Kita bukan pro, Tapi eloklah jgn cepat patah semangat.. contohnya semalam..
Teringin nak buat roti .. sedap kalau makan dengan kari ayam ..
Lagipun cuti beginilah banyak masa untuk mencuba resepi..
dapatlah kurangkan membeli, keringat sendiri lebih bermakna!!!
Akt buat roti, dimulakan dengan membubuh gula, tepung, susu, minyak,
gaulkan spt dlm sukatan..Cairkan yis..masukkan ke dalam adunan tadi..
Kemudian tinggalkan dalam setengah jam..excited nak tengok dia kembang comel..
Lepas 1/2 jam....Apb diintai dia masih kurus melempeng...
tak tembam-tembam pun..
Semangat macam nak merajuk juga. Tapi tak apalah..
Nak gembirakan hati....layan ajelah roti cantik milik orang ni ..
Mungkin Yis dah berusia... lama kaku dalam peti sejuk, kot..
Tak nak berputus asa....Mungkin esok lusa, tulat..
manalah tahu melalui kaedah cuba jaya...
lelama roti milik sendiri naik gebu....
Begitulah dengan diri kita ni yang seringkali berdepan dengan
perkara senang dan perkara yang merumitkan ..
perkara senang dan perkara yang merumitkan ..
Perkara senang itu menyenangkan hati ..
Tapi perkara yg merumitkan pula menganggu emosi dan menyusahkan ..
Tapi perkara yg merumitkan pula menganggu emosi dan menyusahkan ..
Namun jika bermuhasabah.....perkara yang susah dan merumitkan hidup..
kalau dicuba jaya boleh jadi selesa dan mendatangkan hikmah tersendiri!!!
Mutiara kata..
“Rasulullah saw bersabda : Apakah seseorang di antaramu tidak mampu berbuat
seribu kebaikan setiap hari? Lalu ada seorang bertanya kepada Beliau :
Bagaimana mahu membuat seribu kebaikan ?.
Rasulullah saw menjawab : Membaca tasbih (Subahanallah ) seratus kali,
maka akan ditulis seribu kebaikan atau dihapus daripadanya seribu kesalahannya”
(H.R. Muslim)
wallahualam..
15 comments:
InsyaAllah...percubaan seterusnya akan membuahkan hasil sprti yg diimpikan....
MP..
Amin..
Takpe kak.. Lama nanti menjadi punya. Nur nak sikit roti tu.. hehe
kalau selalu buat mesti jadi la punya kak sal..jgn putus asa tau...
serupa la mcm saya ni..buat sekali dua tak pernah nak menjadi...kadang2 tu frust la jugak..
x per sis.. usaha tangga kejayaan.. ;)
belum pernah lagi cuba buat roti sendiri... klu menjadi apa yg kita buat mesti rasa seronok kan kak sal
Assalam sal..semangat mencuba tu yang penting..dan usaha pasti berjaya..
lepas ni nak tengok roti gebu sal pulak..
mampir sob..nice post..teruslah berkarya dan sukses selalu..jangan lupa kunjungan balik ya..:)
sentiasa mencuba tu penting. supaya hidup kita ni sentiasa ceria. terutama cuba benda yg baru..
Assalamualaikum my lovely sis..:)
Jangan mengalah kak...
Sahaja tuuu..nak test tahap kesabaran tuu..
InsyaAllah..berkat usaha dan cubaan yang berkali2 membuahkan hasil yang 'lumayannn' gituu...
InsyaAllah...
Smile sis!
salam akak..wow bestnye..roti akak buat ye..
Salam, Kalau melakukan sesuatu yang sukar dan diakhiri dgn kejayaan.. nikmatnya berbeza..
terima kasih semua rakan2 yang memberi respon kepada entry ini..
Sal,
Tak aper teruslah mencuba, dah dapat yang cantik besok, tunjuk pada kami yer.
kunang-kunang..
terima kasih kak Ani..semangat nak mencuba sentiasa ada..tapi entah bila..
Post a Comment