Friday, June 22, 2012
Sedikit Kejutan di Pagi Hari..
Assalamualaikum..Memulakan pagi ini dengan rasa syukur agar apa yang dilalui merupakan barakah dan hidayah.......
Kesihatan yang baik adalah anugerah Allah...Badan yg sihat, kudrat yg kuat merupakan rezki kerana banyak perkara yg dpt dilaksanakan sekiranya kita sihat...
Minggu lepas, satu deringan telefon daripada family di pagi itu membuat sedikit kejutan.... informasi : abang long masuk hospital.....
Walaupun sedikit cemas, tapi masih terkawal dan masih sempat menyudahkan tugasan yang penting untuk hari itu..kemudian 10.10 pagi permisi pulang...
Bekejar ke hospital yg sejauh lebih kurang sejauh 100 km bersama keluarga terdekat...ikut jalan kampung, tak lalu highway sebab nak ambik seorang lagi kakak..
Di sana, terpandang abang dengan tiup2 bergantung-gantungan di hidung.. oksigen disalurkan untuk bantuan pernafasan..stabil tapi badannya kelihatan lemah...kurus......tak bermaya..lama juga menghabiskan masa di sana..sehingga habis waktu melawat..Abang dapat bercakap dengan kami walau suaranya tak tersekat-sekat....
Apabila pulang melintasi bilik2 yang berhampiran, sempat mengerling ke arah wajah2 yg kelihatan seperti itu...Allah hu Akbar !!!
Menyaksikan keadaan pesakit di hospital timbul rasa kesian..insaf sehingga badan pun dah terasa macam nak demam pula.....
"Dan milik-Nya meliputi segala apa yg ada di langit dan di bumi, dan kepada-Nyalah ketaatan selama-lamanya...." An-Nahl :52
Berdoa agar abang Long sembuh kembali..Amin !!!!
6 comments:
Assalammualaikum Sal, mudah2an abg long cepat semboh ye...
Bila meningkat usia, beginilah kitaran hidup. Syukur pd Allah jika kita diberi kesihatan, boleh beribadat n berbakti pdNya, keluarga.
Assalamualaikum Sal,
Semoga abang Sal cepat sembuh....
Assalamualaikum Kak Sal,
Tumpang simpati dengan apa yang menimpa keluarga akak.. Moga Abang Long akak cepat sembuh seperti sediakala..
Betul seperti apa yang akak komen di blog Nur tu.. Bila umur kita dah semakin meningkat, kesihatan diri sendiri kena diutamakan.. Kena kuatkan semangat untuk bersenam atau yang lebih senang sibukkan diri dengan kerja2 rumah. Setidak-tidaknya dapat keluarkan peluh.
Jaga diri ye kak.. Selamat berhujung minggu.
Salam Kak SAl:)
Agak2nya bagaimana yaa kesihatan abg Long akak sekarang?Moga diberikanNya kesembuhan..
Melihat di depan mata mereka2 yang sakit..kurang bernasib baik..yang menderita....memang menginsafkan...
assalam sal..semoga abang long sal sembuh.doakan yang terbaik buatnya sal.
Smoga abang sal cpt sembuh! Sbb tu kita digalakkan menziarah org sakit......menginsafkan!
Post a Comment