Wednesday, July 31, 2013

Roti John..

Assalamualaikum...
Ingin bertukar selera merasa keenakkan roti John??
Ok jugak..
Simple dan mengenyangkan...
dan kurang berminyak... sesuai untuk remaja purba...
Mari mencuba...
Bahan-bahannya
-Roti panjang
-100gm daging cencang (saya guna ayam cencang)
-2 ulas bawang merah yg dihiris halus
-1 biji telur . Dipukul
-20gm kobis.Dihiris ( saya guna salad)
-20gm lobak merah. Dihiris
-10gm mayones
-1 sudu teh serbuk lada hitam
-1 sudu teh serbuk kari
-Sedikit sos cili
-Garam secukup rasa.


Cara memasak:
1. Di dalam sebuah bekas, campur lobak merah yang telah dihiris bersama mayones, sedikit serbuk lada hitam dan garam secukup rasa.Ketepikan.
2. Kemudian di dalam kuali tumis bwg merah hingga naik bau. Masukkan daging cencang dan kacau sebentar.
3. Masukkan serbuk lada hitam, serbuk kari dan gaul rata. Garam dan gula. Angkat dan ketepikan.
4. Pecahkan telur di atas kuali dan letakkan inti daging tadi. Letakkan roti di atas inti tadi dan pastikan ia tidak melekat.
5. Angkat roti dan letakkan mayones dan sos cili.
6. Hias dan boleh hidangkan.

Selamat mencuba ..

7 comments:

pena rozie said...

X pernah rase lg....

Acik Erna said...

Assalam sal..bagus sal buat sendiri.acik beli je selama ni.boleh cuba ni.terima kasih sal

ainnoraini said...

Boleh try ni..selalu saya beli jer..

Zaitun said...

Roti John kegemaran adik, tak payah makan nasi pun tak apa.

MulutPayau said...

sedapnya...tapi tak pernah buat sndiri...

mamawana said...

My feveret nih....Slamat Hari Raya..

Nur-nba said...

Sedap... Selamat Hari Raya Kak Sal.. Maaf zahir dan batin andai ada silap dan salah..

Post a Comment