Friday, April 6, 2012

Selera kami...

Assalamualaikum...

 Tomyam............cepat dimasak sedap dimakan.....

Lagipun masak ni menjimatkan masa...rebus2 je...yg lambat sikit itu, bab potong2..

rakyat jelata di rumah pun suka..

Kalau masak menu yg  family suka...senang sikit ....klu masak  benda org tak  berapa suka, maka jawabnya kenalah  sediakan menu  yg lain pula....ada sikit m..
Bahan-bahannya:
1/2 ekor ayam (potong kecil2),1 pkt kecil cendawan tiram (siat2), 1 pkt jangung muda, 2 batang carot, 1/4 biji kobis,3 helai daun limau purut (disiat2), 4 btg serai (ketuk), 3biji limau nipis (ambil jus), 2 biji tomato (belah 4), 1 biji bwng besar (belah 6), 1 kiub tomyam (klu  tak letak pun takpe), sedikit ketumbar, 4 biji bwg putih, air, garam secukupnya.
bahan untuk dikisar halus:
1 biji tomato, 1 biji cili merah, 1/2 in lengkuas, 1 in halia, 5 biji bwg merah kecil, 4 biji bwg putih.

Cara-cara:
1. Jerang air bersama bahan2 kisar. Masukkan ayam serta bahan2 yang lain kecuali perasa, sayuran & jus limau. Apb dah mendidih, masukkan sayuran kecuali cendawan, tomato & daun ketumbar. Biarkan mendidih & sayur nampak lembut. Masukkan cendawan & kacau2 biar mendidih. Masukkan jus limau dan perasa. akhir sekali masukkan tomato...sejukkan..hidang...

lain2 menu .....
Suka makan tempe ???
Kalau di tempat kerja..inilah makanan popular..
paling tidak, seminggu mesti ada sekali benda ni...
 Ini pun sedap...masak halia..buang angin....
masak rebus2, ada org tak berapa suka, kan..
tapi alhamdulillah fmly  suka...
bergoreng-goreng......sesekali sekala pembuka selera.....

Ibu ni...cerita pasal makan jee.......
bilalah nak diet...
bilalah pula nak bersedekah2 makanan .....


10 comments:

Salina@IbuAqil said...

Uishhhhh mak oiiii!!
Sedap tu sis..
Nyummy3!!
Happy weekend & take care yer.. ;)

sal said...

Assalamualaikum salina...
jemputlah makan..

Sz said...

sedaaaapppnyaaa masakan kak sal!

saya ni suka makan tomyam orang lain masak,
kalo masak sendiri macam tak sesedap orang lain masak...hihihi

Acik Erna said...

sal..sesekali kalau masak tomyam mesti berselera makan ye sal..kalau tempe tu..anak saya tiga2 pandai makan..

sal said...

Assalamualaikaum SZ..Betul, kadang makanan orang sedap..terutama masa mengandung, suka intai makanan org..perasaannya sedap...

sal said...

Assalamualaikum Erna....
Almandulillah..sama selera...

sal said...

Erna..
*Alhamdulillah..salah taiping..

cheqna said...

tom yam??sedapnyer...

Kunang-Kunang said...

Sal,

Tom Yam kalau ketika kena selsema atau demam, wuuh boleh berpeluh badan, sedap rasanya.

Sue said...

tom yam dan udang tu nampak menarikkk..*baru terfikir nak masak ikan stim..hihihi..

Post a Comment