Moga kita sentiasa di dalam perlindunganNya..
Pengalaman berikut mungkin asing pada kita. Namun tak salah jika kita mengetahui perkara-perkara ghaib di luar kemampuan minda berfikir..
Hidup sentiasa di kelilingi rakan. Rakan dapat membantu di kala susah dan senang. Setidak-tidaknya ada situasi yang menyebabkan kita memerlukan rakan terutama dalam bidang kerja. Namun tak dapat dinafikan ada juga situasi yang mungkin boleh mengajar kita supaya lebih berhati-hati dengan rakan. Kita mungkin tak ada musuh...tapi kata orang, rambut sama hitam, hati lain-lain..OK, dikongsikan sebuah cerita mengenai pengalaman seseorang terkena sihir (yang disedut drp...)
Pagi itu apabila bangkit daripada tidur, tiba-tiba bahagian pinggangnya mula terasa sakit. Namun gagahinya juga..Secara tiba-tiba dia sukar rukuk semasa solat maghrib dan berlanjutan sakitnya hingga ke lutut menyebabkan Liza sukar bergerak...
Dengan bantuan rakan, Liza dibawa ke klinik tetapi doktor menyarankan agar dia dibawa ke hospital. Kesakitan di lutut dan peha semakin terasa bagaikan dihiris-hiris. Keesokkan harinya sekali lagi dia ke klinik dan doktor hanya memberikan ubat penahan sakit...
Filem X-ray menunjukkan seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku. Rawatan seterusnya dirujuk ke hospital pakar namun proses menunggu dan appoinment memakan masa sebulan.
Keputusan x-ray tidak banyak membantu untuk mendapatkan petunjuk. Akhirnya dia dirujuk kebahagian rehabilitasi untuk fisioterapi. Keadaan fizikal telah membataskan pergerakan. Keinsafan meresapi nalurinya apabila terpaksa bersolat secara duduk tapi dia redha dengan segala dugaan.
Atas saranan beberapa staff, liza mencuba rawatan alternatif iaitu rawatan secara ruqqayah. Liza sendiri hairan mengapa hatinya terbuka untuk menerima rawatan itu sedangkan dia rasa terlalu asing....
Rawatan itu berlanjutan sebanyak tiga kali. Kali pertama terdapat dua mata pisau gilet dikeluarkan dari limau nipis. Kali kedua pula dua bilah jarum keluar dari telur dan kali ketiga gumpalan benang kuning dan hitam serta air kotoran keluar dari belahan limau nipis. Walaupun pengunjung di situ merasa terkejut, namun Liza tenang melihat benda-benda pelik yang berjaya dikeluarkan dari tubuh..
Akhirnya Liza sudah boleh tidur lena dan tidak bermimpi ngeri lagi walaupun masih terasa sedikit sakit di peha dan lutut.
Suatu hari, dia mengunjungi sahabat lamanya. Kebetulan sahabatnya itu telah 'diresapi'. Sahabat itu menyatakan bahawa kesakitan yang dialami Liza berpunca daripada jarum lalu menyebut nama orang yang menghantarnya bertujuan supaya dia lumpuh dan berhenti kerja.
Liza terkedu dan merasa hiba kerana nama yang disebut itu adalah rakan yang dikenali. Walaupun pilu, Liza cuba rasional dan positif.
Liza juga dinasihatkan supaya tidak mempercayai sangat apa yang berlaku dikhuatiri wujud fitnah yang merenggangkan hubungan. Dia sentiasa meletakkan peristiwa itu sebagai petunjuk dan kepadaNya dia berserah serta bertawakal...
Terjemahan surah al Falaq (ayat 1-5)
1. Katakanlah : Aku berlindung kepada Tuhan (yang menguasai waktu) subuh.
2. Dan bahaya (kejahatan) makhluk
3. Dan dari bahaya (kejahatan) malam apabila gelap
4. Dan dari bahaya (kejahatan) yang mengembus (tukang sihir) pada simpulan
5. Dan dari bahaya (kejahatan) orang yang dengki apabila dengki
sejarah ayat ini diturunkan ketika Rasullah telah disihir oleh seorang pemuda Yahudi.
3 comments:
wkmsallam sal..susah jugak kita nak mengenalinya kan..bagi kita semua adalah saa..kalau dah berkawan tu mestilah jujur dan susah sama tersa menangis kawan saa dirasa.
tapi tu la ada manusia yang engambil jlan mudah daripa bersaing secara sihat.
Assalamualaikum...
Betul pada kita ni..semua kawan baik..tak ada prasangka buruk terhadap kawan..
salam sal
semoga kita semua di bawah lindungan Allah.
Minta dijauhakan dari hasad dengki
Post a Comment