Friday, January 6, 2012

Hadiah ..

Assalamualaikum
moga Selalu dalam perlindunganNya..

Tak sempat nak berlaman-laman beberapa hari ni..
Kerana sibuk berlaman-laman di tempat kerja..
Agaknya itulah ole-ole tahun baru 
tak menang tangan 
kalau tak sempat nak buat di tempat kerja,
dibawa balik ke rumah ....maka  rumah jadi office kedua..

sebelum mengundur diri ..
renung2kan kata2 hikmah bertajuk 'hadiah' di bawah..
moga bermanfaat..

Hadiah terbaik untuk seorang sahabat adalah 'doa' .

Hadiah terbaik untuk seorang musuh adalah 'kemaafan' .

Hadiah terbaik untuk sebuah kehidupan adalah 'kasih sayang' .
Hadiah terbaik untuk sebuah kematian adalah 'al-Fatihah' .
Hadiah terbaik untuk ibubapa adalah 'kebaktian' .
Hadiah terbaik untuk isteri adalah 'penghargaan' .
Hadiah terbaik untuk suami adalah 'kesetiaan' .
Hadiah terbaik untuk anak adalah 'pendidikan' .
Hadiah terbaik untuk diri sendiri adalah 'kejujuran' .
Hadiah terbaik untuk Rasulullah s.a.w. adalah 'selawat' .
Hadiah terbaik untuk Allah s.w.t. adalah 'ketaqwaan'    

Renung-renungkan... selamat beramal

17 comments:

che mid said...

Salam, hadiah terakhir itu lah yang paling mudah dan juga paling sukar...tepuk dada tanya iman..

kasihredha said...

yang ke dua perlu kekuatan dan keikhlasan :)

Zaitun said...

Terima kasih kongsi info,kalaulah boleh kita amalkan semua alangkah baiknya.

Nur-nba said...

Salam. Biasalah tu Kak Sal, memang sentiasa sibuk pada awal tahun. Perkongsian yang menarik.

kasihibu said...

terima kasih hadiah dari entry ni

cheqna said...

trma kasih untuk info ini =)

MulutPayau said...

perkongsian yg menarik...terima kasih...

Cik Melor said...

saya baca tampalan ini

dalila said...

tq kongsi... sama2lah kita jadikan amalan

mak encik | SZ said...

didoakan kita sentiasa ditemukan yangb aik2 saja kan kak!

mamariz said...

sweetnyer..

Ati Masrif said...

salam eita,

suka sangat n3 ni
boleh kita share nanti??

hadiah utk ibu bapa...kebaktian..
ramai yang sudah lupa dan buat2 lupa..hehe~

Ati Masrif said...

sori kak sal..

tersalah tulis nama pula :P

sal said...

Assalamualaikum pd Ati,miss L,sz, Dalila,Melur, MP,Cheqna, kasihibu,Nur, kasihredha, che mid,Zaitun...
Terimakasih kerana singgah di laman ini..moga perkongsian bermanfaat..InsyaAllah

Ros said...

Salam Sal,

Baik sungguh N3 ni untuk renungan kita semua....memang Semua hadiah2 ni adalah yang terbaik....pada yang memberi dan yang menerima...

mamawana said...

Salam Sal

Bagus banget entri ini.

sal said...

Assalamualaikum Ros dan mamawana..
Trima kasih krn respon dlm n3 ni..moga bermanfaat untuk peringatan bersama

Post a Comment