Kehidupan ini sepatutnya memang sinonim dengan berdoa. Bila-bila masa dan ketika apabila hati tergerak maka kita pun berdoa... di luar pengetahuan kita bila doa diterima, bila sebenarnya pintu langit terbuka untuk menerima doa-doa hambanya yang kudus....
Walaupun kita tahu ada waktu-waktu doa mustajab....namun kadangkala pula semasa berdoa semangat yg turun naik dan tinggi rendah menyebabkan penghayatannya pula kurang.....justeru, sebagai manusia biasa yg kekurangan dan masih bertatih untuk memperbaiki diri dari masa ke semasa, ingatlah bahawa pembelajaran itu sepanjang hayat, memperbaiki diri pun sepanjang hayat...... InsyaAllah..
Antara peluang untuk berdoa ialah ketika berwuduk..ini satu petua saja ...semasa melakukannya niatkan di dalam hati..
~Ketika membasuh muka, berniat
"Ya Allah, putihkanlah >mukaku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".
~Ketika membasuh tangan kanan,berniat,
"Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini".
~Ketika membasuh tangan kiri, berniat
"Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".
~Ketika membasuh kepala, berniatlah,
"Ya Allah, lindunglah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".
~Ketika membasuh telinga, berniat,
"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini".
~Ketika membasuh kaki kanan, berniat.
"Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".
~Ketika membasuh kaki kiri, berniat,
"Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat".
RUMUSNYA : Membuat sesuatu yang termampu...yang penting keikhlasan hati.....
12 comments:
assalam sal...insyaallah..terima kasih kerana mengingati.
Terima kasih kak sal...dengan info ni dan boleh la diamalkan...insya allah..
terima kasih kak atas info ini insyaallah akan diamalkan =)
thanksss sal
saling ingat mengingati
info ni perlu unk diamalkan
Assalamualaikum Sal,
Terima kasih banyak atas doa2 yang jarang2 kita nak berniatkannya ketika mengambil wuduk.
Semoga Allah terima doa2 kita tu.
Assalamualaikum... terima kasih sal kerana saling ingat mengingatkan...
Terima kasih atas perkongsian doa dan insyaAllah akan kak Zai praktiskan.
assalam..
ya ALLAH kak..MIL selalu sgt ingatkan benda ni..sy je kdg buat kdg x buat..
terima kasih atas peringatan ini..
assalamualaikum erna,ieja,zaitun,anie,kunang2,kasihredha,ainoraini,cheqna....sama2lah dlm proses memperbaiki diri dari masa ke semasa sepnjg hayat,terimakasih semua krn menyinggah..moga bermanfaat..
Assalamualaikum kak sal...
terima kasih atas perkongsian ni....
Assalamualaikum Sal,
Alhamdulillah....dapat lagi 1 info yang sangat baik,terima kasih ya Sal....
Assalamualaikum.
Terima kasih aas perkongsian. moga kita semua dapat beramal sedaya yang yg mampu dan semaksimum yg boleh
Post a Comment