Saturday, March 16, 2013

Kerabu Ayam..

Assalamualaikum...
Satu lagi hidangan yg disukai ramai dlm keluarga kami adalah kerabu ayam..biasanya kalau ambik adik dari asrama,  kami singgah di cafe kolejnya semata-mata mencari kerabu ayam..

Mengetahui taste ibunya sukakan  makanan ini, adik akan membuatnya apabila bercuti lama sikit di rumah.Alangkah mudahnya jika sekeluarga mempunyai citarasa yang lebih kurang sama, kan..

Pagi ni dapat buat kerabu ayam...awal2 dah siapkan sebelum melawat2 rumah bru yg lum siap..
Bahan-bahannya.
  • 4@ 5 potongan ayam-ambil isi sahaja
  • 1 bawang besar - hiris
  • 3 biji tomato- buang empulurnya - hiris
  • 10 biji cili padi - hiris (ikut citarasa pedas)
  • 5 helai daun limau purut - hiris
  • 1/2 biji timun - buang empulurnya - potong panjang macam btg mancis
  • 1 batang daun serai - hiris halus2
  • 1 biji lobak merah - tambahan
  • 2 sudu makan air limau nipis
  • garam dan gula secukupnya
cara-cara
1. Isi ayam - potong kecil2, rebus hingga masak. Toskan
2. Gaulkan isi ayam dengan semua bahan lain. Bubuh perasa garam, gula, limau nipis dan sos cili jika suka..

8 comments:

Kakcik said...

Nampak sedap ni. :)

sal said...

kakcik..haha..apb di usia skrg kurngkan brminyak2..so berkerabu2lah kita..

~Kak Nah Backyard (^_^)~ said...

belum pernah makan =)boleh try ni..

Acik Erna said...

assalam sal..acik pun belum pernah makan..terima kasih kongsi resepi..in shaa allah ada masa nak cuba jugak

Nur-nba said...

Beruntung Kak Sal ada anak dara yang rajin... Akak nak pindah rumah baru ke?

Zaitun said...

Kak Zai suka makan kerabu. Terima kasih kongsi recepi nanti nak cuba.

Ibuhani said...

Yang ni x pernah cuba lagi!

Anonymous said...

Hah daun serai?!

Post a Comment