Assalamualaikum..
Moga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik dan dirahmati Allah jua hendaknya.
Sejak beberapa hari ini ibu tak sihat. Mungkin bnyk minum air batu semasa menghadiri kenduri..klu pergi kenduri..apa yang dihidangkan tentulah dijamah yee. Tak bertapis-tapis. Tak beringat-ingat tentang alahan itu...Kalau kat rumah pandai pulak control ..
Semalam mulalah terasa tekak perit.. batuk .suara tetiba jadi garau.. badan dah tak tentu rasa..........Nasib baik anak2 tak kena macam penyakit ibunya.....
Kata kakak ibu, klu tekak perit dan batuk cepat-cepat minum air halia ..
Lucunya, Ibu ni tak suka minum ubat batuk dan susah nak makan ubat klinik..Kalau pergi klinik, ibu akan mengumpul ubat2 tersebut..betul2 sakit, barulah telan...
Ibu lebih suka cari alternatif lain, atau ubat tradisional..
Tengah hari semalam, dapat minum air halia badan terasa ringan..picit kepala, urut badan sikit2..kemudian lepas mandi terus baring dan terlelap..
Alhamdulillah pagi ni dah boleh bangun, terasa segar sedikit....
Sejak tengah hari semalam, tak jamah makanan kerana tak berselera,
Pagi ni teringin pula nak buat bubur nasi..
Wah..berselera dapat menjamah bubur nasi .......
klu demam itulah menu yang paling sedap sekali..
Dan hari ini niat di hati akan menghabiskan banyak masa di rumah...
ANTARA KHASIAT HALIA..
Boleh mengubati penyakit sendi, cirit-birit, kekurangan tenaga, pening kepala dan demam panas. Selain itu, halia membantu menghadam makanan, mengawal hati daripada kesejukan dan menghilangkan bau busuk mulut.
Pengambilan halia juga mencegah rasa pening dan mual atau motion sicknesssemasa menaiki kenderaan serta membuang kahak dan lendir yang melekat di halkum.
17 comments:
Cik ina suka buat air halia ni campur bunga cengkih.Kalau tidak pun buat teh o letak halia campur cengkih. Rasa badan segar je lepas tu/ Halia buang angin dalam badan.
Assalamualaikum kak Sal:)
Moga akak cepat sembuh yaa...
Cakap pasal air halia...sekarang ni dah mula pandai tini & hb minum air halia ni...cuma diletak dalam tea riboss...:)then diblend!
:)
banyak khasiat air halia ni ye kak...
kalau saya, dulu2 suka mak bancuhkan air sarbatt (halia+gula merah) ...
semoga cepat sembuh ye kak!
anak3 saya pun beramai2 ni deman+selesema+batuk...huhuhu
moga sakit tekak tak melarat menjadi batuk pula...
saya memang suka minum teh O halia... menyegarkan badan
Assalam sal..moga cepat sihat ye.
kalau tekak sakit memang rasa tak selesa betul kan..
salam kak sal,
teringat masa dlm pantang dulu
emak ati buatkan pati halia
3 hari berturut2
moga kak cepat semboh :)
selalu jg No minum air halia..ada org kata klo nak pecahkan lemak leh amal minum air halia kan kak..
Semoga sal cepat sembuh.
Kak Zai pun suka buat bubur nasi anak2 suka makan.
cepat jugak kesan air halia tu ye..kalau mengandung boleh dak kak?..tgk bubur nasi terus menitis liur,,teringin pulak.
Sallam Sal,
Sedap nampak bubur nasi tu,
lawan dengan air halia yang dicampur
sikit lada hitam yang masih
suam2, memang sedap.
Assalam Sal,
Bagus tu minum air halia. Banyak menafaat. lagi bagus ditambah bawang putih diblend bersama. Then campur secawan madu lebah, dan secawan apple cider dgn secawan air. Rebus hingga tinggal separuh... jadi pekat. Elok simpan dlm peti ais. Setiap pagi minum satu sudu.
semoga kak sal cepat sembuh ye...
suke jugak buat teh campur halia...
kalau masuk angin suka buat air halia susu :))
Assalamualaikum Sal,
Semoga dah sihat.
Salam,
Semoga cepat sembuh..
Jaga kesihatan :)
P/s: Salam tumpang baca :)
SUKA MINUM TEH HALIA KAK....SEMOGA LEKAS SEMBUH YE KAK...
kalau sya sakit perut bila period memang sya minum air halia
Post a Comment