Saturday, January 28, 2012

Kembali sunyi..

Assalamualaikum
Moga kita sentiasa dalam rahmatNya

Tak lama lagi sunyilah semula..
anak-anak sudah mengumpul barang-barangnya untuk pulang ke asrama..
meninggalkan penginapannya yg dihuni selama seminggu nih..

Lepas ini terasalah rindu terutama pada Dolly..
buah hati pengarang jantung angah yg diperkenalkan pada ibu
Dolly..Polly..Lorry..entah yg mana satu namanya yg betul..
nama orang putih ni buat ibu tersasul2..

Dolly Lorry  kecik comel..
tak banyak kerenah..senang menjaganya..
pagi-pagi apabila  ibu bangun tidur..
ibu akan intai dia dulu, sihatkah dirinya....
Sejak dua menjak ni rela pula jadi pengasuh Dolly..

Angah bagi air paip..ibu suruh gantikan dengan air mineral
Angah bagi bnyk makan..ibu suruh kurangkan, takut keracunan..
Angah bagi bangku polisterin..ibu suruh gantikan ngan batu-batu 
maka setiap pagi, Dolly suka bertenggek atas batu itu..

Pegang  Dolly sebentar..dia comel..kiut miut..
happy tengok dia..
 Dia bersantai-santai  di sini..
Gendang gendut tali kecapi
 Kenyang perut,
Dolly suka hati....

Menurut pakar, salah satu cara untuk hilangkan stress 
dengan melihat haiwan peliharaan..

14 comments:

Nur-nba said...

Alahai comelnya.. Anak saudara pun ada membela kura-kura. Sekejap je cuti dah nak berakhir.. Lepas ni kita kembali sibuklah dengan tugasan di sek.

ainnoraini said...

Comey jer...
Tapi saya takut nk pegangnya tu...dia tu mengigit tak???

Acik Erna said...

Assalam sal..memang kita akan kembali sunyi bila anak dah balik..lepas ni ber,mula la talipung berdering lagi..
saya cuma suka bela ikan je sal..suka tengok ikan2 tu menangkap makanan dari tangan hero bongsu..

mak encik | SZ said...

orang rajin je kak sanggup bela haiwan peliharaan ... hehehe

saya kategori orang kurang rajin :p

Salina@IbuAqil said...

Comel jer nama dia.. ;) inapun tringin nk bela ikan sis..

MulutPayau said...

comelnya...anak2 ada jugak minta nak pelihara..tapi takut tak terjaga....

Kunang-Kunang said...

Sal,

Sama-sama sunyilah kita.

ckLah @xiiinam said...

Salam Sal...
Esok, tak sunyilah kita dengan riuh rendah anak-anak orang di sekolah pula....

:D

Ceria selalu.

Kamsiah said...

saya pun sunyi pagi2...sorg2 kat umah hehe

Zaitun said...

Kak Zai juga sudah jadi penjaga tetap pada sofe(rabbbit) yang pada mulanya hanya sementara.

Cara kak Zai menghilangkan stress suka melawat taman dan membelai sambil berbual dengan pokok2 bunga yang kak Zai tanam.

Ros said...

Salam Sal,

Amboi comelnya Dolly ni....

Betoi ka apa yang pakar tu cakap Sal...?kalau macam tu boleh la Kak Ros dok tengok Hamster anak Kak Ros tu selalu he.he.he.....

kayna said...

alahaiii... comelnyerr...

mamawana said...

Assalam,

Suatu ketika dulu 6 tahun lepas, mama pernah bela sepasang anak kura2 sekecil duit syiling 20 sen. Mula2 dicuit2 memang sgt ketakutan anak2 kura2 nih. Lama2 dah biasa letak atas riba dah sebesar tapak tangan dicium2 boleh dia relaks ajer dan terus pejam mata nak tidur atas riba. Agak2 dah tak muat kolam kat rumah terpaksalah pindahkan dia ke kolam Tasik Permaisuri Cheras. Bebaskan Omei dan Nomei ke alam semulajadi semula. Sob2...rinduuuu...

sal said...

Assalamualaikum..

Nur,mamawana,kayna,Ros, Zaiton,kamsiah,cklah,kunang-kunang, mulut payau,salina,SZ,erna..Selamat bercuti dan menyambut maulidur rasul..terimakasih atas ingatan kelian..

Post a Comment