Saturday, July 23, 2011

Mencari kebahagiaan..

Assalamualaikum...
Moga kita semua di dalam perlindungan Allah..


Minggu ini  kita merenung2kan  tentang topik nih....
Semua Insan mengimpikan hidup bahagia..
Adakah kebahagiaan itu  dikaitkan dengan wang ringgit atau harta benda ???..
Bnyk harta  sebenarnya  tidak semestinya  menjamin kebahagiaan....takde duit pun tak boleh jugak...kerana  duit menjadi nilai tambah yang diperlukan dlm kehidupan... 
Tapi ada orang miskin yang serba kekurangan  mampu hidup  tenang, gembira dan bahagia. Ada orang kaya, serba mewah, berilmu pengetahuan,  tidak tenteram dan selalu merasa tidak puas...kerana sesuatu yg dimiliki tidak dengan keimanan dan  kebersihan jiwa, boleh membuat diri menjadi keluh-kesah. 
Tokoh cendekiawan Islam, Ibnu Khaldun pernah mengatakan: “Bahagia itu ialah tunduk dan patuh mengikut garis yang ditentukan Allah dan sifat perikemanusiaan.”


 “Orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Surah Ar-Ra’ad, ayat 28)
Pandangan cendekiawan Islam mengatakan untuk mencari bahagia, bebaskan hati daripada dendam dan hasad dengki, mengumpat keji, takbur.... 
Ya , sememangnya kebahagiaan itu berkait rapat dengan ketenangan hati, kekayaan jiwa ...
Ada pula remaja  memilih kebahagiaan dengan mencari keseronokan seperti bergaul bebas tanpa batasan maka  kebahagiaan yg dicari itu  boleh membawa kehancuran..
Tokoh Islam, Hamka pernah berkata, “Kekayaan harta benda, pangkat atau kedudukan yang tinggi tidaklah dapat menutupi kekerdilan jiwa atau tabiat yang tidak jujur. Malah, bertambah banyak kekayaan atau bertambah tinggi kedudukan, maka bertambah pula kekerdilan jiwa dan kekurangan seseorang. Oleh  itu, kayakan batin lebih dulu untuk menghadapi kemungkinan naik atau kemungkinan turun.” 
Jadi ... mendidik hati  dengan keperibadian  luhur dan jiwa yg sihat  boleh memberikan ketenangan , kesejahteraan serta kebahagiaan ....


Renung2kan..selamat beramal..

14 comments:

Acik Erna said...

assalam sal.setuju sangat dengan apa yang sal tuliskan.
kekayaan bukan menjamin kebahagiaan..tapi tak cukup duit pun boleh jadi satu masaalah yang boleh menggugat kebahagiaan.

sal said...

Erna..
kebahagian sangat subjektif ye erna..

kebahagiaan juga lahir jika kita selalu bersyukur dan redha dengan pemberian Allah..

kebahagiaan dpt dikecapi apabila kita menjaga kebersihan hati norani kita...

Anonymous said...

Assalamualaikum Sal,

Nak salahkan duit pun tak boleh jugak. Duit jika digunakan pada jalan Allah, InsyaAllah membantu kita bahagia di sana dengan syarat duit tu dapat dari jalan yang betul dan digunakan pada jalan yang betul.

sal said...

kak kunang-kunang..
duit pun penting jugak..klu dimanfaat ke jalan Allah.. merupakan satu kesempatan untuk kita mengutip pahala asalkan kita ikhlas..

ibuintan said...

perkongsian yg baik untuk mencari kebahagiaan yg hakiki

sal said...

IBUINTAN..
Alhamdulillah...

moga kebahagiaan yg hakiki itu akan bertandang jua di hati kita dan di hati family kita...ameen..

Miss L said...

ameen..

Cik Ina Do Do Cheng said...

betul tu sal, duit tu satu keperluan je. Jiwa tak tenang tu yang kadang buat hati kita tak bahagia. serba tak kena dibuatnya. Semoga Allah SWT beri ketenangan dan kebahagian pada setiap insan.

munna said...

DUIT MMG X MENJAMIN KEBAHAGIAN...MAKIN BANYAK WANG MAKIN TAK TENTERAM RASANYA

sal said...

miss L..
Ameen...

sal said...

INA..
Moga mendapat petunjuk dan hidayahNya dlm melayari kehidupan..
Ada duit lebih, boleh kita bersedekah..insyaAllah

sal said...

MUNNA..
Sangat setuju...

Maiyah said...

assalam..

bahagia sntiasa ada cuma cara kita utk mncarinya

sal said...

Maiyah..
Alhamdulillah..
kita memang bisa mencari kebahagiaan itu..asalkan hati kita luhur dan ikhlas..insyaAllah..

Post a Comment