis dan murung....saya pun mententeramkan mereka dan menemankan masuk ke surau, kemudian sama membaca ayat2 lazim..berulang2 supaya mereka kuat semangat..
Apabila saya keluar sebentar ...baru je nak keluar, pelajar2 ini bertangis-tangisan, bersahut2an...macam histeria. pelik sikit...
Dlm keadaan hingar bingar tu. .. ..kami bertiga yg lebih senior dirasakan, ibarat tak ada senduk, sudu pun jadilah...nak mencari org yg mahir dlm perubatan di malam2 itu memakan masa juga.....
Maka.. berusaha dan mencuba...bertawakal untuk memulihkan pelajar yg nampak terganggu ni...pelajar2 lain yg nangis2 dpt ditenteramkan. Kemudian mereka diarahkan ke dewan bgi menjalani aktiviti seterusnya.
Kami meneruskan untuk memberi rawatan (membaca ayat suci) pd tiga pelajar yg agak murung di surau itu. 2 org lagi telah brjaya dipulihkan dan yg tinggal seorang nih agk susah sedikit..mata tak berkelip dan mulut tertutup, mujur dia tak bersilat atau mengganas (krn mindanya masih di bawah sedar). Kita ajak mengucap, istigfar , dia tak boleh langsung.....mata tetap tak berkelip..
Setelah kira-kira 45 minit membaca ayat-ayat lazim di hadapannya barulah anak mata dia bergerak-gerak dan mengikut perlahan2 surah yg kami baca..kemudian menyebut dgn lancar...syukran akhirnya dia sedar...
Yang anihnya, selepas itu, ada aktiviti burung hantu antra 12.00 mlm -3.00 pagi..budak ni nak join pula, dah segar bugar dan boleh tersenyum ....
Itulah secebis kisah semasa di sana...
Pengajarannya.. klu pergi ke rumah2 penginapan untuk bercuti , menginap di mana2 hotel, calet dan lain rumah2 penginapan janganlah suka2 sangat, sentiasa membaca surah ya anak2....kita tak perasan tempat yg kita pergi tu mungkin keras, maklumlah yg duk kat tmpt2 begini pun bersilih ganti orgnya ......wallahhualam...
13 comments:
ooowhhh terima kasih atas peringatan tu k sal...
kita ni dok la happy2 bila check in kan..
tak tau brapa lama dah bilik/rumah tu kosong tanpa penghuni...
maka kena p waktu puncak / cuti sekolah la ye, br meriah ;p
Seronoknya Sal.....boleh buang stress ni...
(Salam ziarah ya...cklah pun dah kurang berlaman sosial akhir2 ni)
dah selesai camping, dapat penat yang teramat kan
namun seronok demi anak2
histeria biasa jadi kat bdk perempuan.
assalammualaikum..alhamdulillah syukur budak tu tak apa2 ye..berkat dari bacaan doa dan surah2 tu..sy setuju dgn k sal..kalu gi mana2 tu jgn terlalu suka sgt..sy selalu suruh anak2 amalkan ayat kursyi..moga kita dapat penjagaan dari Allah dan terhindar dr syaitan
huuuhh... saya pernah mangalami situasi ni.. buka saya lah adik perempuan.. satu malam tak tidur.. diganggu..
Memang benar, kita kena sentiasa beringat dan tidak terlalu menunjukkan kegembiraan secara berlebihan walau di mana kita berada. Lebih2 lagi di tempat yang kita tidak biasa, kerana di tempat itu juga ada 'penghuninya' dan mungkin kita telah mengganggu ketenteraman mereka. Wallahuaklam...
Assalamualaikum Sal,
betul tu sal, bak kata arwah mak, suka suka dapat duka. makcik selalu jauhkan diri terlampau suka bila berkunjung ke tempat yang asing bagi kita. banyak kan banyak surah, contoh ayat kursi dan 3 Qul.
Mak selalu mengingatkan kalau pergi kat tempat yang ada hutan atau tempat yang sunyi kena laa amalkan ayat kursi iye kdg2 kita nie lemah semangat senang digangu..
Biasa laa budak2 bila dah sampai tempat gini.. tak ingat diri laa dia org.. Mmg penatkan..kalau handle budak2 tapi seronok.. :)
salam kak sal..risau gak kan time buat program ada masalah timbul..alhamdulilah dah selesai ye kak
salam kak sal..
wah, post akak ni buat sy ingat n rindu zaman sy kecik2 dulu..
nway, kak sal cikgu eh..mest sronok kn?
^__^
as salam kak sal,
ati pernah kena semasa dlm perjalanan nk gi honeymoon
ke langkawi kami menaiki kereta semasa
hubby berhenti di R & R di perak ..ati pun
ambil kesempatan tido dlm kereta...tiba2 ati
dgr bunyi gendang yg kuat dan terus terasa masuk
dlm badan
mmg satu pengajaran buat kami
betul tu kakSal..mereka juga mahkluk ALLAH SWT..nak amsuk rumah orang pun kene bagi salam inikan pula mereka..banyak kisah kita boleh jdkan panduan..tp mmg best kan aktiviti tu kakSa..semoga menjadi kenangan terindah nnt..
Post a Comment