Monday, April 2, 2012

Malam itu....

Bismillahirahmanirahim...
Malam tu, kami menyusuri jalan yg sibuk  untuk memenuhi hajat kakak. Kakak dan anak2 buah mengajak kami makan mlm bersama di sebuah restoren..

Suasana  di luar  hingar bingar. Parking penuh, banyak deretan kedai dan kereta bersimpang siur di bahu jalan menyebabkan kami mengambil masa beberapa minit untuk meletak kereta..tak kisah pun... sekurang-kurangnya dpt juga kami  melihat fenomena malam yg bekerlipan ..dh lama tak menikmati  wajah2 mlm di sekitar bandar itu......

Dari jauh kulihat kakak, abang dan anak2 saudara sudah menunggu... mereka sedang duduk di atas kerusi yg mengandungi dua meja besar yg dicantum..........

Kemudian pelayan membawa dua ekor ikan kerapu besar yg tergolek2 di dalam dua pinggan berasingan, sudah dihias cantik beserta iringan sayur mayur, daging burung puyuh goreng, tomyam, udang goreng planta dan lain2 yg enak....

kenyang sungguh malam tu....Alhamdulillah.....sempat  terucap di dalam hati...
Terimakasih anak2 buahku  yg menaja makan mlm  ini....

Ku terpandang  kakak dan abang, tersenyum...
ku mengerti  senyumannya yg sungguh luhur itu.......lahir dari hati ibubapa  yg pernah merasakan keperitan memelihara dan membesarkan ... menjadikan anak-anak sehingga bergelar insan-insan yg sempurna dari kaca mata ..perit bukan!!!!!.

Kini dia dah menuai hasilnya apabila insan-insan di depan mata itu dah bekerjaya sendiri....guru, akauntan,jurutera... ...

Syukran, barangkali.....beliau  juga mewakili ibubapa yg lain..merasa bahagia apb telah melunasi tanggungjawab mendidik!!!!

P/S: Tahniah kepada kakak, abang dan semua ibubapa lain yang telah berjaya mendidik anak  menjadi manusia-manusia yg sempurna!!!!...

6 comments:

cheqna said...

alhamdulillah =)
tu lah harapan ibu bapa =)

Kunang-Kunang said...

Alhamdulillah, penat lelah berbaloi kata orang.

Bertuah badan mendapat anak-anak yang mengenang budi dan jasa ibubapa.

munna said...

ALHAMDULILLAH...SAAT BEGITU MENJADI HARAPAN DAN IMPIAN SETIAP IBUBAPA

Acik Erna said...

Assalam sal..bahagia hati ibubapa yang berjaya mendidik anak2 menjadi insan berguna

ieja amieja said...

assalam kak sal...
impian setiap ibubapa dpt melihat kejayaan ank2..semoga kita jg bakal merasai detik2 itu satu hari nnt..

Zaitun said...

Perasaan yang cukup indah untuk dikenang jika anak2 berjaya dalam pelajaran dan dah menjawat jawatan yang boleh membanggakan. Itulah hasilnya setelah wang, penat lelah dah doa yang dah dilaburkan.

Post a Comment