Friday, August 3, 2012

Apam Gula Hangus

Assalamualaikum
Moga kita dalam perlindunganNya
Apam gula hangus ...
Tak pernah buat  apam bikarbonat dengan gula hangus..  ..
Selalunya buat apam ibu roti dan gula merah....
Apam gula hangus lebih cantik bentuknya..gebu..
Marilah mencuba-cuba...InsyaAllah

sumber :dari google..


1. Bahan A : 1 cawan gula dan 1/2 air panas (masak dan jadikan gula hangus)
2. Bahan B : 1 cawan gula, 3 biji telur, 1 cawan santan susu segar,
                     21/2 cawan tepung gandum, 2 sudu soda bikarbonat

Cara membuatnya
- Panaskan kukusan. Ayak tepung gandum bersama soda bikarbonat. Ketepikan dulu.
- Pukul telur dan gula hingga kembang,
- Masukkan gula hangus dan campurkan tepung dan soda yang telah diayak tadi.
- Masukkan santan dan gaul rata.
- Masukkan ke dalam loyang dan kukus selama 30 minit.
- Kalau guna acuan, kukus lebih kurang 20 minit.

P/S : Semua anak2 balik dan berkumpul di rumah hari ni..
        Semangat sikit nak masak-masak...

7 comments:

aNIe said...

Salam Sal...apa2 pun kalau dari gula hangus memang sedap...

kasihredha said...

bila anak2 ada lebih semangat nak masak kan...
bestnya apam tu

MulutPayau said...

tak pernah buat...tapi rasa mcm nak cuba buat jugak.......

Acik Erna said...

salam ssl..nampak sedap apam ni..letak dlam bekas kecik2 cantik

Nur-nba said...

Wah sedapnya apam ni kak.. Seronok bila semua ahli keluarga berkumpul..

Kunang-Kunang said...

Salam Sal,

Best yer dapat berkumpul anak beranak ni, meriah.

Boleh cuba apam gula hangus tu, mesti sedap sebab letak santan.

cikceriacorner said...

salam akak..wow bestnye..mekasih bg resepi kak...lg best bile anak2 berkumpul di rumah...selamat berpuasa dan berbuka akak...heehe

Post a Comment