Wednesday, January 12, 2011

cerita semalam

Kelmarin saya dikhabarkan bhw
rakan sekerja lama kami yg strok kat hospital 
dah keluar..
dia dh sihat sikit..
Alhamdulillah.. 
Ramai  dah melawatnya di rumah...
klu kawan2 bertandang, 
dia sangat ramah 
tapi dia tak boleh sembunyikan kesedihan hatinya lalu nangis..


Saya dengar jee cerita mereka....
saya ni macam sibuk sangat..
Hari minggu yg lalu tu  
Lepas  balik kampung..
ingatkan nak melawat dia, 
tapi dah petang.
Saya terfikir2 juga....
Dia dah sihat sikit..
Kalau lambat melawat pun tak pe., 
ada masa lagi....

tetiba ..
subuh subuh dah bunyi telefon
Memberitahu bahawa kawan ini dah  dimasukkan semula ke hospital ..
lalu menghembuskan nafas terakhirnya di sana..

Innalillahi,wainna ilaihirajiuun....

Saya  pun terus bergegas  ke rumah arwah..
Berjumpa keluarganya
rasa terkilan.
tak  dpt melawat masa dia sihat....


JODOH pertemuan ajal maut di tangan Tuhan..

Ini pula saya kongsikan HIKMAH SAKIT  yg didapati dlm FB...
Penceramah bebas, Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman, berkata sakit atau musibah yang  datangnya daripada Allah SWT. Mengandungi  pelbagai hikmah untuk direnung

1.Menghapus dosa
Menurutnya, kesakitan itu salah satu jalan untuk Allah menghapuskan setiap dosa hamba-Nya. Sebagai satu terapi untuk menggugurkan kesalahan dan noda pada diri anak Adam.

2.Sakit yang meninggikan darjat
Zaharuddin berkata, selain untuk menghapuskan dosa, kesakitan atau bala bencana yang menimpa seseorang juga merupakan jalan untuk Allah meninggikan darjat seorang hamba-Nya.

Menurutnya, kisah Nabi Ayub ketika bersabar menerima ujian kesakitan terhadap dirinya merupakan contoh yang baik. Betapa Nabi Ayub mempunyai kedudukan mulia di sisi Allah, namun masih mampu berbaik sangka kepada Rabb.
 
4.Sakit rohani punca kejahatan
Zaharuddin ketika mengulas mengenainya berkata, penyakit batin seperti dendam, menipu, bongkak serta pelbagai lagi adalah berpunca daripada hati yang sakit.Ia adalah penyakit rohani yang berdosa.
 
5.Taubat menyucikan dosa dan noda
Taubat nasuha dan penyelesalan terhadap dosa-dosa yang lalu .
Wallahu a'lam
 

30 comments:

kasihredha said...

ajal maut di tangan tuhan..
walaupun begitu kita tetap terasa kehilangan jika org terdekat kita pergi mninggalkan kita.

Acik Erna said...

Al fatihah..
memang dah ditakdirkan sal tidak dapat bertemu dengan nya..

sal said...

Assalamualaikum KASIHRHEDA
Ajal maut di tangan Tuhan..
Teringat je kebaikan arwah di masa yg lalu.
Moga rohnya dicucuri rahmat..

sal said...

Assalamualaikum KAK ERNA
Ya..dah ditakdirkan begitu..
Moga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya
Al fatiha..

Kakcik Seroja said...

Innalillahhiwainailaihirojiun... semoga rohnya damai di sana. Amin.

ckLah @xiiinam said...

Innalillahi...

Zaitun said...

Al-Fatihah buat arwah dan takziah buat keluarganya.

Tak ada rezeki nak jumpa.

Bibu said...

Al-Fatihah buat arwah.

tak de rezeki tuk Sal tuk terakhir.

sal said...

Assalamualaikum KAKCIK

Ya..Semoga rohNya damai di sana..
dan ditempatkan bersama orang2 yg beriman dan beramal soleh..Ameen

sal said...

Assalamualaikum CKLAH..

Innalillahhiwainailaihirojiun...
Allah lebih mengetahui apa yg terbaik untuk hambaNya..

sal said...

Assalamualaikum ZAITUN

AlFatiha untuk arwah..
DIA lebih menyayangi hambaNya

sal said...

Assalamualaikum ANIE..

Moga ALLAH mencucuri rahmat ke atas rohnya..Ameen

Cik Ina Do Do Cheng said...

Takziah buat kawan Sal. Sal akak nak bagi nasihat sikit, sebab akak dah pernah kena keadaan cam ni. Kalau kita rasa nak pergi melawat seseorang yang sakit, kita terus pergi je, jangan bertangguh.Nanti , kalau apa- apa berlaku pada dia, tak delah kita terkilan.

Benda cam ni akak dah kena. Orang tu adik lelaki akak sendiri. dah sampai separuh jalan, boleh patah balik, nak pergi esok pulak. Subuh doktor call, dia dah meninggal dunia.

Apa-apa un , kita mampu merancang, Allah SWT yg menentukan.

No Lan said...

ASSALAMUALAIKUM kakSal..begitu la kita hanya merancang tp ALLAH SWT yang menentukan.

ALFATIHAH untk arwah dan salam takziah untuk keluarga arwah..semoga roh arwah dtempatkan bersama2 dengan org2 beriman..

suri solehah said...

salam kak sal..ajal maut di tangan tuhan..

cikceriacorner said...

takziah..al fatihah

Rinna said...

Al-Fatihah dan Takziah wat keluarga arwah.. Moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama² orang yang beriman.

Tu laa kan kita nie.. bila org dah sihat tak nak gi jenguk..bila dia tiba2 dah pergi mengejut kita gak yang rasa terkilan.. iye laa nak wat cam na kan dah ajal. Redha kan je laa pemergiannya..tuh.

suzieapai said...

hi k sal....

semoga rohnya di cucuri rahmat...

sbb tu mak sy slalu pesan jgn bertangguh2 nk buat ape. Kita tak tau ape akan jadikan...

K sal, izinkan sy copypes info psl sakit ni nk tempek kt blog sy jugak.....bulih??? sgt tertarik dgn info tersebut sbb sebelum ni sy tak tau..yg saya tau sakit adalah penghapus dosa2 kecik...itu aje....rupa2 byk hikmah di sebaliknya...

sal said...

Assalamualaikum INA..

Terima kasih atas nasihat Kak INA..
Ajal maut di tangan TUHAN..
Kita hanya mampu merancang,
ALLAH yng menentukankan..

AL Fatihah..

sal said...

Assalamualaikum NORHAFIZA..

Al Fatihah buat kawan rakan nih..

Moga Allah menempatkan di tempat orang2 yg beriman dan beramal Soleh, mengampunkan dosa2nya yg lalu dan Mencucuri rahmat ke atas rohnya..

sal said...

Assalamualaikum CIKCERIA....

Allah lebih menyayangi hambanya..
Moga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.Ameen

sal said...

Assalamualaikum RINNA..

Mekasih atas nasihat RINNA..
Allah lebih menyayangi dia..
semoga rohnya berada bersama org2 yg beriman dan beramal soleh..Ameen..

sal said...

Assalamualaikum SUZIE..

TQ atas respon Suzie..Al fatihah untk arwah..

Suzie nak maklumat sakit tu, copylah.
kita share info sama2 moga bermanfaat..

sal said...

Assalamualaikum SURISOLEHA....

Ya..ajal maut di tangan tuhan..kita merancang dan Allah menentukan..Moga rohnya ditempatkan brsama2 orang2 yg beriman dan bramal Soleh..Ameen..Al fatiha..

sekadar satu coretan said...

alfatihah...semoga Allah permudahkan segala urusannye disane...dan ditempatkan golongan org2 yg beriman...

mamawana said...

Innalillah. dan Alfatihah semoga arwah disisi org2 solleh.

sal said...

Assalamualaikum AINNORAINI

Moga begitulah hendaknya..
Agar dipermudahkan urusannya di sana dan ditempatkan golongan org2 yg beriman.Ameen

sal said...

Assalamualaikum MAMAWANA..

Alfatiha..
Moga rohnya dicucuri rahmat..Ameen

niezzareena said...

takziah dan al-fatihah utk sahabat awak tu. moga rohnya tenang dan ditempatkan dikalangan golongan org2 yg beriman. amin

sal said...

Assalamualaikum NIEZZAREENA..

Ameen..
Allah lebih menyayangi arwah.
Moga rohnya dicucuri rahmat..Ameen ameen Ya RABBAL Alamin..

Post a Comment