Tuesday, January 24, 2012

Cuti CNY..

Assalamualaikum..
Moga sentiasa dalam rahmatNya..

Pagi itu, memulakan perjalanan ke bandar..berpeluang melalui jalan yang lengang..kenderaan agak kurang. Jadi dapatlah menikmati suasana di ibu kota JB yang aman damai. Sudah tentu waktu cuti begini, penghuninya beralih angin, mempunyai destinasi sendiri untuk menghabiskan cuti CNY..


snap..snap..snap..
inilah hasilnya...
ketika dlm perjalanan munculnya mentari pagi..
masih sejuk dan hening...terasa hadirnya membawa ketenangan..
jauh sebentar daripada hiruk pikuk manusia..

Berbeza sekali pd malam kelmarin....kerap kedengaran ' prang..prung..prang prung.'.Paling tercabar apabila sesekali mercun roket dihalakannya  ke rumah ..Aduhai, tersangatlah kuatnya sehingga menyakitkan gegendang  telinga..menyesakkan dada..diam ajalah....hidup berjiran  memanglah kena bersabar...dlm keadaan hingar bingar, tetiba terdetik dlm hati,  siapa.yang kena toleransi nih????  kita yg kurang tahan bunyi kee atau jiran kitakah  yg kena sloww....oppsss..isu ini, tak perlu dipanjang-panjangkan..

Kereta masih bergerak laju...dah sampailah pada lokasi yang dituju.. ke Hotel Puteri Pacific ..duduk di lobi sekejab ..



Hari ini temankan si Hani untuk interview..  teruja sangat dia. Anak  yg seorang ni suka sangat mencuba pelbagai. Terkadang kelakar melihat Hani. Orang dtg interview bawa diploma, digree, master..dia yg sedang menunggu SPM membawa UPSR, PMR..sikit2 sijil  itu dan ini....hehe..

Biarlah......buat seronok2 je sekejab sebab masa tu free. Dari kecik budak ni memang sukakan kepelbagaian, mencuba itu dan ini  sekadar ingin melalui cabaran..Jadi dpt peluang untuk  interview tak salah pergi....tapi  saya rasa sangat bersalah  klu dpt, ewah....sebab  ibunya tak suka dengan glamour... betapa haru biru kehidupannya nanti....hehe..

Yang pasti : Sememangnya baik kalau kita pandai mengatur perancangan hidup kita..tapi redhakanlah Dia menjadi penentu..Dia menghapuskan sesuatu yang kurang sesuai dan menggantikan dengan rencanaNya yang lebih indah. Dia yang lebih tahu apa yang terbaik untuk kita dan memberi apa yang kita perlukan dalam kehidupan....InsyaAllah.

12 comments:

Kakcik Nur said...

Pergi interview jadi artis ke?

sal said...

bukan artis..tapi interview pengacara kanak2..

Acik Erna said...

sal..jangan la rasa bersalah.anak baru nak mencuba..kalau dapat ..insyaallah dia tak kan lupa pesan ibunya,,

cheqna said...

wah..moga2 ada rezeki ye kak =)

MulutPayau said...

Semoga Hani berjaya...

Nur-nba said...

Good luck Hani.. Takpe kak, banyak pengalaman yang boleh dikutip sementara menunggu result SPM tu.

suri solehah said...

kalau kat langkawi ni CNY mmg penuh org huhu..kerjs glamour apa tu hehe

Kakzakie said...

Sal... kakak selalu makan di Puteri Pan tau. Kalau Hani dapat bertugas sementara di sana bolehlah kakak jumpa dia...

Setiap Sabtu/Ahad buffet di bawah (sebelah lobby) tu kan oklah tapi kalau weekday tak berapa banyak pilihan...

ibundo said...

lamanyaaaaa kpah tak ke jb. Gambaran JB lama yang dulunya masih mengalir sungai seget yang hitam legam airnya.. masih terpahat di ruang kepala.

sal said...

Assalamualaikum
ibonda,kakzakie,suri,nur,mp,ceqna,erna,kakcik..
terima kasih kerana dtg berkunjung..moga sentiasa sihat dan ceria2 selalu..

ieja amieja said...

assalam..
semoga hani berjaya dlm interviewnyer..berjaya atau tidak,yg penting cuba dulu..

mamawana said...

Bagus tu dedahkan anak2 dgn pengalaman bekerja. Boleh built up keyakinan diri, kepintaran berkomunikasi sgt penting.

Post a Comment