Wednesday, December 7, 2011

Tak Nak Berputus Asa....

Dalam aktiviti seharian ..perkara simple pun terkadang tak dapat dibuat dengan baik..
Kita bukan pro, Tapi eloklah jgn cepat patah semangat.. contohnya semalam..


Teringin nak buat roti .. sedap kalau  makan dengan kari ayam ..
Lagipun cuti beginilah banyak masa untuk mencuba resepi..
dapatlah kurangkan membeli, keringat sendiri lebih bermakna!!!

Akt buat roti, dimulakan dengan membubuh gula, tepung, susu, minyak, 
gaulkan spt dlm sukatan..Cairkan yis..masukkan ke dalam adunan  tadi..


Kemudian tinggalkan dalam setengah jam..excited nak tengok dia kembang comel..

Lepas 1/2 jam....Apb diintai dia masih kurus  melempeng...
tak tembam-tembam  pun..

Semangat macam nak merajuk juga. Tapi tak apalah..
Nak gembirakan hati....layan ajelah roti cantik milik orang ni  ..

Mungkin Yis dah berusia... lama kaku dalam peti sejuk, kot..
Tak nak berputus asa....Mungkin esok lusa, tulat.. 
manalah tahu melalui kaedah cuba jaya...
lelama roti milik sendiri  naik gebu....montok  dan menyelerakan....nak sedapkn hati.


Begitulah dengan diri kita ni yang  seringkali berdepan dengan
perkara senang dan perkara yang merumitkan ..
Perkara senang itu menyenangkan hati ..
Tapi perkara yg merumitkan  pula menganggu emosi dan menyusahkan ..
Namun jika bermuhasabah.....perkara yang susah dan merumitkan hidup..  
kalau dicuba jaya boleh jadi selesa dan mendatangkan hikmah tersendiri!!! 

Mutiara kata..
“Rasulullah saw bersabda : Apakah seseorang di antaramu tidak mampu berbuat

 seribu kebaikan setiap hari? Lalu ada seorang bertanya kepada Beliau :

Bagaimana mahu membuat seribu kebaikan ?.


Rasulullah saw menjawab : Membaca tasbih (Subahanallah ) seratus kali, 
maka akan ditulis seribu kebaikan atau dihapus daripadanya seribu kesalahannya”
(H.R. Muslim)
wallahualam..

15 comments:

MulutPayau said...

InsyaAllah...percubaan seterusnya akan membuahkan hasil sprti yg diimpikan....

sal said...

MP..
Amin..

Nur said...

Takpe kak.. Lama nanti menjadi punya. Nur nak sikit roti tu.. hehe

sekadar satu coretan said...

kalau selalu buat mesti jadi la punya kak sal..jgn putus asa tau...

serupa la mcm saya ni..buat sekali dua tak pernah nak menjadi...kadang2 tu frust la jugak..

Salina@IbuAqil said...

x per sis.. usaha tangga kejayaan.. ;)

munna said...

belum pernah lagi cuba buat roti sendiri... klu menjadi apa yg kita buat mesti rasa seronok kan kak sal

Acik Erna said...

Assalam sal..semangat mencuba tu yang penting..dan usaha pasti berjaya..
lepas ni nak tengok roti gebu sal pulak..

Outbound Malang said...

mampir sob..nice post..teruslah berkarya dan sukses selalu..jangan lupa kunjungan balik ya..:)

Azian Elias said...

sentiasa mencuba tu penting. supaya hidup kita ni sentiasa ceria. terutama cuba benda yg baru..

Pn Kartini said...

Assalamualaikum my lovely sis..:)

Jangan mengalah kak...
Sahaja tuuu..nak test tahap kesabaran tuu..
InsyaAllah..berkat usaha dan cubaan yang berkali2 membuahkan hasil yang 'lumayannn' gituu...

InsyaAllah...

Smile sis!

cikceriacorner said...

salam akak..wow bestnye..roti akak buat ye..

che mid said...

Salam, Kalau melakukan sesuatu yang sukar dan diakhiri dgn kejayaan.. nikmatnya berbeza..

sal said...

terima kasih semua rakan2 yang memberi respon kepada entry ini..

Anonymous said...

Sal,

Tak aper teruslah mencuba, dah dapat yang cantik besok, tunjuk pada kami yer.

sal said...

kunang-kunang..
terima kasih kak Ani..semangat nak mencuba sentiasa ada..tapi entah bila..

Post a Comment