Pd hari sabtu yg lepas, saya menerima kunjungan saudara dari KL,
dulu kami sekampung .
Dia balik ke sini sekejab kerana ziarah ibunya dan singgah di rumahku...
Lama tak jumpa.. bertanya khabar...
Kami adalah rakan sekelas yg akrab semasa darjah 1 hingga 6 dulu,
Dia berkawin dengan rakan sekelas kami juga ......
Lagilah banyak cerita....
di rumahku, dia bermurah hati untuk masak nasi baryani,
lauk rendang ayam dan dodol. then makan sama2...
Kami anak beranak ibarat individu2 mengantuk disorongkan bantal..
suka sangat, bukan saja dpt makan
tapi masuk kelas masak pula secara percuma di rumah sendiri.....
klu attend kelas di luar pasti berbayar....
mana ada free dlm dunia serba moden nihhh ..
first, buat dodol...
Saya ingat masa kecik2 , org buat dodol bukannya mudah.
Masaknya sangat lama, boleh lenguh tangan.
Sakit pinggang kerana penangan dodol.
Kuali pula besar sehingga tak larat nak angkat.
Biasalah kalau saiz kuali lebih besar drp org .
Masa kacau dodol pula kena hati2 .
Silap2 haribulan terjun dalam kuali .takut...
Itu gambaran dulu..
Sangat merumitkan dan perlukan kepakaran .....
tapi dengan peralatan moden , org biasa pun boleh buat dodol ni
dan siap tak sampai 1 jam. Pengetahuan tak perlu tinggi sangat,
periuk pula ringan. Mudah sikit...
Cara-cara membuatnya....
Sediakan bahan2 berikut :
2 cawan tepung pulut
1 sudu tepung ubi
2 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
1 biji kelapa (4 cawan air santan)
Campur semua dan kacau bahan2 tuh ...
dah likat..
Kacau lagi...
Sorry, pic dodol ni tak habis snap, walaupun memang sedap....
Tumpuan mata dah ke lain.....
Fokus pd dodol tetiba terhenti...
Mata dah tak berkelip tengok benda di bawah ini...
Jatuh cinta...
Sungguh..
Bukan saya seorang, rupanya anak2 pun berperasaan begitu..
Jatuh cinta pd periuk yang dibawanya tuhhh
melebihi dodolnya.......
MasyaAllah..
21 comments:
Assalamualaikum:):)
Sukanya bila dapat belajar resepi masakan..apatah ia free!!:):):)
Cantik juga yaa periuk tu sis...:)periuk serba guna yaa sis..
guna periuk tu ke unk masak dodol?
saye tengok pun dah tertarik ni...mcm best jer periuk tu...
periuk tu mcm2 boleh dibuat masak ke...
Assalamualaikum Pn Kartini
Sesekali kena attend kelas masak, masa je kurang..
Periuk ni memang serba guna..
Assalamualaikum KASIHREDHA..
Guna periuk ni utk buat dodol, periuk serba guna dan pelbagai fungsi masak..pd saya praktikal sesangat..
Assalamualaikum AINNORAINI..
Periuk ni serbaguna, semua boleh masak, kukus dan menggoreng..cepat masak.
menariknya kak sal periuk noxxa tu...
harganya pun pasti menawan kan ;p
Kalau ada peralatan canggih tak mustahil yang susah jadi senang.
Dah lama tak makan homemade dodol.
Assalamualaikum SZ..
Masih mampu dibeli..
pd saya praktikal klu dibeli,
sebab serba guna, boleh panggang, mengukus, menggoreng dan memasak..
Assalamualaikum Zaiton..
itupun klu rjin memasak, insyaAllah yg susah jadi senang yek..
assalamualaikum sal..akak pun tergoda tuh..teringin nak tau..camana periuknya..sebab teringin nak buat dodol jugak..
oh nanti dlm keluaran akan dtg saya cuba paparkan klu ada masa
Assalamulaikum,
Sal, dah lamanya menghilangkan diri.ke mana ? pulang je ngan dodol.Takut bila ingat dodol, hari tu baca kat metro, ada perempuan tu jatuh dalam kawah dodol. periuk tu cantikkan.
bestnye dodol..
akak..sy pon lama xberblogging..ni baru bermula semula..hehhehe
Cik Ina..
apa khabar...buah tangannya dodol..
Nasib jauh..
klu dekat Ina dapat dodol percuma dari salsuria..
cik ceria..
apa khabar..
apabila awak datang ceria semula blog....
moga sihat selalu dan boleh meluangkan masa dlm lapangan ini..
saya nak syorkan periuk tu pada kakak la.hmm..menarik
Robi'ah..
Klu periuk tu sampai kat robi'ah, tentu pandai dan rajin masak..
Salam.. Periuk apa tu Kak Sal? Nampak sangat menarik sebab boleh masak dengan cepat..
as-salam NBA-NUR
pEriuk serba guna...saya nak try guna, mana tau bole menghasilkan kreativiti memasak..kalau rajinlah..
wah... hebat tu, periuk serbaguna ke?
mampu milik tak reganya
Post a Comment