Saturday, April 14, 2012

Ke KL..

Assalamualaikum...
pemandangan JB waktu pagi.

Subuh tu...seawal 4.30 pg kami memulakan pejalanan ke KL untuk menghantar along..Biasanya itulah waktu yang paling disukai ramai kalau  nak berangkat  ke KL . Kami gemarkan waktu pagi  yg sejuk dan  fresh....

Apabila dah cerah sikit,  6.30 pagi kami pun singgah  di R & R Tangkak .Along pula perlu sarapan pagi di situ sebab kuliahnya start pd pukul 8.30 pgi di UPM, yang lain hanya minum-minum jee sebab berhajat  nak sarapan bersama rakan di kajang. Oleh itu  sempat membungkus2 makanan di R & R ..

Akhirnya pukul 8.00 pgi  sampai di UPM..Singgahkan along.

Kat sebelah dewan kuliah tu,  ternampak sebuah cafe..makanannya sedap2..beli lagi...kata anak, ibu ni mengumpul makanan pulak....tak kisah....tersukalah  sgt nak berjumpa rakan lama....                            
Perjalanan diteruskan...9.00 pgi sampai rumah rakan lama di Kajang...dia dah menunggu...beliau adalah  saudara, rakan sepermainan, rakan sedarjah di sek rendah, rakan sekampung..sebab itulah terasa akrab, tapi sekarang jarang jumpa, masing2 sibuk tak tentu hala.......kata org sambil menyelam minum air, sambil  menghantar along, sambil itu mencari peluang untuk bertemu rakan  .....Lama tak bersua memanglah meriah apb berbicara....

Beginilah kedaannya apb anak  dah belajar  jauh  sikit....jika kelapangan , ibubapa  pasti nak turut serta nak  berjalan2  menghantar si anak ......lagipun ada   hikmahnya........boleh juga cari saudara mara  yg dah lama tak jumpa......


Ps: Risau juga apabila anak2 dah memasuki  U dan Kolej   .... Harap2 mereka memanfaatkan masa untuk belajar bersungguh-sungguh. Maklumlah.....Saudara mara di kampung  pun  ambil tahu perkembangan  si anak masuk  U, malu klu..........tapi apabila dah berjaya, bukan si anak je yg bahagia, kita pun tumpang  gembira  melihatkan kejayaan anak2....lepas tu menceburi   alam pekerjaan????.... ..... ye...legalah sikit ibubapa klu anak dah kerja... ...bab alam rumah tangga pula?? ... pd fasa ini, anak tentu dah matang,  mereka  tentu sudah cukup dewasa dan bersedia untuk menentukan hala tuju masing2  .....kita ibubapa hanya mendoakan apa yg terbaik untuk anak2.....

12 comments:

Acik Erna said...

salam sal..pukol lapan dah sampai..cepat jugak ye sal..
betul kata sal..kita cuma boleh mendoakan yang terbaik untuk anak2 kita..semoga anak2 berjaya dalam hidup

Nur-nba said...

Moga anak2 Kak Sal berjaya menggapai cita2 mereka.. Kita hanya mampu berdoa dan semua terserah pada mereka.

sal said...

Assalamualaikum..
erna..ye..mendoakan kesejahteraan anak2..moga mereka bahagia selalu..amin..

sal said...

Assalamualaikum Nur..
Apb anak dah dewasa, merekalah boleh memilih hala tuju masing2..kita mendoakan yg terbaik untuk mrk..mudah2an dipermudahkan urusan..amin.

Kakzakie said...

Kakak suka melihat rakan-rakan yg dah punya anak-anak berjaya. Moga anak-anak kakak boleh menjadi begitu juga...

Zaitun said...

Alhamdulillah anak sal dah ada yang masuk Uni,itulah kebahagian kita sebagai ibubapa apabila melihat anak2 dah berjaya.

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

seronok ya kak jumpa kawan :)

sal said...

Assalamualaikum Zakie..mOGA begitulah hendaknya..Amin..

sal said...

Assalamualaikum Zaitun..
Suka tengok ank jika mereka dh pandai berdikari..

sal said...

Assalamualaikum Rina..Betul..seronok jumpa kawan2 lama..

ieja amieja said...

assalam kak..
tumpang seronok tgk ank kawan2 yg dah berjaya ke menara gading..betul tu kak selagi hayat dikandung badan,perjalanan hidup dorang sentiasa menjadi perhatian kita..

Ros said...

Assalamualaikum Sal,

Tumpang bahagia bila anak2 ni dah berjaya dalam bekerjaya dan dalam hidup depa kan Sal...

Post a Comment