Beg, kasut, printer dan lain-lain barang dah setia menunggu di ruang tamu menunggu tuan punya badan berangkat pulang ke asrama. Beberapa longgok semuanya, Meriah sungguh. Ibunya terpaksa menutup sebelah mata apb melalui ruang tamu yang nampak tak terurus..biarlah selagi mata boleh bersabar..
Kul 12.30 tengah hari nanti clear...pujuk hati..
Hari ini semua orang mahu kerja sekerat hari. Kul 12.30 tengah hari bertolak ke destinasi yang dituju... ramai-ramai hantar angah balik asrama....excited..
Di ruang tamu tergolek2 sebiji bola. Entah mana datangnya bola merah ni...Ibunya tersenyum sendirian. Nostalgia betul. Bola kepunyaan angah semasa kecil tergolek2 di ruang tamu seolah2 nak mengiringi cik angah balik......
Printer ini antara khazanah di ruang tamu. Printer yang baru sebulan dua dibeli, akhirnya jem tak boleh guna. Susah payah ayahnya hantar semula ke kedai ..dulu, upah pasang dakwat tepi tu RM70..kini nak service semula pun RM70 juga..Aduhai !!
Satu lagi, kepunyaan angah ialah AlQuran ini. Tafsirnya dlm bahasa Inggeris yang angah nak sangat beli ditemui di Badan Book Store, Angsana..hari tu tiada pilihan, ini sajalah seketul..Harganya bukan main special : RM180.00. Disebabkan ilmu itu tinggi nilainya dan tak boleh dijual beli, tak nak cakap banyak....beli dan bayar....
lappy angah..
ini lappy ibunya..lappy lamanya disimpan kemas sampai tak jumpa..
'Kalau kamu nak belajar..selama mana kamu nak belajar..belajarlah..bapa tanggung' teringat kata-kata bapa dulu-dulu semasa saya muda belia...lebih kurang begitulah kata2nya.
Orang tuaku hanya bekerja sendiri di kebun boleh cakap macam tu kepada saya....
Tidak terbalas rasanya pengorbanan generasi tua, ayah dan ibu kita dulu dalam urusan mendidik . Dah ada anak sendiri barulah perasan ......
Kini kita pula mengalas amanah itu..
Harap2 anak2 akan mengerti bhw betapa tingginya nilai kasih sayang ibu ayah, berkorban untuk membesarkan, melengkapkan keperluan2 mrk seadanya demi melihat anak-anak bahagia ........
13 comments:
Rasa sayu baca luahan entry ni.. Semoga anak kita berjaya dunia akhirat kan sis.. ;) amin!!!!
Semoga Angah menjadi anak kebanggaan ibubapa.
Ikhlaskan pengorbanan kita, bukan niat mendapat laba. InsyaAllah bahagialah anak2 dengan doa dan usaha kita bersama mereka...
mak ayah memang sanggup buat apa saja demi anak2
moga2 anak2 akan mengerti dan menghargai segala pengorbanan yang diberikan itu..
assalam sal..rasanya minggu depa sampai giliran kita la pulak nak hantar anak ke asrama sekolah..risau jugak ni..harap2 kali ni dia ok dok asrama
betul kak sal...teringat mak ayah besarkan kami 8 beradik hanya kerja kg...
Moga anak2 Kak Sal akan ingat jasa dan pengorbanan akak dan suami. Ibu bapa sanggup lakukan apa sahaja untuk gembirakan hati anak masing2.
semoga berjaya...hanya doa itu yg selalu dipanjat oleh semua ibu unk anak2...dan semoga mjadi anak yg solleh...amin YRA
Besarnya pengorbanan ibu dan bapa..semoga anak2 mnghargai pengorbanan tersebut...
kak Zai dah melaluinya dulu,segala keperluan tak pernah kurang. Mudah2an mereka ingat apa yang kita berikan.
Kakak dulu dilahirkan keluarga miskin pun sama, mak-bapak celik ilmu walau terpaksa berkerah tenaga kami tetap diberikan pelajaran yg sempurna.
Kini giliran kita memberi buat anak-anak. Insya-allah anak kita harap macam kita juga menghargai kita mak-ayahnya...
kasih ayah dan ibu besar jasanye...
alah..sedih baca dialog 'belajar la, ayah bayar'..
betul, kita bila dah ada anak sendiri, bila anak mintak makan & buku..2 benda tu la yg tak sampai hati nak tolak..
Post a Comment