Thursday, January 27, 2011

Mengenai air..

Anda suka minum air putih...ketahui kelebihannya.


1. Melancar Sistem Pencernaan 
Memudahkan proses penghadaman.
2. Membantu Melambatkan pertumbuhan  Kanser..
Menurut doktor, dalam badan kita memang ada sel2 kanser,
namun perbezaan didalam tubuh kita ialah ...aktif atau tidak..
terbanyak atau sedikit..
sistem imun kita berupaya boleh megawalnya atau tak terkawal.. 
3. Menambah kecantikan.
Apabila  meminum air putih...
tubuh dapat menyerap kandungan air serta menyihatkan kulit.
4. Untuk Kesuburan
Meningkatkan pengeluaran hormon testosteron (lelaki) 
serta hormon estrogen (wanita).
Ia juga membantu menyeimbangkan pH dalam badan.
5. Melancarkan sistem peredaran darah
Air  membantu menguat kembali otot-otot,

melancar sistem peredaran darah dan sistem pernafasan. 
Air panas membantu pelebaran pembuluh darah, 
meningkatkan jaringan oksigen dan mencegah otot kaku.
6. Menyegarkan badan..
Ya......kita rasa segar sedikit apabila  meneguk air putih, kan...

selain itu, ia menambahkan tenaga...
serta ...meningkatkan keupayaan mental & fizikal.

7. Menguruskan Badan

Bagi yang ingin menguruskan badan, 
minum air hangat sebelum makan boleh membantu  mengurangkan kuantiti yang anda makan.
8. Membuang toksin
Air putih yang diminum membuang toksin dalam tubuh melalui urine.
Ia juga dapat melegakan sakit kepala.


P/S
Saya terbaca satu crita iaitu seorang ustaz telah membacakan air mineral dengan  surah Al-Fatihah, Selawat dan ayat Kursi, maka apabila dipaparkan di skrin kelihatan molekulnya seperti berlian yang berkilau-kilau, cantik bercahaya.
Kemudian air lain pula  dibacakan kata-kata yang tidak elok, ternampaklah di skrin molekul air itu berubah rupa yang tidak menyenangkan....subahanaAllah...



24 comments:

kakcik said...

Kakcik ni semakin hari, semakin kurang minum air kosong... :(

Zaitun said...

Amalan minum air putih memang banyak khasiatnya.Masalahnya ramai yang lebih gemar minum air manis dan satu lagi malas nak minum selalu.

kasihredha said...

good info
selalu berusaha minum cukup air
walaupun tak haus

Cik Ina minat Do do Cheng said...

Suka minum air. Tapi kalau seharian berkerja sampai lupa. Siapa yang makan ubat berjadual cam darah tinggi atau kencing manis, kena minum air banyak, kalau tidak buah pinggang boleh rosak, setahu akaklah.

Ati Masrif said...

salam kak sal,

hebat dan indahnya ayat2 al-Quran kan

suka minum air suam

cikceriacorner said...

akak..

terima kasih akak..info yg sangat bagus..sy memaksa diri saya supaya minum 3liter sehari..heheh

sal said...

ASSALAMUALAIKUM KAK CIK

Ada org tak suka minum air putih..ank saudara saya x suka..mungkin dia ada alternatif lain..

sal said...

assalamualaikum ZAITON..

Tulah kita n kita..malas nak gi minum..termasuklah sal juga, klu leka buat sesuatu hingga lupa bab minum...

sal said...

assalamualaikum KASIHREDHA..

Begitulah sebaik2nya..kupaparkan topik air agar menjadi peringatan pd diriku yg malas2 minum air..agar tinggi semangat motivasinya nak minum air..huhu..

sal said...

assalamualaikum CIK INA..

Ya betul CIK INA, Kata doktor Org yang banyak mengambil ubat-ubatan, patut minum lebih banyak air kalau tidak akan efek pd buah pinggang yg sangat berharga tuh..

sal said...

assalamualaikuM ATI..

Hebat dan indahnya ayat Quran..
kak salpun kadangkala klu baca yasin letak air putih kat sebelah kemudian air tu kasi anak2 minum .ngan ibu dan ayahnya sekali minum..
klu sempat, buatlah..klu tak sempat, tak buatlah..leh, x konsisten....

sal said...

assalamualaikuM CIKCERIA

Info ini sebenarnya peringatan untuk diri Kak sal kemudian biar kita kongsikan bersama..moga bermanfaat..

suri solehah said...

salam kak sal..nak kena amal jugak..tapi kadang kalau sibuk tu sampai terlupa nak minum air

ibuintan said...

budak-budak kita memang tak suka minum air kosong, sedangkan air kosong baik untuk kecerdasan otak juga... tengok anak2 cina pergi sekolah mesti bawa botol besar isi air kosong

sal said...

assalamualaikum SURI SOLEHAH..

YA..klu sebuk tuh kadang2 terlupa..klu hujan2 seperti sekarang ni , langsung tak minum..xpelah pas ni, kita minum yeee..free kat umah..

sal said...

Assalamualaikum IBUINTAN
Di sini pun sama, budak2 tuh..bnyk minum air sebelum balik , mrk kena habiskan 1 botol air yg dibawanya..klu tak kena marah emaknya..

kak Erna said...

Assalamualaikum sal..subhanallah..
kagum sungguh dengan info yang last tu..
kuasa allah..
alhamdulillah sal..akak memang sentiasa mengamalkan air putih ni..

sal said...

assalamualaikum KAK ERNA..

Info yang last tu saya baca kat internet dan lain2 media...
elok juga kita menyimpan air putih bcaan qurn untuk minumn sndri dan ank2..

anie,Nagoya said...

kat sini sejuk.kurang minum air.

mnt ksh ustaz tu.subhanaallah....begitu besar kuasa ALLAH

sal said...

ANIE..em, musim sejuk.....tentu bnyk menceduk pengalaman d musim tu di sana..hrp hpy selalu..

ckLah@xiiinam said...

Kat sekolah...budak2 Cina lebih kelihatan banyak minum air kosong.

Yan said...

Sekarang saya cuba untuk minum sebanyak 5 liter sehari..

sal said...

CKLAH...
Betul, budak ch..banyak minum air kosong..kebiasaannya kena habiskan satu botol air yang dibawanya sebelum pulang sekolah..

sal said...

YAN..
WAH, 5 liter air ya.....
harap kita semuanya sihat dan dpt menjalani urusan harian dengan baik..

Post a Comment