Assalamualaikum..
"Mama, , adik baru saja melukis....". Si kecil berlari-lari megah untuk mendapatkan ibu. Tak sabar dia hendak memberitahu aktivitinya....."Adik melukis pakai lapstik mama' si kecil menyambung lagi, lurusnya dia....
"Lapstik mama ??" Si ibu terperanjat..
Si ibu memandang anaknya..tiba-tiba terlihatlah akan laptiknya itu yang tinggal separuh. .Harga lapstik itu bukan saja mahal tapi ia baru saja dibeli..
Hati ibu hampa dan kecewa..
'Adik !!!!!!! ' Si ibu mula mengamuk sakan. Dia hilang sabar lebih-lebih lagi apabila melihat baju anak perempuannya sudah dipenuhi dengan warna merah-merah..
Si ibu melempiaskan emosinya. Mengamuk sakan. Hilang pertimbangan. Si kecil menjadi mangsa amarah. Tanpa rasa belas kasihan.. tanpa menghiraukan jeritan.....Akhirnya anak itu lembik, kaku dan tidak bergerak lagi.......
Si ibu tiba-tiba terhenti...
Dia menggoncang-goncang tubuh si anak sambil menangis dan memohon agar anaknya membuka mata..Namun sudah terlambat kerana jantung anak itu sudah tidak bergerak lagi..
Di saat itu, si ibu terpandang akan tulisan lapstik di selimut anaknya dengan perkataan berbunyi ' sayang mama sampai bila-bila'.....
Cerita ini dari FB..Moga ia menjadi renungan bersama..
Sekian wassalam..
13 comments:
bila amarah menguasai akal fikiran begitulah jadinya... harap2 kita dpt kawal perasaan kita
kena kawal emosi bila dgn anak-anak ni
Muna..
apabila marah..
istigfar cepat2..
takut terlebih perasaaaaaaaan
Rina..
betul..emosi perlu dikawal agar tidak melarat2...
assalam sal..sedihnya..apa lah nilainya sebatang lipstick dengan nyawa seorang anak..
Pernah dengar kisah ni sis..
Memang sayu.. ;(
Sedeykan. Ibu moden yg lebih sayangkan lipstick, kecantikan, make ups, duniawi..bla bla bla...... hmmm. Moga kita dihiasi dgn aklhlak Ibu Mithali.
kadang2 mmg terlepas geram kat anak2 yg masih tak mengerti ni..perlu muhasabah...
anak saya semuanya perempuan...masa kecik2 dulu habis semua brg2 saya dirosakan..bukan setakat sebatang lipstik yg rosak bedak pun bertaburan dikerjakanya... tapi kite harus bersabar byk2 budak kecik bukanya reti apa pun...
Tersentuhnya kak Zai.
Dengan si Deeja pun begitu jugalah nakal dan lasaknya. Kadang-kadang rasa nak menangis pun ada..
saya pin pernah baca di fb...terharu sgt kan
ikut hati kan.
Post a Comment